omniture

Habanos Dedah Kriteria Utama Pilih Habano

HABANOS SA
2019-03-11 21:32 1227

HAVANA, 11 Mac 2019 /PRNewswire/ --

Festival XXI Habanos baru-baru ini berlangsung pada 18-22 Februari di Havana, Cuba. Sempena festival ini, Habanos kini ingin mendedahkan kriteria utama untuk memilih cerut Habano. Presiden-presiden Bersama Habanos, S.A., pemimpin dunia dalam pemasaran cerut premium ini menerusi 27 jenamanya, percaya bahawa masa yang ada ialah kriteria yang paling relevan untuk memilih Habano, salah satu cerut paling premium di dunia.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8509551-habanos-reveal-criteria-choosing-habano/

Menurut Inocente Nunez, Presiden Bersama Habanos S.A, terdapat dua aspek penting ketika memilih Habano, "Masa yang kita ada dan pilihan waktu dalam hari tersebut untuk menikmatinya." Masa yang diperlukan boleh jadi antara dua puluh minit hingga satu jam dua puluh minit.

Perisa Habano Dan Vitola

Setelah tempoh masa ditetapkan, aspek yang sangat peribadi perlu diambil kira, memilih perisa. Terdapat lima wilayah perisa iaitu ringan, sederhana ringan, sederhana, sederhana kuat dan kuat.

Apabila memilih Habano, pengguna juga boleh mengambil kira ciri-ciri lain seperti ukurannya, termasuk dalam vitola, "Ini merujuk kepada bentuk Habano, panjangnya, dan apa yang kita sebut sebagai gegelung cincin, yang merupakan diameter cerut," kata Nunez.

Kepentingan Ritual Penyalaan

Ritual penyalaan sangat penting untuk menikmati Habano kemudiannya. Presiden Bersama Habanos, S.A. Inocente Nunez dan Luis Sanchez-Harguindey, mengesyorkan penyalaan Habano dengan kayu cedar, "Oleh sebab ia memberikan aroma dan bau yang hebat." Di samping itu, "Anda sentiasa perlu menyalakannya dari luar dengan berhati-hati untuk tidak menjadikan Habano berasap," kata Alexis Menendez, Habanosommelier Cohiba Atmosphere Havana.

Setelah dinyalakan, Habano sangat versatil dan boleh dipadankan dengan minuman keras seperti rum, bir atau wain yang enak, teh, kopi atau coklat panas.

Untuk maklumat lanjut: http://www.habanos.com

Young & Rubicam:
Carla Llado
Tel: +34-669-54-69-09
press.habanos@yr.com

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/832870/HABANOS_SA.jpg )

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Tobacco