omniture

Aduan Suntech daripada Syarikat-syarikat Insurans Pihak Ketiga Antara Terendah dalam Industri, Perlihat Komitmennya terhadap Khidmat Pelanggan dan Kualiti Produk

Suntech
2019-03-05 00:41 1182

WUXI, China, 5 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Menurut maklum balas data yang dikumpulkan daripada syarikat-syarikat insurans pihak ketiga, setakat 31 Disember 2018, kadar aduan berhubung produk-produk Suntech antara kesemua aduan yang diterima oleh syarikat-syarikat insurans pihak ketiga, seperti Munich RE dan The People's Insurance Company of China (PICC), dalam tempoh lima tahun yang lalu, hanyalah 100 ppm. Angka ini jauh lebih rendah berbanding purata industri, yang mewakili hanya 0.01%. Suntech sentisa diperakui umum atas kualitinya yang amat tinggi dalam industri PV. Tanpa mengira betapa teruknya cuaca, modul-modul solar Suntech sentiasa memastikan penjanaan kuasa yang stabil dan andal.

Garis panduan kualiti yang ketat jamin produk berkualiti

Setiap modul solar Suntech tertakluk kepada beberapa ujian yang ketat pada tertib pengeluaran. Hal ini khususnya ujian EL, ujian yang dilalui modul-modul susulan proses melamina. Ujian EL adalah serupa dengan imbasan ultrabunyi mod-B yang boleh didapati di hospital. Berdasarkan EL silikon berhablur, kamera inframerah beresolusi tinggi mengambil imej-imej dekat-inframerah pada modul-modul solar Suntech. Rekahan, pematerian yang lemah, jeriji yang pecah dan kecacatan lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dikesan, membolehkan bahaya yang tersembunyi disingkirkan dari awal.

Proses ujian akhir menggunakan penguji BoGe yang dibeli dari Jerman. Dalam syarikat-syarikat lain, peralatan ini hanya digunakan dalam makmal-makmal, namun demikian di Suntech, ia digunakan untuk menjalankan ujian modul rutin, memberi jaminan terhadap kualiti produk yang seragam dan penjanaan kuasa yang andal. Produk-produk tersebut juga diuji menggunakan protokol-protokol keselamatan yang ketat dan diuji untuk aspek keselamatan produk dengan impak sehingga 3,600V. Ujian-ujian profesional yang ketat ini membolehkan produk-produk Suntech menjamin kualiti yang andal sejak 25 tahun lalu. "Semua orang tahu bahawa piawaian industri boleh ditetapkan pada kadar yang amat tinggi. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ujian khusus Suntech merupakan kunci kepada kualiti luar biasa produk kami," kata En. Fei, Pengurus Jabatan QA, Suntech.  

Selain ujian tertib pengeluaran, setiap modul solar Suntech turut menjalani satu lagi ujian sebelum dihantar. Umumnya, menurut piawaian kebangsaan GB2828, pemeriksaan secara rawak akan dijalankan mengikut tahap kualiti boleh terima (AQL) bagi menentukan kualiti kumpulan modul solar. Walau bagaimanapun, menurut keperluan operasi Suntech, QA akan menyemak semua gambar EL yang diambil pada tertib pengeluaran. Produk-produk yang tidak memenuhi piawaian kebangsaan dan keperluan pelanggan dikenal pasti dan seluruh kumpulan produk berkenaan mungkin perlu dibuat semula atau disemak semula. En. Fei dengan bangganya berkata, "Hanya apabila kami tegas dengan diri kami sendiri dan mendedahkan serta menangani kelemahan kami barulah kami dapat mengumpul data, menganalisis data tersebut dengan kekerapan berterusan dan akhirnya menyelesaikan masalah."  

Menjadi pengeluar PV dipercayai melalui inovasi berterusan dan pengurusan cemerlang 

Suntech memperoleh pensijilan ISO9000 untuk sistem pengurusan kualitinya dan pensijilan ISO14000 untuk sistem pengurusan alam sekitarnya. Suntech turut memperolah IEC, DNV GL, TÜV dan pensijilan lain. Suntech memiliki teknologi terbukti, pengalaman beraneka dan reputasi yang mantap dalam aspek reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan untuk pelbagai sistem penjanaan kuasa terhubung-grid PV solar berskala luas dan bebas. 

"Di samping ujian tertib pengeluaran kami yang ketat, kami turut memeriksa rantaian bekalan huluan dan meletakkannya pada standard yang lebih tinggi berbanding standard biasa,"kata En. Fei. Suntech sentiasa memilih amalan terbaik bagi tujuan pemilihan dan kawalan bahan-bahan mentah termasuk kawalan pemindahan bateri, pengurusan plat ujian standard (plat ujian standard dikalibrasi setiap 4 jam), suhu dan sebagainya, "Kami menetapkan objektif-objektif praktikal untuk hal ini. Semua produk yang dihantar perlu memenuhi keperluan pelanggan kami. Produk-produk kami dapat bertahan dalam tempoh yang lama. Tanpa kualiti produk yang luar biasa, kami tidak akan mempunyai keyakinan untuk mengatakan sedemikian," tambah En. Fei.

Suntech mengesyorkan agar segala usahanya ditumpukan pada pembuatan di samping memastikan pembuatan Suntech kekal "berorientasi pelanggan", memanfaatkan pengurusan yang bagus terhadap tertib pengeluarannya bagi mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti. Suntech juga komited terhadap perkhidmatan berorientasi pelanggan, respons pantas terhadap keperluan pelanggan dan pelaksanaan yang pantas. Dari segi pengurusan pelanggan, Suntech melihat kebolehannya untuk memenuhi keperluan pelanggan sebagai nilai utama pasukannya. Setakat ini, sebuah pasukan khidmat pelanggan profesional ditubuhkan untuk bertindak sebagai penghubung komunikasi antara pelanggan dan Suntech. Sememangnya mekanisme pengurusan yang bagus dan cemerlang inilah yang membekaskan Kualiti Suntech dalam ingatan pelanggan dan menjadikan Suntech sebagai pengeluar PV yang paling dipercayai di dunia.

 

Source: Suntech
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research