omniture

Incomm Lancar Kad Hadiah Google Play di Malaysia

InComm
2019-02-12 09:33 1350

Kini tersedia di 7-Eleven 

ATLANTA, 12 Februari 2019 /PRNewswire/ - InComm, syarikat teknologi produk dan pembayaran prabayar yang terkemuka, hari ini mengumumkan telah melancarkan kad hadiah Google Play di Malaysia, menjadi pengedar pertama menerusi perkongsian strategik dengan Razer Inc. dan anak syarikatnya, MOL Global, Inc. (MOL), pendaya e-pembayaran yang terkemuka. Kad hadiah Google Play akan tersedia di lebih daripada 2,250 kedai 7-Eleven di seluruh Malaysia.

InComm Launches Google Play Gift Cards in Malaysia
InComm Launches Google Play Gift Cards in Malaysia

"Kami teruja untuk memberikan satu lagi pilihan pembayaran kepada pengguna 7-Eleven untuk menikmati berjuta-juta aplikasi Android, permainan, muzik, filem, TV, buku, majalah, dan banyak lagi melalui Google Play," kata Malcolm Areington, Pengarah Serantau, InComm Asia Tenggara. "Ini saling menguntungkan bagi kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual kerana kami juga mengharapkan kerjasama ini untuk memacu trafik jejak tambahan kepada rakan kongsi kami di Malaysia."

Preecha Praipattarakul, Naib Presiden Kanan bahagian Perkhidmatan Razer berkata: "Razer berbesar hati bekerjasama dengan InComm dan 7-Eleven untuk membawa kad hadiah Google Play ke Malaysia. Para pemain kini boleh membeli kad hadiah Google Play untuk membeli permainan kegemaran mereka dengan mudah dan tanpa bayaran tambahan."

Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Colin Harvey menyimpulkannya dengan berkata, "Kami mengambil tahu apa yang pelanggan inginkan dan kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan mereka dengan memperkenalkan perkhidmatan dan produk terkini yang paling menarik dan yang menjadi rebutan. Kami percaya Kad Hadiah Google Play akan menjadi daya tarikan utama kepada pembeli kami dan memperkukuh kedudukan kami sebagai peruncit tunggal dengan perkhidmatan sehenti 24 jam yang terkemuka di negara ini kerana kami terus mencari cara baharu untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah orang ramai bersama kami."

InComm memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2014 dan tidak lama kemudian ia menjadi pemimpin pasaran POSA (teknologi pengaktifan titik jualan) di negara ini. Ia menubuhkan perkongsian dengan MOL, pendaya e-pembayaran terkemuka untuk barangan dan perkhidmatan dalam talian di pasaran baru muncul dan maju, dan 7-Eleven, pada tahun yang sama.

Latar Belakang InComm
Dengan membina lebih banyak nilai ke dalam setiap transaksi melalui teknologi pembayaran inovatif, InComm mencipta pengalaman perniagaan yang lancar dan berharga. Produk dan perkhidmatan unik InComm - yang terdiri daripada pusat membeli-belah hadiah untuk platform pembayaran yang dipertingkat - menghubungkan syarikat-syarikat dalam pelbagai industri termasuk runcit, penjagaan kesihatan, tol dan transit, insentif dan perkhidmatan kewangan kepada kumpulan pengguna yang sentiasa berkembang. Dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman, lebih 500,000 titik pengedaran, 366 paten global dan kehadiran di lebih daripada 30 negara, InComm memimpin industri prabayar dan pembayaran dari ibu pejabatnya di Atlanta, Ga. Ketahui lebih lanjut di www.InComm.com.

HUBUNGI

Anthony Popiel
Dalton Agency
404-876-1309
apopiel@daltonagency.com

Nilce Piccinini
Pengurus Komunikasi Pemasaran Korporat
InComm
404-935-0377
npiccinini@incomm.com

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/816815/InComm___Google_Play_Gift_Card___Malaysia.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/118079/incomm_logo.jpg

Source: InComm
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Corporate Expansion New products/services