omniture

Ketua Pegawai Teknologi Toshiba kongsi strategi luas syarikat di laman Toshiba Clip yang baru dilancarkan

Toshiba Corporation
2019-02-13 10:00 1202

SINGAPURA, 13 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Toshiba bermatlamat untuk menjadi salah sebuah syarikat teknologi sistem fizikal-siber (CPS) yang terkemuka di dunia. Apakah kekuatan teknologi yang dimiliki oleh Toshiba dan dunia apakah yang ingin direalisasikan olehnya? Ketua Pegawai Teknologi Toshiba Corporation, Dr. Shiro Saito bercakap tentang strateginya.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: 
https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_20190213.shtml

Dr. Shiro Saito, Ketua Pegawai Teknologi Toshiba
Dr. Shiro Saito, Ketua Pegawai Teknologi Toshiba

 

Memahami Sistem Fizikal-Siber
Memahami Sistem Fizikal-Siber

 

Loji Kuasa Maya
Loji Kuasa Maya

 

Bateri Boleh Dicas Semula TOSHIBA SCiB(TM)
Bateri Boleh Dicas Semula TOSHIBA SCiB(TM)

 

 


Ringkasan wawancara Dr. Saito adalah seperti berikut: 

Soalan: Apa itu CPS dan bagaimana teknologi ruang siber akan dapat dikaitkan dengan teknologi dunia sebenar yang bersifat fizikal?

Jawapan: Matlamat Toshiba adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial menerusi teknologi yang menyatukan antara siber dan fizikal, iaitu dunia sebenar.

Meskipun kami menggunakan perkataan siber, cuba bayangkan imej otak manusia. Fizikal dapat difahami sebagai produk, seperti komponen dan bahan, sistem dan perkhidmatan yang dapat kita lihat di dalam dunia sebenar. Kami semakin dapat menggunakan teknologi penderiaan dan rangkaian untuk mengumpul maklumat daripada operasi produk dan sistem serta perkhidmatan. Kemudiannya, kami dapat menggunakan AI dan teknologi-teknologi lain untuk menganalisis serta memahami data berkenaan dalam ruang siber dan menghasilkannya sebagai maklum balas ke dalam dunia sebenar – sebagai penyelesaian optimum, ramalan dan rancangan yang menambah nilai kepada teknologi, produk dan perkhidmatan dunia sebenar. Kami percaya bahawa pengulangan kitaran ini akan menjurus kepada penciptaan teknologi, produk dan perkhidmatan yang bahkan lebih baharu.

Di Toshiba, perkara-perkara yang benar-benar direalisasikan melalui penggabungan antara teknologi siber dan fizikal termasuk loji kuasa maya, kereta api dan robotik. Beberapa bidang tumpuan termasuk bateri boleh dicas semula SCiB™ dan juga semikonduktor untuk kenderaan automatik elektrik. Pada masa kini, dalam bidang mobiliti, penembusan lebih luas e-kenderaan dilihat sebagai laluan biasa dan kata kuncinya ialah CASE, singkatan untuk ketersambungan, berautonomi, berkongsi dan elektrik. Apabila memikirkan bagaimana hal berkenaan akan menerajui laluan ke arah pemanduan automatik, jelas bahawa teknologi yang dimiliki oleh Toshiba, seperti bateri dan semikonduktor automotif akan menjadi suatu keperluan.

Berhubung hala tuju penyelidikan dan pembangunan, kami sedang menuju melangkaui "AI berbantu manusia" yang memaklumkan kepada kami bagaimana untuk mendapatkan keputusan dengan cekap apabila kami mengetahui jawapan yang betul dan kini kami mempromosi pembangunan "pembelajaran kendiri AI" yang mana manusia tidak lagi perlu menyediakan pengajaran peringkat tinggi.


Untuk melihat pandangan lebih lanjut, klik pada pautan di bawah: 
https://www.toshiba-clip.com/en/detail/703 

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Electronic Design Automation Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications