GUANGZHOU, China, 4 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Pertumbuhan ekonomi yang mantap di negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan diperlihatkan dari segi peningkatan bilangan pembeli berdaftar yang menghadiri Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa 2019 (ISLE 2019) yang bakal berlangsung mulai 3 hingga 6 Mac di Kompleks Pameran Canton di Guangzhou, China. Pembeli-pembeli ASEAN dan Asia Selatan menyumbang sebanyak 29% dan 9.6% daripada pembeli luar negara keseluruhan ke ISLE 2018 dan pihak penganjur menganggarkan angka ini terus meningkat sekali lagi tahun ini.
Ekonomi-ekonomi bagi negara-negara seperti Vietnam, Bangladesh dan India menunjukkan prestasi yang baik sejak akhir-akhir ini hasil daripada peningkatan eksport dalam sektor pembuatan, penggunaan oleh kerajaan dan sektor swasta yang kukuh serta peningkatan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI). Laporan PBB menganggarkan bahawa KDNK rantau Asia Selatan akan meningkat sebanyak 5.4% pada tahun 2019 dan 5.9% pada tahun 2020, manakala pertumbuhan seluruh ASEAN akan mencecah 4.8% pada tahun 2019 dan 4.8% pada tahun 2020.
"Kami turut menemubual ratusan pembeli dari ASEAN dan Asia Selatan di ISLE 2018, khususnya Vietnam, Bangladesh dan India," ulas Luo Qun, Pengurus Besar Tongxing Technology, pengeluar jentera CNC yang terkemuka di China. "Kami akan mempamerkan seluruh rangkaian jentera CNC kami di ISLE 2019, termasuk model terkini kami, jentera pemotong laser gentian dan mengiklankan penghala CNC fungsi penuh yang dapat menghasilkan objek-objek kemasan permukaan berkualiti tinggi. Terdapat pilihan aplikasi yang luas untuk mesin kami seperti dalam industri-industri pakaian, pengiklanan dan perkakas dapur, untuk tugasan seperti ukiran batu, kerja kayu, pemprosesan logam dan pemotongan akrilik, kesemuanya semakin berkembang di negara-negara ASEAN dan Asia Selatan. Pasaran-pasaran Eropah Timur dan Eropah Barat kini menyumbang bahagian terbesar dalam eksport kami, namun demikian pasaran-pasaran Asia semestinya akan bangkit dengan pantas dan kami telah bersiap sedia sepenuhnya."
Latar Belakang ISLE
Pameran Papan Iklan & LED Antarabangsa (ISLE) ialah sebuah platform perniagaan premium untuk industri papan iklan dan LED, diadakan setiap tahun di wilayah Guangdong, China. Menerusi kawasan pameran yang terbesar di Asia, ISLE telah berkembang kepada lebih 100,000 meter persegi, dengan lebih 1,800 pempamer. Beberapa bengkel dan seminar aplikasi teknologi paparan & papan iklan turut diadakan semasa berlangsungnya ISLE.
Latar Belakang Tongxing Technology
Ditubuhkan pada tahun 1992 dan beribu pejabat di Bandar Raya Hefei, Tongxing Technology Development Co., Ltd. (Tongxing Technology) ialah pengeluar jentera CNC utama di China. Ia mempunyai kilang seluas 230,000 meter persegi, iaitu kemudahan pengeluaran yang terbesar di China untuk jentera CNC dan mengeksport ke lebih 120 negara dan wilayah dengan nilai output tahunan mencecah lebih US$ 500 juta manakala nilai ekport mencecah lebih US$10 juta.