omniture

New World Berkolaborasi dengan ASTRI Cipta Platform Rantaian Blok Pembelian-Hartanah Pertama Hong Kong Dengan BOCHK sebagai Bank Pertama Ambil Bahagian

New World Development
2019-02-22 01:12 1541

Jimatkan Masa dan Sumber dalam Bandar Pintar PropTech dengan Pembelian-Hartanah 2.0

HONG KONG, 22 Februari 2019 /PRNewswire/ -- New World Development Company Limited (NWD) hari ini mengumumkan penciptaan platform rantaian blok pembelian-hartanah pertama Hong Kong, dengan kerjasama Hong Kong Applied Science and Technology Research Institute Company Limited (ASTRI). Bank of China (Hong Kong) (BOCHK) ialah bank pertama yang mengambil bahagian dan mengaplikasikan platform baharu ini kepada perkhidmatannya. Teknologi rantaian blok termaju membolehkan platform ini menyediakan perkhidmatan sokongan semua-dalam-satu kepada pembeli, bank dan badan berkaitan. Menerusi kerjasama ini, PropTech (Property Technology) menjadi pencapaian penting yang akan membentuk semula industri hartanah Hong Kong pada dasarnya, menjimatkan masa dan sumber dalam proses pembelian-hartanah. Pembeli kali pertama tidak lama lagi bakal menikmati pengalaman pengguna yang cepat dan mudah dalam era baharu Pembelian-Hartanah 2.0, bakal tersedia pada suku kedua tahun 2019.

New World Development berkolaborasi dengan ASTRI wujudkan Platform Rantaian Blok Belian-Hartanah Pertama Hong Kong, membangunkan "Property-Purchase 2.0". BOCHK merupakan bank yang pertama mengambil bahagian. En. Adrian Cheng, Naib Pengerusi Ekskutif dan Pengurus Besar NWD (Tengah), Hugh Chow, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRI (Left) dan Puan Ann Kung, Timbalan Ketua Eksekutif BOCHK (Kanan).
New World Development berkolaborasi dengan ASTRI wujudkan Platform Rantaian Blok Belian-Hartanah Pertama Hong Kong, membangunkan "Property-Purchase 2.0". BOCHK merupakan bank yang pertama mengambil bahagian. En. Adrian Cheng, Naib Pengerusi Ekskutif dan Pengurus Besar NWD (Tengah), Hugh Chow, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRI (Left) dan Puan Ann Kung, Timbalan Ketua Eksekutif BOCHK (Kanan).

Meneruskan kejayaan Teknologi Kewangan (FinTech) dalam sektor kewangan, PropTech memulakan satu revolusi dalam industri hartanah Hong Kong. En. Adrian Cheng, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengurus Besar NWD berkata, "Sejak 30 tahun lalu, pasaran hartanah sangat jarang diperkenalkan dengan teknologi tinggi dalam proses pembelian. Secara tradisi, pembeli, pemaju hartanah, bank dan firma guaman kesemuanya berfungsi secara berasingan - sehingga kini, tiada platform sehenti yang ada untuk menghubungkan kesemua pihak. Hari ini, NWD dan ASTRI mencipta platform rentas sektor yang pertama dan serba baharu, dengan BOCHK sebagai bank pertama yang mengambil bahagian. Kelebihan paling besar platform PropTech baharu adalah untuk membuka seluruh rantaian industri hartanah; ia turut menandakan pelaksanaan pertama teknologi rantaian blok ke dalam industri hartanah. Ini merupakan pencapaian penting dalam merevolusikan model tradisional sambil kekal selari sepenuhnya dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan bandar pintar dan era baharu PropTech."

Hugh Chow, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRI, berkata, "Teknologi Lejar Teragih (DLT – turut dikenali sebagai teknologi Rantaian Blok) pada dasarnya dapat mengubah dinamik sektor hartanah  – menjadikannya lebih cekap, berdaya tahan dan andal. Rantaian blok ialah bahagian tumpuan utama dalam usaha-usaha R&D keseluruhan ASTRI – menampung aplikasi FinTech dan sektor-sektor perindustrian yang lain. Kami berasa sukacita untuk bekerjasama dengan New World Development dalam memanfaatkan teknologi Rantaian Blok, bergantung kepada PropTech sebagai rangsangan kuat kepada pertumbuhan diterajui inovasi dalam sektor hartanah Hong Kong. Ia akan membantu meningkatkan kecekapan operasi pemaju, memberikan kemudahan dan keselamatan kepada pengguna dan memberi manfaat kepada seluruh ekosistem sektor hartanah"

Puan Ann Kung, Timbalan Ketua Eksekutif BOCHK, berkata, "BOCHK komited untuk menyokong dan memacu pembangunan teknologi kewangan bagi menyediakan perkhidmatan yang mudah untuk orang awam. NWD berkolaborasi dengan ASTRI untuk memperkenalkan platform rantaian blok pembelian-hartanah yang pertama di Hong Kong, yang membantu meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan penyepaduan lancar perkhidmatan gadai janji dalam perjalanan pembelian hartanah pelanggan kami. Kami berasa gembira kerana menjadi bank pertama di Hong Kong untuk menggunakan platform ini. Menuju masa depan, kami akan terus memacu inovasi dan mempromosi perkhidmatan FinTech berorientasi pelanggan."

Kelebihan revolusioner dalam menyepadukan teknologi rantaian blok ke dalam platform pembelian-hartanah adalah ia akan membolehkan pengurangan masa dan kerja yang belum pernah terjadi sebelum ini antara penandatanganan perjanjian sementara dan pemuktamadan perjanjian. Platform rantaian blok sehenti itu dapat menjimatkan masa transaksi sehingga 8 jam dengan mengintegrasikan kesemua langkah perantaraan yang memakan masa: pengisian dokumen permohonan yang panjang dan rumit, ulang alik yang leceh antara bank dan peguam serta kajian terhadap maklumat yang memakan masa tentang pinjaman gadai janji. Tambahan pula, platform sehenti ini memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan dan menjimatkan masa kerja sekitar 47 jam. Seluruh rantaian industri akan dapat menjimatkan masa sekitar 55 jam secara keseluruhan.

Enam Kelebihan Utama Gabungan antara PropTech dan Teknologi Rantaian Blok

1.      Perkhidmatan Diselaraskan 24/7 tanpa Sekatan Masa atau Lokasi  

Dengan bantuan rangkaian tersulit berkualiti tinggi yang baharu, pembeli, pemaju hartanah, bank dan badan berkaitan akan dapat meninggalkan prosedur-prosedur tradisional dan akan mendapat manfaat daripada penyepaduan lancar setiap elemen dalam seluruh rantaian industri. Bebas sepenuhnya daripada sekatan lokasi, pembeli akan berpeluang menikmati perkhidmatan yang jauh lebih cepat dan lebih mesra pengguna dengan akses mudah kepada semua maklumat, turut mendapat manfaat daripada kemas kini status yang kerap tentang permohonan dan prosedur gadai janji.

2.      Jimat 6 Jam Prosedur Permohonan Gadai Janji

Pembeli kali pertama biasanya terlibat secara langsung dalam membandingkan cadangan gadai janji daripada sekurang-kurangnya empat bank, satu proses yang memerlukan kertas kerja yang berulang, rumit dan ekstensif. Platform rantaian blok akan menghantar perjanjian sementara pihak pembeli yang diberi kuasa, disulitkan dan ditandatangani secara digital kepada bank-bank terpilih, justeru dapat menjimatkan masa pembeli sekurang-kurangnya enam jam untuk mendapatkan susulan daripada bank-bank berbeza, memendekkan masa yang digunakan dalam proses permohonan dengan ketara.

3.       Kecerdasan Segera – Pastikan Pembeli Mengikut Jadual

Pembeli kali pertama perlu menandatangani dokumen undang-undang dan menyelesaikan bayaran dalam tempoh waktu yang diberikan. Mudah untuk terlepas tarikh akhir atau tertinggal langkah-langkah tertentu dan ini akan membawa kepada kerugian dan kelewatan yang tidak perlu. Pembeli juga perlu membuat susulan dengan peguam bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang status, setiap transaksi memerlukan sekurang-kurangnya 15 panggilan telefon secara purata, mengakibatkan banyak kesulitan kepada pembeli. Platform rantaian blok menggabungkan pemberitahuan prosedur untuk mengingatkan pembeli tentang tarikh-tarikh penting seperti penyelesaian deposit, tarikh perjanjian penting dan penghantaran akhir kertas kerja formal. Platform baharu ini memberikan pengalaman pembelian serba baharu yang mudah kepada semua pelanggan, yang mana pembeli dengan mudah dapat mengakses maklumat terkini dengan segera dan maklumat berkaitan, menjimatkan sekitar 2 jam semasa proses tersebut.

4.     Pengesahan Digital Pantas untuk Maklumat Pembeli

Menerusi model lama, pemaju, bank dan badan berkaitan setiap satunya perlu memasukkan maklumat pembeli dan mengesahkannya secara manual dan berasingan. Semua maklumat memerlukan input yang teliti dan pengesahan secara peribadi. Namun demikian, dengan sistem baharu, pembeli boleh membenarkan pihak bank dan badan berkaitan untuk mengakses maklumat tersulit mereka secara selamat melalui platform rantaian blok. Ini dapat mengurangkan masa dan prosedur dengan ketara, menjadikan proses tersebut jauh lebih cekap.

5.     Prosedur Mesra Alam dan Tanpa Kertas

Pada masa lalu, sama ada untuk permohonan gadai janji bank, dokumen persediaan peguam atau laporan kemajuan pemaju, sekiranya pembeli memohon gadai janji dengan empat bank berbeza, perlu untuk mencetak sejumlah besar dokumen, melibatkan sekurang-kurangnya 120 helai kertas. Dengan pengenalan kepada platform rantaian blok, kesemua pihak dapat mengurangkan cetakan dokumen yang tidak perlu dan seluruh proses menjadi jauh lebih mesra alam, di samping menjimatkan masa dan sumber berharga.

6.     Buka Lebih Banyak Peluang Menarik untuk Industri Hartanah

NWD aktif dalam memperbaharui industri-industri tradisional. Tahun lalu, NWD mencipta perkhidmatan pendaftaran dalam talian serba baharu untuk pembeli kali pertama. NWD memperkenalkan deposit awal menggunakan kad kredit bagi menggantikan bayaran cek, seraya mengelakkan masa yang terbazir kepada pembeli yang terpaksa menunggu dalam barisan di bank. Melalui cara ini dan banyak lagi, platform rantaian blok NWD akan membentuk semula seluruh industri hartanah dan mewujudkan era baharu: Pembelian-Hartanah 2.0.

BOCHK ialah bank pertama yang mengambil bahagian dalam platform rantaian blok pembelian-hartanah di Hong Kong. NWD mengundang bank-bank lain untuk menyertai platform tersebut agar pelbagai pelan gadai janji yang lebih luas dapat ditawarkan kepada pembeli hartanah NWD baharu, seraya dapat memenuhi pelbagai keperluan mereka dengan lebih berkesan.

Teknologi Rantaian Blok Selamat dan Andal 

Rantaian blok ialah satu teknologi yang inovatif. Ia menggunakan sistem teragih bagi mengesahkan setiap transaksi agar pemindahan dijamin selamat. Maklumat yang terdapat pada rantaian blok wujud sebagai pangkalan data, dikongsi oleh pembeli, penjual, bank dan peguam. Rekod berkenaan benar-benar bersifat terbuka, telus dan boleh dikesan maka sukar untuk rekod transaksi berkenaan disalah guna. Dengan itu, keselamatan maklumat ditingkatkan dengan ketara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190220/2380612-1

Source: New World Development
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Real Estate New products/services Blockchain