omniture

Microland Diletakkan sebagai Petanding Utama dalam Penilaian Perkhidmatan Pendayaan Awan PEAK Matrix Everest Group

Microland
2019-02-14 11:09 2236

BANGALORE, India, 14 Februari 2019/PRNewswire/ --

Perkukuh portfolio Awan melalui pelaburan strategik dalam teknologi dan kepimpinan  

Microland, syarikat transformasi IT digital yang terkemuka di India, hari ini mengumunkan ia telahpun diletakkan sebagai 'Petanding Utama' ('Major Contender') dalam penilaian Perkhidmatan Pendayaan Awan PEAK Matrix™ Everest Group.

(Klik di sini untuk mengakses laporan)

Status 'Petanding Utama' merupakan satu pengesahan terhadap tumpuan syarikat dalam mengukuhkan keupayaan Awan sebagai pemacu utama dalam transformasi digital untuk ekosistem Pelanggan. Tawaran Awan NextGen Microland mencakupi Penerimaan Pengurusan Awan Hibrid, Migrasi dan Pengurusan dalam persekitaran yang selamat bagi menyokong perusahaan-perusahaan untuk mengambil pendekatan tambahan yang diterajui aplikasi atau diterajui infrastruktur terhadap migrasi awan.

"Kedudukan kami dalam laporan tahun 2018 merupakan bukti jelas pelaburan yang dibuat ke arah membina keupayaan yang kukuh dalam pendayaan dan pengurusan Awan, dikuasakan oleh suit IP sebagai elemen utamanya. Kami menggunakan rangka kerja penilaian dan transformasi Now2Cloud diterajui pengautomatan kami dan model penyerahan berasaskan smartOperate, disokong oleh pasukan mantap yang terdiri daripada arkitek-arkitek awan bertauliah bagi mendayakan pelanggan kami menelusuri perjalanan awan yang berjaya. Perkhidmatan Pengurusan dan Pengoptimuman Awan Hibrid kami menyediakan pengurusan berbilang awan, awan persendirian, awan Hibrid dan infrastruktur legasi dalam IT Hibrid. Selain itu, perkongsian kukuh kami bersama penyedia-penyedia awan utama seperti AWS, Azure, Google, VMWare dan sebuah Pusat Kecemerlangan Awan membolehkan kami membangunkan penyelesaian termaju, disesuaikan dan andal yang dapat meningkatkan produktiviti dalam ekosistem Pelanggan," kata Krishna Viswanathan, Naib Presiden - Awan & Amalan Pusat Data, Microland Limited.

"Infrastruktur awan semakin menjadi pendorong strategik untuk hasil perniagaan. Microland menunjukkan tumpuan kukuh untuk membina IP dalaman, ekosistem rakan kongsi yang boleh dipercayai dan himpunan bakat yang relevan, kesemuanya dapat membantu syarikat mengukuhkan kedudukannya sebagai Petanding Utama dalam penilaian ini. Pelanggan-pelanggan menghargai khususnya keupayaan teknikal, kefleksibelan dan sifat proaktif Microland dalam mengesyorkan amalan terbaik berkisarkan migrasi dan pengurusan awan," kata Chirajeet Sengupta, Rakan Kongsi, Perkhidmatan Teknologi Maklumat di Everest Group.

Latar Belakang Microland: 

Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka untuk menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 4,100 ahli profesional merentas pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif kepada proses perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut: https://www.microland.com

Source: Microland
Keywords: Internet Technology Survey, Polls & Research