omniture

Huawei dan Gelsenkirchen Tandatangani MoU untuk Kerjasama Bandar Pintar di MWC2019

Huawei
2019-03-02 00:16 1892

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Huawei dan Gelsenkirchen menandatangani satu Memorandum Persefahaman untuk Kerjasama Bandar Pintar semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC2019) yang diadakan di Barcelona, Sepanyol.

Bandar Raya Gelsenkirchen dan Huawei Technologies bersetuju untuk bekerjasama bagi tujuan pembangunan platform Bandar Pintar untuk menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada penduduk, pelancong dan perniagaan dalam bandar Jerman ini. Langkah pertama merupakan penubuhan Makmal Inovasi OpenAir yang berfungsi sebagai:

  • Wadah Bandar Pintar untuk penduduk, perniagaan dan pelancong
  • Wadah Bandar Pintar untuk Bandar Raya dan rakan-rakan kongsinya
  • Platform ujian untuk teknologi dan penyelesaian baharu
  • Hab untuk membina ekosistem tempatan melibatkan rakan kongsi dan meluaskan platform

Objektif-objektifnya adalah untuk melaksanakan dan menguji perkhidmatan Bandar Pintar awam yang sangat terlihat selain membuktikan pendekatan yang disyorkan bagi membina platform biasa yang diselaraskan untuk penyediaan perkhidmatan Bandar Pintar. Matlamat selanjutnya merupakan pewujudan Rangkaian Bandar Digital, yang mana pelbagai rakan kongsi dapat menyumbang kepakaran mereka.

Huawei akan terus menjadi rakan kongsi teknologi strategik untuk Bandar Raya Gelsenkirchen, menyediakan infrastruktur komunikasi dan pengkomputeran yang membolehkan Gelsenkirchen membezakan dirinya sebagai "Bandar Terhubung".

Gelsenkirchen

Bandar Raya Gelsenkirchen mempunyai sejarah yang lama dan unggul dalam kalangan masyarakat Jerman. Dahulunya dikenali sebagai "Kota seribu api" yang merujuk kepada api arang batu yang memperkasa revolusi perindustrian Jerman, Gelsenkirchen menjadi ekonomi pasaran baharu, yang berusaha untuk menggunakan teknologi dengan cara yang pintar bagi menambah baik kehidupan penduduk di bandar tersebut dan kawasan sekelilingnya serta untuk merangsang pembangunan ekonomi dan ekosistem yang rancak berasaskan maklumat.

Majlis Penandatanganan MoU Huawei dan Gelsenkirchen untuk   Bandar Pintar
Majlis Penandatanganan MoU Huawei dan Gelsenkirchen untuk Bandar Pintar

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190301/2390309-1

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Contracts