omniture

Hainan Airlines lancar khidmat tanpa henti Haikou-Osaka pada 28 Februari

Hainan Airlines Co., LTD
2019-03-08 20:26 2027

HAIKOU, China, 8 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Hainan Airlines Holding Co., Ltd. ("Hainan Airlines") melancarkan perkhidmatan tanpa henti antara Haikou dan Osaka pada 28 Februari lalu. Laluan ini dijangka dapat mempromosi pembangunan sektor pelancongan di kedua-dua bandar dan mengukuhkan lagi pertukaran perdagangan dan pertukaran budaya antara Sino-Jepun.

Bertindak balas secara positif terhadap arahan negara China untuk "meningkatkan laluan antarabangsa terus dari Hainan ke sumber-sumber pelancong utama dunia," dan permintaan kerajaan wilayah Hainan untuk mempercepatkan pembinaan hab serantau Hainan, Hainan Airlines bersungguh-sungguh melabur dalam pengembangan laluan penerbangan antarabangsa dan meningkatkan perkhidmatan tanpa henti antara benua. Kini, Hainan Airlines membuka banyak laluan antarabangsa dan serantau yang berasal dari Haikou dengan menyediakan perkhidmatan ke dan dari Rome, Singapura, Sydney, Melbourne dan Taipei, antara beberapa destinasi lain.

Penumpang-penumpang boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang tempahan di laman sesawang rasmi syarikat penerbangan di www.hnair.com atau dengan menghubungi talian utama syarikat penerbangan di 95339.

Jadual Penerbangan Haikou-Osaka Hainan Airlines (Semua dalam waktu tempatan)

No. Penerbangan

  Pesawat

  Jadual

  Bandar Pelepasan

  Waktu Berlepas

  Waktu Ketibaan

Bandar Ketibaan

 HU785

 B737

Selasa/Khamis/Sabtu

 Haikou

 08:40

 13:40

 Osaka

 HU786

 B737

Selasa/Khamis/Sabtu

 Osaka

 14:40

 19:15

 Haikou

Catatan: Jadual waktu khusus boleh disahkan di laman sesawang rasmi Hainan Airlines.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180720/2192262-1-LOGO

Source: Hainan Airlines Co., LTD
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel