omniture

Next Story Group Luaskan Jejak di Australia dan Tembusi Destinasi-destinasi Utama di Sri Lanka dan Vietnam

Tawaran bersepadu pertama Next Hotels dan Kafnu dibuka di Colombo pada November 2019
Next Story Group
2019-03-08 00:42 2186

SINGAPURA, 8 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat hospitaliti antarabangsa Next Story Group berkembang ke seluruh pasaran Asia Pasifik pada tahun 2019 menerusi jenama hotelnya yang berjaya, Next Hotels dan konsep gaya hidup bandar yang menetapkan genre, Kafnu. Kumpulan ini membuka Kafnu Alexandria -- hartanah Kafnu pertama di Australia – pada 1 Mac dan kini bersiap sedia untuk membuka Next Hotel Colombo, Kafnu Colombo dan Kafnu Ho Chi Minh City pada bulan-bulan akan datang.

"Strategi pertumbuhan kami menumpu untuk mengukuhkan kedudukan kami di Australia yang mana kami mempunyai portfolio hotel yang terbesar. Pengetahuan kami tentang pasaran ini memberikan kami asas kukuh untuk melancarkan Kafnu dalam pasaran ini. Dalam masa yang sama, kami turut berkembang ke dalam pasaran-pasaran baharu dan destinasi-destinasi pelancong yang semakin meningkat naik di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Kami percaya kedua-dua jenama hospitaliti kami -- Next Hotels dan Kafnu -- berkedudukan baik untuk menawarkan pengalaman unik di Sri Lanka dan Vietnam. Kami amat teruja dengan pembukaan hartanah kami dalam pasaran-pasaran ini pada tahun 2019 memandangkan ia akan menjadi kejayaan penting yang baharu untuk Next Story Group," kata Darren Edmonstone, Ketua Pegawai Eksekutif Next Hotels & Resorts.

Next Story Group kini mempunyai 40 hartanah yang beroperasi dan masih dalam perancangan pada portfolionya. Antara yang pertama daripada hotel yang dirancang untuk dibuka oleh Kumpulan ini, pada November 2019, ialah Next Hotel Colombo. Menawarkan hospitaliti inovatif yang moden di bawah jenama Next Hotels yang mewah, Next Hotel Colombo akan menjadi Next hotel yang pertama di luar Australia. Ia akan ditempatkan dalam Colombo City Centre, pembangunan guna campur 47 tingkat yang ikonik di Colombo, sebuah bandar raya yang dikenali sebagai destinasi "perlu diambil gambar" No.1 di dunia. Sejak beberapa tahun yang lalu, industri hospitaliti yang semakin berkembang di Sri Lanka telah mengubah lanskap bandar tersebut dan PATA kini memberi kedudukan ke-5 kepada Sri Lanka antara destinasi-destinasi utama di Asia Pasifik. 

Next Hotel Colombo akan menyediakan 164 bilik tamu dan suit di 8 tingkat (tingkat 10 hingga 17) selain pod tidur unik yang menyediakan masa istirehat untuk tetamu yang tiba awal atau perlu mendaftar keluar lewat. Tetamu-tetamu akan dapat menikmati kolam luar di tingkat ke-9 dan mendapat akses ke gimnasium dan bilik yoga. Terletak di teres tingkat ke-9, restoran khusus ini mempunyai dapur pertunjukan dan menawarkan pemandangan bandar raya, Tasik Bere dan Lautan Hindi. Tetamu-tetamu akan disajikan dengan pengalaman menjamu selera yang mengagumkan di restoran ini menerusi tawarannya yang merangkumi hidangan gastronomi yang menumpu pada hasil tempatan. Hotel ini juga merupakan lokasi ideal untuk mengadakan mesyuarat korporat dan majlis sosial.

Hotel ini menyediakan akses terus ke pusat beli belah mewah dalam Colombo City Centre, yang membawakan lebih 50 jenama antarabangsa, kompleks sinema enam-skrin dan taman permainan realiti maya. Ia juga terletak dalam jarak berjalan ke tempat-tempat tarikan utama termasuk Tasik Beira, Kuil dan Taman Gangaramaya, Taman Viharamahadevi, Galeri Seni Kebangsaan, Muzium Negara, Dewan Bandaraya dan taman tepian pantai Galle Face Green.

Paling utama, Next Hotel Colombo akan menjadi hotel pertama Kumpulan ini yang membawakan Kafnu sebagai sebahagian daripada tawaran komprehensifnya. Tetamu-tetamu Next Hotel Colombo boleh mengoptimumkan produktiviti mereka di Kafnu Colombo yang berkeluasan 750 meter persegi, yang akan menawarkan ruang kerja yang dikongsi, bilik mesyuarat dan ruang istirehat.

Sejak pelancaran Kafnu pada tahun 2017, jenama inovatif ini meluaskan jaringannya kepada empat hartanah operasi. Dikonsepkan sebagai perkampungan bandar untuk generasi baharu pencipta, Kafnu menggabungkan unsur-unsur terbaik daripada ruang kerja yang dikongsi, hospitaliti dan komuniti sosial. Ahli-ahli mendapat akses global kepada hartanah Kafnu dan mendapat faedah daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran dan perangkaian yang dipesan terlebih dahulu yang menyokong penciptaan bersama, penerokaan bersama dan inovasi bersama.

Next Story Group turut melakukan penembusan ke Vietnam pada separuh pertama tahun 2019, dengan pembukaan akan datang untuk Kafnu Ho Chi Minh City. Hartanah seluas 2440 meter persegi itu akan ditempatkan di bangunan 8 tingkat di tengah-tengah bandar raya, berhampiran Daerah 1 dan 2. Kafnu Ho Chi Minh City akan menawarkan 8 bilik hotel yang membolehkan ahli-ahli untuk mendapat tidur yang lena, pelbagai pilihan ruang kerja, enam bilik mesyuarat dan ruang acara berbilang skrin yang dapat menampung sehingga 150 orang tetamu. Studio kecergasan maya akan menawarkan ahli-ahli dengan lebih 1,500 kelas untuk dipilih serta pilihan makanan dan minuman akan melibatkan Soy, restoran Asia moden dan Habitat Cocktail Bar, yang mengadakan persembahan muzik langsung.

Di Australia, Next Story Group membuka Kafnu Alexandria pada 1 Mac 2019. Kafnu Alexandria terletak bersebelahan dengan The Grounds of Alexandria, dalam salah satu hab kreatif dan perindustrian yang semakin berkembang maju di Sydney dan hanya sejauh lima minit dari Lapangan Terbang Sydney. Hartanah berkeluasan 3,000 meter persegi ini menawarkan 16 bilik tamu, pelbagai ruang kerja dan bilik mesyuarat selain studio kecergasan maya dan Tonik, bar gin yang menyimpan lebih 20 jenis gin Australia dan bir hasil tempatan.

Latar Belakang Next Story Group

Next Story Group mencipta dan mengubah kawasan bandar menjadi masyarakat berkembang maju dengan memanfaatkan kuasa imaginasi manusia dan inovasi. Kini, kumpulan ini memiliki, mengurus dan memfrancaiskan hotel-hotel dan pusat-pusat peranginan di Australia, Laos dan Thailand, membawa jenama-jenamanya termasuk Next Hotels, Sage Hotels dan LinQ Hotels. Ia turut mengurus empat ruang Kafnu di Sydney, Bengaluru, Taipei dan Hong Kong. Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190214/2375429-1LOGO-a

Source: Next Story Group
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services