omniture

Lazada perluas jangkauan peniaga antarabangsa di Asia Tenggara

Langkah diambil tatkala jualan rentas sempadan di rantau tersebut meningkat empat kali ganda sepanjang tiga tahun lalu
Lazada Group
2019-03-11 09:33 1643

SHENZHEN, China, 11 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat eDagang yang terkemuka di Asia Tenggara Lazada merancakkan operasi rentas sempadannya untuk jenama-jenama dan peniaga-peniaga antarabangsa bagi meluaskan jangkauan mereka kepada pengguna, tatkala jualan rentas sempadan platform berkenaan meningkat empat kali ganda sepanjang tiga tahun lalu.

Going beyond borders to unlock opportunities in Southeast Asia. Lazada Group Co-President, Jing Yin, rallied cross-border merchants to join hands with Lazada to seize growth opportunities in Southeast Asia. Announcing that Lazada’s cross-border sales quadrupled between 2016 and 2018, Yin said Lazada will boost its cross-border operations to help international brands and merchants expand their reach to their consumers.
Going beyond borders to unlock opportunities in Southeast Asia. Lazada Group Co-President, Jing Yin, rallied cross-border merchants to join hands with Lazada to seize growth opportunities in Southeast Asia. Announcing that Lazada’s cross-border sales quadrupled between 2016 and 2018, Yin said Lazada will boost its cross-border operations to help international brands and merchants expand their reach to their consumers.

 

Antara langkah-langkah tersebut adalah untuk membawa masuk jenama-jenama antarabangsa yang berkualiti dan mengenal pasti serta memupuk 300 jenama terbaik antara kesemua penjual rentas sempadan dalam setiap satu daripada enam negara Lazada beroperasi, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ini akan membolehkan jenama-jenama yang dipilih khusus itu mengembangkan perniagaan mereka dan menikmati faedah-faedah seperti keterlihatan yang lebih tinggi terhadap produk-produk mereka apabila pengguna mencari dan melayari laman tersebut. Satu lagi ciri baharu ialah seleksi yang diperbaharui untuk peranekaan rentas sempadan di platform Lazada.

"Kami ingin menjadi penghubung antara peniaga rentas sempadan yang berkualiti kami dan kira-kira 560 juta pengguna di Asia Tenggara," kata Presiden Bersama Lazada Group, Jing Yin, yang berucap pada hari Khamis (7 Mac) di Shenzhen dalam persidangan penjual rentas sempadan pertama Lazada bagi tahun 2019.

"Disokong oleh kepakaran dan infrastruktur terbaik daripada Alibaba selain pemahaman mendalam kami terhadap Asia Tenggara, kami berupaya melengkapi penjual-penjual dan jenama-jenama rentas sempadan kami dengan pengetahuan dan instrumen bagi melalui pertumbuhan besar-besaran di rantau ini," kata Yin kepada lebih 1,000 peniaga, yang turut mendengar daripada eksekutif-eksekutif tertinggi Lazada bagaimana platform berkenaan akan membantu mereka mendekati pelanggan dengan lebih baik di Asia Tenggara.

Kenaikan mendadak dalam perbelanjaan eDagang di Asia Tenggara mencerminkan peningkatan permintaan terhadap produk-produk rentas sempadan dengan GMV daripada kategori rentas sempadan Lazada berkembang sebanyak 4.6 kali ganda antara tahun 2016 dan 2018. Menurut anggaran industri, pasaran eDagang yang berkembang pesat di Asia Tenggara berjalan seperti yang dirancang untuk mencecah USD240bilion menjelang tahun 2025, melangkaui anggaran terdahulu sebanyak USD40bilion.

Salah satu inisiatif utama yang diumumkan di persidangan tersebut ialah Global Collection yang dirombak. Ia merupakan saluran khusus bagi mempamerkan peranekaan oleh peniaga rentas sempadan Lazada dari seluruh dunia. Global Collection 2.0 memanfaatkan fungsi-fungsi carian berasaskan algoritma bagi menyaring peranekaan rentas sempadan yang luas untuk menonjolkan penjual-penjual yang menawarkan produk-produk yang popular dan bagus kualitinya agar pelanggan boleh mencarinya dengan mudah.

Dengan Global Collection baharu, pelanggan akan mendapat bungkusan mereka dengan lebih cepat. Mereka boleh mendapatkan bungkusan mereka dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula dari hari mereka membuat tempahan mereka sekiranya mereka memilih pilihan penghantaran standard.

Untuk memberikan penjual-penjual dengan rangsangan yang lebih besar, Lazada turut menawarkan mereka dengan lebih banyak pilihan untuk berhubung dan berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan melalui kempen baharu dan melengkapi mereka dengan alatan dan pandangan yang lebih baik untuk menjual dengan lebih berkesan di Lazada. Sebagai contoh, penjual-penjual akan mendapat laporan secara mingguan tentang perkataan dan item yang paling banyak dicari di Lazada bagi membolehkan mereka memenuhi keinginan dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah.

Mula dilancarkan pada tahun 2013, perniagaan rentas sempadan Lazada berkembang menjadi salah satu pasaran yang paling pelbagai yang membawakan jenama-jenama dan peniaga-peniaga dari seluruh dunia. Lokasi asal lima pasaran terbaik penjual-penjual rentas sempadan ini ialah tanah besar China, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat dan Eropah, dengan kategori fesyen wanita, kediaman & kehidupan serta fesyen kanak-kanak tersenarai sebagai antara item rentas sempadan yang paling popular. Didorong oleh infrastruktur teknologi kukuh Alibaba dan jaringan logistik yang luas serta tiada tandingan, Lazada ingin melancarkan kategori-kategori baharu, yang menawarkan produk-produk besar seperti perabot dan perkakas rumah.

Tahun lalu, Lazada mencatat rekod baharu, dengan kumpulan penghantaran destinasi terakhirnya di seluruh Asia Tenggara menghantar lebih 1 juta bungkusan sehari. Untuk menangani kenaikan permintaan yang terbesar seumpamanya, lebih 100 rakan kongsi logistik Lazada, termasuk pembekal penghantaran pihak ketiga, turut merangsang perkhidmatan penghantaran mereka untuk menghantar pembelian ke tangan pelanggan dengan cepat. Lazada turut menyewa tiga pesawat bagi menyerahkan lebih 200 tan bungkusan daripada penjual-penjual rentas sempadan kepada para pembeli belah di Indonesia, Filipina dan Thailand tepat pada masanya untuk musim cuti.  

Latar Belakang Lazada Group

Dilancarkan pada tahun 2012, Lazada ialah destinasi beli belah dan jualan dalam talian nombor satu di Asia Tenggara dan berada di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Dengan 300 juta SKU tersedia, Lazada menawarkan rangkaian produk terluas dalam kategori-kategori bermula dengan kecantikan, fesyen dan barangan elektronik pengguna kepada barangan rumah, alat mainan, peralatan sukan dan barangan runcit. Perniagaan barangan runcit yang diperluas turut menambah lebih 160,000 produk, bermula dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang berkualiti tinggi, daging dan makanan laut beku serta sejuk, produk istimewa premium, makanan bayi dan alat mainan, serta keperluan harian seperti kelengkapan dandanan diri, barangan rumah dan penjagaan haiwan kesayangan. Lazada Group merupakan milik majoriti Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190307/2396577-1
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160928/8521606183LOGO

Source: Lazada Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Corporate Expansion New products/services