omniture

WWE LIVE(TM) Kembali Ke Singapura Jun Ini

WWE
2019-03-04 07:00 1288

SINGAPURA dan STAMFORD, Connecticut, 4 Mac 2019 /PRNewswire/ -- WWE kembali ke Singapura menerusi WWE LIVE SINGAPORE ® pada hari Khamis, 27 Jun 2019 di Stadium Tertutup Singapura.

Para peminat boleh mengharapkan aksi hebat yang mesra keluarga apabila Bintang Terkenal WWE Seth Rollins kembali ke Singapura menerusi WWE LIVE pada 27 Jun ini.
Para peminat boleh mengharapkan aksi hebat yang mesra keluarga apabila Bintang Terkenal WWE Seth Rollins kembali ke Singapura menerusi WWE LIVE pada 27 Jun ini.

Tiket-tiket untuk WWE LIVE SINGAPORE mula dijual pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 dan boleh didapati di Kaunter Tiket Stadium Tertutup Singapura, semua outlet SingPost, Kaunter Tiket The Star Performing Arts Centre, Meja Rencam Scotts Square, secara dalam talian di www.sportshubtix.sg dan dengan menghubungi Talian Penting Sports Hub Tix di +65 3158 7888.

Peminat-peminat yang menghadiri WWE LIVE SINGAPORE akan berpeluang untuk menyaksikan Bintang-bintang Terkenal WWE kegemaran mereka termasuk Braun Strowman™, Seth Rollins™, Finn Bálor™, Drew McIntyre™, Alexa Bliss™, Sasha Banks™, Nia Jax™, Elias™, Bobby Lashley™, Bayley™, Natalya™, Bobby Roode™, Chad Gable™ dan ramai lagi*.

WWE LIVE SINGAPORE dibawakan dengan kerjasama TEG Dainty Asia, penganjur utama acara-acara siaran langsung di seluruh dunia.

"Kami teruja untuk membawa kembali WWE LIVE ke Singapura," kata Paul Dainty, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif TEG Dainty Asia. "Susulan acara-acara kami yang amat berjaya pada tahun 2015 dan 2017, tahun ini kami berjanji untuk membawa lebih banyak aksi dan keterujaan kepada semua peminat kami, muda dan tua. Acara satu-malam-sahaja ini merupakan acara hebat yang tidak boleh dilepaskan."

"Peminat-peminat WWE boleh mengharapkan untuk mengalami malam yang padat dengan aksi menerusi hiburan mesra keluarga yang akan mencipta kenangan sepanjang hayat," kata Chris Marsh, Naib Presiden dan Pengurus Besar WWE Asia Pasifik. "Kami teruja untuk kembali ke Singapura yang mana para peminat boleh menyaksikan semua Bintang Terkenal WWE kegemaran mereka secara langsung dalam suasana yang amat mengujakan."

Rancangan WWE termasuk Raw®SmackDown®Main Event™, Vintage™, Bottom Line™, Afterburn™, Experience™ dan This Week™ bersiaran di StarHub melalui Hub Sports 2.

*Senarai bakat tertakluk kepada perubahan.

Untuk maklumat lanjut tentang WWE dan tanda dagangannya, serta penafian terhadap kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini, sila ke https://wwecorp.box.com/v/AboutWWE

Hubungan Media:

WWE

TEG Dainty Asia

Joe Quinn

Shirene Menon

+44 (0) 7469 141650

shirene.menon@yahoo.com

joe.quinn@wwecorp.com


Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190222/2380470-1

Source: WWE
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Future Events