Teknologi Crocs Reviva™ disediakan dalam pelbagai sandal, 'flip' dan 'slide' untuk musim Bunga/Panas 2019
NIWOT, Colo., 14 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Crocs, Inc. (NASDAQ: CROX), peneraju global bagi kasut kasual yang inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, hari ini mengumumkan penampilan sulung Crocs Reviva™, teknologi keselesaan baharu dan koleksi untuk musim Bunga/Panas 2019. Menampilkan lapik dalam kasut dengan gelembung udara terbina dalam, teknologi Crocs Reviva™ memberikan lantunan yang menyegarkan, kesan urutan yang melegakan serta keselesaan sepanjang hari.
Crocs Reviva™ kini boleh didapati di lokasi-lokasi jualan Crocs terpilih dan akan disediakan di Crocs.com bermula pada bulan Feburari. Koleksi ini termasuk tawaran gaya harian yang diperluas menerusi sandal, flip dan slide silhouette untuk wanita dan lelaki.
"Crocs terus menginovasi dalam aspek keselesaan pada tahap luar biasa dan Koleksi Crocs Reviva tidak terkecuali," kata Michelle Poole, Ketua Pegawai Produk & Pembarangan Crocs. "Dengan lapik dalam kasut tersendiri yang sejajar dengan peta tekanan kaki, Koleksi Crocs Reviva memberikan pengguna dengan pilihan keselesaan sepanjang hari yang unik pada harga yang hebat."
Kekal setia kepada ciri khas Crocs, Koleksi Reviva by Crocs™ bersifat ringan dan menyokong serta mempunyai bahagian atas kasut Croslite™ dibentuk untuk koleksi yang tahan lama, boleh dibasuh dan kalis air.
"Sama ada anda sedang melaksanakan tugasan atau bersantai di kolam, Koleksi Crocs Reviva semestinya menjadi penambahan selesa yang menyegarkan untuk koleksi kasut anda," sambung Poole. "Di samping itu, dengan gelembung udara yang boleh dilihat, anda bukan sahaja dapat merasai keselesaan Crocs Reviva, tetapi juga dapat menyaksikan betapa Crocs Reviva akan menyuntik semangat kepada hari anda."
Latar Belakang Crocs, Inc.
Crocs, Inc. (Nasdaq: CROX) ialah peneraju dunia bagi kasut kasual inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan antara keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan disukai oleh pengguna. Setiap pasang kasut dalam koleksi Crocs mengandungi bahan Croslite™, iaitu teknologi kasut dibentuk yang proprietari, menyediakan keselesaan luar biasa dengan setiap langkah.
Pada tahun 2019, Crocs menyatakan bahawa mengekspresikan diri anda dan berasa selesa adalah saling melengkapi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crocs atau kempen Come As You Are™ global kami, sila layari www.crocs.com atau ikuti @Crocs melalui Facebook, Instagram dan Twitter.
Hubungan Media APAC:
Srishti Dugar
sdugar@crocs.com
+65-98002826
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190211/2371248-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190211/2371248-1-b