omniture

TCEB lancar 'ASEAN MaxiMICE' sasar pelancong MICE dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura

Rakan kongsi Thai Airways International kekalkan momentum penerbangan masuk yang mantap selepas pertumbuhan 58% dalam keseluruhan ketibaan ASEAN MICE pada tahun 2018
Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB)
2019-02-25 11:59 875

BANGKOK, 25 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB) dan Thai Airways International (THAI) telah melancarkan kempen bersama mereka yang pertama pada 2019 yang dinamakan "ASEAN MaxiMICE" untuk pelancong MICE dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Inisiatif ini susulan pertumbuhan 58% keseluruhan ketibaan ASEAN MICE pada tahun 2018 dan memanjangkan hubungan yang telah lama terjalin antara TCEB dengan THAI, rakan kongsi industri strategik utama, dalam memberikan lebih nilai, kemudahan dan keistimewaan kepada perancang dan perwakilan MICE dari pasaran MICE terkemuka Thailand.

Cik Nooch Homrossukhon, Pengarah Jabatan Mesyuarat dan Insentif TCEB, berkata: "Kempen baharu 'ASEAN MaxiMICE' dengan keistimewaan yang dipertingkat adalah sejajar dengan dasar TCEB untuk memperdalam perkongsian pemegang kepentingan untuk membantu perancang MICE mencapai ROI dan pulangan atas masa yang lebih baik yang membolehkan pengalaman yang lebih memuaskan bagi perwakilan.

Kempen "ASEAN MaxiMICE" menawarkan tiga tahap keistimewaan, oleh kedua-dua TCEB dan THAI. Mereka termasuk MICE Lane, perkhidmatan temu-dan-sambut, pertunjukan kebudayaan, cenderahati premium, BTS Card untuk perjalanan kereta api udara, peruntukan bagasi tambahan, tempat duduk kumpulan yang ditentukan lebih awal pada penerbangan, pengumuman khas dalam perjalanan dan sarung kerusi dengan cetakan rekaan khusus.

"ASEAN MaxiMICE" terbuka kepada kumpulan sekurang-kurangnya 40 orang yang tiba di penerbangan THAI dan tinggal sekurang-kurangnya dua malam di Thailand. Permohonan dibuka sehingga 31 Ogos 2019, untuk perjalanan yang dilakukan sebelum 31 Oktober 2019.

En. Siriphong Mangkalee, Pengarah Serantau THAI, berkata beberapa tahun yang lalu, THAI bekerjasama dengan TCEB dan melancarkan kempen serupa yang sangat berjaya.

"Selepas kejayaan ini, kami memutuskan untuk bekerjasama dengan TCEB sekali lagi dan memperoleh idea untuk kempen 'MaxiMICE' bagi empat negara ASEAN. Asia kini merupakan pasaran yang berkembang pesat di dunia untuk THAI, manakala pasaran ASEAN menyumbangkan kepada lebih daripada 50% daripada pendapatan keseluruhan kami," kata beliau.

Empat pasaran terbesar ASEAN - Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura - secara kolektif meningkat 30% dan menyumbang 68% daripada semua pelancong ASEAN MICE ke Thailand. Keempat-empat pasaran ini juga merupakan antara sepuluh pasaran sumber utama Thailand untuk MICE pada tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Chakrapong Pongwecharak
Pengurus, Jabatan Strategi Pemasaran
Thailand Convention and Exhibition Bureau 
Emel: chakrapong_p@tceb.or.th
Tel: 66-2-694-6000 ext 6102

Source: Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB)
Keywords: Airlines/Aviation Travel Licensing/marketing agreements New products/services