omniture

Sistem Pengurusan Kualiti Akreditasi AACSB Capai ISO 9001:2015

AACSB International
2019-02-12 09:00 1387

Pensijilan sistem pengurusan kualiti akreditasi AACSB tonjol komitmen organisasi dalam membawakan kecemerlangan teguh kepada pasaran pendidikan perniagaan global  

TAMPA, Florida, 12 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai dedikasi untuk menggalakkan piawaian tertinggi dalam pendidikan perniagaan, bertindak sebagai penghubung kepada komuniti perniagaan global dan membangunkan pemimpin-pemimpin masa depan, AACSB International (AACSB) hari ini mengumumkan bahawa sistem pengurusan kualiti akreditasinya telah memperoleh pensijilan ISO 9001:2015 untuk kesemua pejabatnya di seluruh dunia.

Through ISO 9001:2015, AACSB is recognized for its global commitment to exceeding customer expectations, and for its dedication in the pursuit of continuous improvement and quality business education.
Through ISO 9001:2015, AACSB is recognized for its global commitment to exceeding customer expectations, and for its dedication in the pursuit of continuous improvement and quality business education.

Dengan lebih 1.1 juta pensijilan dikeluarkan di lebih 178 negara seluruh dunia, ISO 9001:2015 ialah keperluan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) yang paling banyak digunakan yang ditawarkan oleh Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO). Kejayaan mencapai designasi ini menekankan komitmen AACSB dalam menyediakan perkhidmatan akreditasi yang inovatif, berkualiti tinggi dan bertumpu pelanggan di seluruh dunia. Selain itu, ia memperlihatkan bahawa proses-proses dalaman AACSB mematuhi piawaian perniagaan global yang komprehensif, yang menjamin ketekalan dan pengalaman kualiti sejagat, tanpa mengira lokasi geografi.

"Kejayaan memperoleh pengiktirafan ISO 9001:2015 menunjukkan bahawa bahagian akreditasi AACSB menggunakan proses-proses penambahbaikan kualiti sama yang telahpun digunakan oleh berjuta-juta perniagaan di seluruh dunia," kata Thomas R. Robinson, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB International. "Proses semakan pihak ketiga ini mencerminkan falsafah piawaian akreditasi kami sendiri dan menyediakan AACSB dengan rangka kerja dalaman yang memastikan pengalaman yang berkualiti tinggi—dengan kepuasan pelanggan yang dipertingkat—untuk sekolah-sekolah dan para sukarelawan kami di seluruh dunia."

Bagi memperoleh pensijilan ini, sistem pengurusan di bawah penilaian ISO 9001:2015 perlu menunjukkan tumpuan terhadap penambahbaikan proses dan kawalan kualiti yang berterusan, setiap satunya menjadi prinsip utama bagi piawaian akreditasi AACSB. Semasa audit dijalankan, proses-proses akreditasi dalaman AACSB serta proses-proses pengurusan kualitinya didapati mematuhi piawaian berkenaan sepenuhnya dan mendapat pujian dalam aspek-aspek penglibatan kepimpinan, mempunyai proses yang jelas, sokongan infrastruktur IT yang kukuh serta program audit dalaman yang berkesan.

"Sebagai badan akreditasi yang terbesar di dunia untuk sekolah-sekolah perniagaan, AACSB perlu sentiasa menilai bagaimana kami mengenal pasti metrik kami sendiri bagi tujuan penambahbaikan. Penjajaran mantap nilai-nilai teras AACSB dengan prinsip-prinsip dasar bagi himpunan ISO 9001 mengukuhkan lagi keputusan kami untuk berusaha mendapatkan pensijilan," kata Stephanie M. Bryant, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai akreditasi. "Kami yakin perkongsian ini akan membantu AACSB untuk menilai perkhidmatannya dengan lebih baik pada skala global dan akan memastikan proses-proses kami sentiasa berkembang maju dengan cara yang dapat memperkasa sekolah-sekolah berakreditasi kami demi menyediakan pendidikan berkualiti tertinggi sebaiknya."

Melalui semakan pihak ketiga tahunan, pensijilan ISO 9001:2015 akan membolehkan AACSB untuk terus menunaikan janjinya berhubung jaminan kualiti di samping bertindak balas terhadap keperluan perniagaan yang semakin berkembang. Kaedah untuk mengukuhkan komitmen AACSB terhadap inovasi dan penambahbaikan berterusan ini hanya akan dapat melengkapi sekolah-sekolah perniagaan dengan lebih baik serta pemimpin-pemimpin perniagaan, untuk menawarkan perkhidmatan kepada komuniti global di mana mereka berada.

Latar Belakang AACSB International
Sebagai gabungan pendidikan perniagaan terbesar di dunia, AACSB International (AACSB) menghubungkan pendidik, pelajar, dan perniagaan untuk mencapai matlamat bersama: mencipta pemimpin hebat generasi akan datang. Sinonim dengan piawaian kecemerlangan tertinggi sejak tahun 1916, AACSB menyediakan jaminan kualiti global, data/penyelidikan dan perkhidmatan pembangunan profesional kepada hampir 1,700 organisasi ahli dan lebih 800 sekolah perniagaan berakreditasi. Misi AACSB adalah untuk memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan memperluas impak dalam pendidikan perniagaan. Organisasi ini mempunyai pejabat-pejabat yang terletak di Tampa, Florida, AS; Amsterdam, Belanda; dan Singapura. Untuk maklumat lanjut kunjungi aacsb.edu.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/818220/AACSBs_Accreditation_Quality_Management_System_Earns_Certification.jpg

Source: AACSB International
Keywords: Computer/Electronics Education Electronic Commerce Higher Education Multimedia/Online/Internet Outsourcing Businesses Sports Awards Outdoors/Camping/Hiking