omniture

Tufin Lantik Michael Bosnar untuk Jawatan Naib Presiden Jualan Asia-Pasifik

Tufin
2019-02-11 09:00 1317

BOSTON, 11 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Tufin®, penyedia yang utama dalam pasaran bagi Pengaturan Dasar Keselamatan Rangkaian, mengumumkan pelantikan Michael Bosnar untuk jawatan Naib Presiden Jualan Asia-Pasifik (APAC). Menerusi jawatan ini, Michael akan menetapkan dan melaksanakan strategi untuk mengembangkan perniagaan Tufin di seluruh APAC dan Jepun dengan mendorong perkongsian bersama pelanggan-pelanggan dan saluran menerusi model berasaskan akaun tertumpu. Strategi Michael akan turut menekankan gabungan bersama vendor-vendor tembok api utama, penyedia-penyedia awan dan vendor-vendor Pengurusan Perkhidmatan Perusahaan sebagai kunci untuk mencapai kejayaan di rantau berkenaan. Beliau ditempatkan di Melbourne dan melapor kepada Kevin Maloney, Naib Presiden Kanan Jualan Global di Tufin.

"Michael meletakkan syarikat di kedudukan yang kukuh untuk meluaskan jejak Tufin di APAC dan membawakan Tufin Orchestration Suite kepada lebih banyak perusahaan di seluruh rantau," kata Maloney. "Kepakaran jualan beliau dalam industri teknologi akan menjadi aset hebat kepada Tufin tatkala syarikat meneruskan momentum pesatnya di seluruh dunia."

Michael mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam peranan kepimpinan kanan untuk syarikat-syarikat perisian IT. Sebelum menyertai Tufin, Michael menyandang jawatan sebagai Naib Presiden APJ di AppSense yang mana beliau mewujudkan perniagaan AppSense di seluruh APAC dan Jepun serta Naib Presiden Kawasan di IVANTI yang mana beliau menggabungkan sepuluh buah syarikat ke satu rantau dan membina asas untuk perniagaan APAC. Michael turut berkhidmat sebagai Pengarah ANZ di CA Technologies dan Pengarah ANZ di Sybase. Michael menerima ijazah sarjana muda dengan pengkhususan dalam Sains Politik dan menyelesaikan pengajian pasca siswazah di INSEAD.

"Tufin berada dalam fasa pertumbuhan yang menarik ketika perusahaan-perusahaan besar mencari instrumen untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan dan ketangkasan. Ini meletakkan Tufin sebagai tumpuan utama selaku vendor yang menyediakan penyelesaian untuk isu-isu perniagaan, keselamatan dan pematuhan sebenar untuk semua lebih 2,000 pelanggannya di seluruh dunia," kata Bosnar. "Rantau APAC menjadi kawasan tumpuan dan pelaburan untuk Tufin dan saya teruja untuk menjadikan Tufin APAC sebagai penyumbang penting kepada perniagaan ini."

Latar Belakang Tufin  
Tufin® ialah peneraju bagi Pengaturan Dasar Keselamatan Rangkaian untuk keselamatan siber perusahaan. Lebih separuh daripada 50 syarikat terbaik dalam senarai Forbes Global 2000 beralih kepada Tufin untuk memudahkan pengurusan beberapa rangkaian terbesar dan paling kompleks di dunia, yang terdiri daripada ribuan tembok api dan peranti rangkaian serta infrastruktur awan hibrid baru muncul. Perusahaan-perusahaan memilih Tufin Orchestration Suite™ syarikat yang memenangi anugerah untuk meningkatkan ketangkasan ketika berdepan dengan kehendak perniagaan yang semakin berubah-ubah sambil mengekalkan kedudukan keselamatan yang mantap. Suit ini mengurangkan ruang permukaan serangan dan memenuhi keperluan keterlihatan yang lebih luas untuk sambungan aplikasi yang selamat dan andal. Pengautomatan keselamatan rangkaiannya membolehkan perusahaan melaksanakan perubahan dalam beberapa minit menerusi aplikasi risiko yang proaktif dan pematuhan dasar yang berterusan. Tufin menawarkan perkhidmatan kepada lebih 2,000 pelanggan yang mencakupi semua industri dan lokasi; produk-produk dan teknologi-teknologinya dilindungi melalui paten di A.S. dan negara-negara lain. Ketahui lebih lanjut di www.tufin.com, ikuti Tufin di Twitter melalui @TufinTech dan baca lebih lanjut di blog Tufin, Suite Talk.

Ikuti Tufin di Twitter: @TufinTech

Baca lebih lanjut di blog Tufin: Suite Talk

Hubungi:
Dan Gaffney
fama PR untuk Tufin
(617) 986-5036
Tufin@famapr.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/397425/tufin_logo_Logo.jpg

Source: Tufin
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Personnel announcements