omniture

Institut Aritmia Kardium Texas di Pusat Perubatan St. David pertama di A.S. rawat pesakit dalam kajian menilai kateter ablasi belon untuk rawat Pemfibrilan Atrium

Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
2019-02-13 10:08 2349

AUSTIN, Texas, 13 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Institut Aritmia Kardium Texas (TCAI) di Pusat Perubatan St. David baru-baru ini menjalankan prosedur pertama di A.S. menggunakan Kateter Ablasi Belon Radiofrekuensi (RF) Berbilang Elektrod HELIOSTAR baharu sebagai sebahagian daripada kajian STELLAR. Kajian ini direka untuk menilai tahap keselamatan dan keberkesanan kateter berkenaan dalam merawat pemfibrilan atrium berjeda (A Fib), jenis degupan jantung tidak teratur yang paling biasa.

Rodney Horton, M.D., pakar elektrofisiologi di TCAI, merawat pesakit pertama dalam kajian tersebut bersama Andrea Natale, M.D., F.A.C.C., F.H.R.S., F.E.S.C., pengarah perubatan eksekutif di TCAI.

"Kateter belon baharu tersebut berpotensi menjadikannya lebih mudah dan lebih pantas untuk mengasingkan vena pulmonari bagi merawat A Fib," kata Dr. Horton. "Ia unik kerana ia dapat menyesuaikan dengan sebarang anatomi vena pulmonari dan membolehkan kami mengawal elektrod secara berasingan bagi memberikan tenaga yang disesuaikan semasa ablasi."

Kateter Ablasi Belon RF HELIOSTAR mempunyai 10 elektrod yang membolehkan pakar elektrofisiologi memberikan tahap tenaga yang berbeza bergantung kepada tisu semasa penghasilan lesi. Di samping itu, reka bentuk belon tersebut membolehkannya untuk mengasingkan vena pulmonari dengan satu aplikasi tenaga RF.

"Reka bentuk kateter tersebut berpotensi untuk mengatasi keterbatasan yang terdapat pada kateter ablasi belon semasa," kata Dr. Natale. "Teknologi berasaskan belon semasa sering memerlukan penggunaan pelbagai saiz belon yang membawa risiko dan memakan masa. Sistem ini hanya mempunyai satu belon yang dapat menyesuaikan kepada sebarang saiz yang diperlukan, justeru membawa kepada masa prosedur yang lebih singkat."

Sehingga 640 orang pesakit dalam sebanyak 40 tapak klinikal seluruh dunia akan direkrut dalam kajian STELLAR.

Dianggarkan bahawa 33 juta individu seluruh dunia menghidap A Fib yang boleh mengakibatkan pembekuan darah, strok, kegagalan jantung dan komplikasi berkaitan jantung yang lain.

Hubungan Media:
Tina Shively atau Erin Ochoa
Elizabeth Christian Public Relations
512.472.9599

 

Source: Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals