omniture

66 Penerima Hadiah Nobel Gesa India dan Pakistan Lerai Ketegangan

Kailash Satyarthi Children's Foundation
2019-03-05 15:21 832

NEW DELHI, 5 Mac 2019 /PRNewswire/ --

Di bawah naungan platform Laureates and Leaders for Children, Kailash Satyarthi Children's Foundation, yang diasaskan oleh Penerima Anugerah Keamanan Nobel Encik Kailash Satyarthi, 66 Pemenang Nobel telah menggesa Perdana Menteri India dan Pakistan untuk meredakan ketegangan yang semakin meningkat sebelum ia bertukar menjadi peperangan sebenar antara kedua-dua negara nuclear.

generated by system

Surat bersama ini telah dikemukakan kepada Perdana Menteri India dan Pakistan serta Wakil Tetap kedua-dua negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Inilah kali pertama sebilangan besar Penerima Anugerah Nobel yang terdiri daripada pemenang anugerah keamanan hinggalah kepada mereka dari bidang ekonomi, kimia, fizik dan perubatan bersama-sama dengan gesaan bersama untuk menarik perhatian kepada kehidupan dan masa depan lebih daripada separuh bilion kanak-kanak di India dan Pakistan yang dipertaruhkan.

Platform Laureates and Leaders for Children yang diasaskan pada 2016 telah berkembang menjadi salah satu kolektif moral tertinggi untuk membina rasa kesegeraan bertindak, tanggungjawab bersama dan suara global yang kuat bagi merangsang kehendak politik untuk melindungi kanak-kanak di dunia.

Bercakap mengenai gesaan bersama ini, Encik Kailash Satyarthi berkata, "Saya mengulangi bahawa kanak-kanak merupakan mangsa yang paling menderita dalam keganasan dan peperangan. Hakikatnya begitu banyak Penerima Nobel dari pelbagai bidang telah berkumpul bersama-sama menuntut keselamatan kanak-kanak untuk kali pertama menunjukkan situasi yang memerlukan tindakan segera yang dihadapi. Saya berharap agar suara pemimpin moral global akan didengar oleh Perdana Menteri dan warganegara India dan Pakistan serta langkah segera akan diambil untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara."

Seramai 66 Penerima Anugerah Nobel yang telah menandatangani gesaan setakat ini adalah Puan Leymah Gbowee, Puan Shirin Ebadi, Puan Tawakkol Karman, Cik Malala Yousafzai, Profesor Muhammad Yunus, Tuan Yang Terutama José Ramos-Horta dalam Kategori Keamanan. Profesor Edvard Ingjald Moser dan Profesor May-Britt Moser telah menjadi penandatangan dalam Kategori Perubatan. Profesor Venkatraman Ramakrishnan dalam kategori Kimia; Profesor Alvin Roth menandatangani Kategori Ekonomi sementara Profesor Takaaki Kajita dan Profesor Oliver D. Hart menandatangani Kategori Fizik di kalangan beberapa yang lain di pelbagai bidang di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati: https://satyarthi.org.in/

Sumber: Kailash Satyarthi Children's Foundation

Source: Kailash Satyarthi Children's Foundation
Keywords: Children-related news Not for profit