omniture

CFTE Bekerjasama dengan MACALLINE Persembah CBD-IBCTF (Shanghai) 2019 Dipertingkat

The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
2019-02-25 08:30 891

SHANGHAI, 25 Februari 2019 /PRNewswire/ -- China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp. ("CFTE"), penganjur Pameran Perdagangan dan Pembinaan Antarabangsa China (CBD-IBCTF (Shanghai) atau "Pameran") akan bekerjasama dengan MACALLINE, sebuah jenama hiasan kediaman dan perkhidmatan terkemuka Cina, untuk mempersembahkan Pameran yang telah dipertingkat di Pusat Konvensyen dan Pameran Nasional Shanghai mulai 26-28 Mac 2019.

"Kami telah menetapkan piawaian yang sangat tinggi untuk kualiti dan kecemerlangan dengan Pameran CBD di Guangzhou, yang merupakan pameran hiasan bangunan utama di dunia, dan kami berhasrat untuk memenuhinya," kata Presiden Liu Pameran CBD. "Itulah sebabnya kami telah bekerjasama dengan MACALLINE, sebuah jenama terkenal dengan tumpuan pengguna yang jitu, untuk memastikan CBD-IBCTF (Shanghai) ialah satu acara yang merupakan platform penyelesaian yang menyeluruh dan komprehensif untuk industri bangunan dan hiasan. Selain daripada perkongsian itu, Pameran akan menampilkan peningkatan dalam tujuh kategori, termasuk misi, kawasan pameran, tema, jenama pameran, saiz khalayak, perkhidmatan, dan persidangan."

Meliputi 170,000 meter persegi, CBD-IBCTF (Shanghai) 2019 akan menonjolkan trend perindustrian utama seperti pengantarabangsaan, reka bentuk, penyesuaian, kepintaran, kategori penuh dan rangkaian bekalan keseluruhan. Lebih 500 pempamer telah mendaftar untuk Pameran itu, termasuk syarikat terkemuka dalam sektor Penyesuaian Rumah, Pintu dan Tingkap, dan produk Kediaman Pintar, bersama-sama dengan penginovasi dan pengeluar kelas atasan Jubin Seramik, Peralatan Rumah Pintar, Reka Bentuk Dalaman dan banyak lagi.

Perkongsian dengan MACALLINE, dan perikatan sedia ada dengan China Building Decoration Association (CBDA) dan China Furniture & Decoration Chamber of Commerce (CFDCC), akan menarik banyak peniaga, pereka, arkitek, dan pembeli yang terkenal daripada industri hartanah dan hospitaliti, membolehkan Pameran untuk menganjurkan persidangan profil tinggi seperti Persidangan Hiasan Kediaman China 2019, Persidangan Jenama dan Pengedar UTAMA Hiasan Industri Kediaman 2019, dan Pameran Kerja Reka Bentuk Hiasan Bangunan China, bersama-sama bengkel pereka, Design Dream Show, dan banyak lagi.

CBD-IBCTF (Shanghai) 2019 juga akan melancarkan keupayaan pengimbasan kod QR untuk kemasukan mudah, mewujudkan acara yang lancar, meningkatkan perlindungan hak harta intelek, dan mewujudkan lebih banyak ruang pelbagai fungsi.

Latar Belakang CBD  Fair

Ditubuhkan pada tahun 1999, Pameran CBD dianjurkan dua kali setiap tahun, dengan CBD-IBCTF (Shanghai) yang diadakan pada bulan Mac dan Pameran CBD (Guangzhou) yang diadakan pada bulan Julai. Pameran CBD (Guangzhou) merupakan pameran hiasan bangunan terbesar di dunia. Sesi terakhir, yang dihoskan pada Julai 2018, menarik lebih daripada 2,000 pempamer dan 150,000 pelawat.

Source: The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
Keywords: Construction/Building Real Estate Trade show news Future Events