omniture

Novo Cinemas Perkenal Lokasi Unggulan Mengagumkan di Taman Tema IMG Worlds of Adventure di Dubai

Novo Cinemas
2019-03-15 23:00 1419

DUBAI, UAE, 15 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Novo Cinemas, jenama panggung wayang yang inovatif dan memenangi anugerah, membuka lokasi unggulan termajunya di IMG Worlds of Adventure di Dubai.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8512051-novo-cinemas-unveils-flagship-venue-dubai/ 

Pawagam IMAX® with Laser yang terbesar di Dubai, multipleks ultra-model Novo menampilkan nilai estetik 'kosmik' menakjubkan yang menonjolkan dengan berani generasi pawagam seterusnya di rantau ini.

Kompleks ini mempunyai multipleks 12-layar perak yang direka untuk mengasyikkan pelanggan dalam keajaiban filem sepenuhnya. Reka bentuk futuristik tempat ini diserlahkan dengan lebih 5,000 meter cahaya lampu tiub panjang LED dengan warna-warna yang disesuaikan dan cahaya lampu cermin dari lantai ke syiling di seluruh lobi dan kawasan awam.

Peminat-peminat pawagam sebenar akan berseronok menerusi pengalaman IMAX® with Laser dan pilihan tiga layar perak VIP yang menawarkan perkhidmatan 7-Bintang terkenal Novo. Ruang istirahat peribadi dengan menu mewah khas dan khidmat pembantu khas tetamu peribadi turut disediakan, manakala kerusi kulit berbaring sepenuhnya digabungkan dengan kemudahan bantal dan selimut melengkapkan tawaran premium berkenaan.

Lokasi Novo Cinemas terbaharu turut menawarkan layar perak pawagam serbaguna dengan pentas persembahan, seraya menjadikan ruang yang sempurna untuk mengadakan acara-acara korporat dan mesyuarat-mesyuarat.

Pengalaman baharu ini turut menampilkan teknologi bunyi 12-saluran IMAX® with Laser dengan sisi baharu dan saluran atas kepala yang memberikan julat dinamik yang lebih besar dan ketepatan demi prestasi audio yang unggul.

Debbie Stanford-Kristiansen, Ketua Pegawai Eksekutif Novo Cinemas berkata semasa majlis perasmian: "Inspirasi kami untuk lokasi baharu yang unik ini adalah untuk membawa tetamu kami ke dunia lain sambil memberikan sesuatu yang amat mengagumkan. Kami percaya pawagam yang hebat ini akan dapat menjayakannya. Dengan reka bentuk yang menakjubkan, makanan & minuman (F&B) yang hebat dan khidmat pelanggan VIP serta layar perak IMAX® with Laser yang terbesar di Dubai, kami yakin dapat memberikan suatu pengalaman yang mengagumkan. Kami juga bersyukur atas sokongan daripada rakan kongsi kami, IMG Worlds of Adventure, yang memberi kami kebebasan untuk menerobos sempadan reka bentuk dan pengalaman." 

Setelah menyaksikan bintang-bintang kegemaran mereka di layar besar, peminat-peminat filem boleh memilih untuk membeli pas berasingan bagi mengakses IMG Worlds of Adventure.

Untuk maklumat lanjut tentang Novo Cinemas IMAX with Laser Experience® termasuk waktu tayangan filem, sila ke laman sesawang mereka: https://www.imax.com/theatres/novo-img-dubai-imax.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.novocinemas.com atau muat turun Novo App untuk iOS atau Android.

Untuk mengikuti perkembangan terkini menerusi berita dan pengumuman mutakhir, ikuti Novo Cinemas di:

Facebook: Novo Cinemas | Instagram: @NovoCinemasUAE | YouTube: www.youtube.com/user/NovoCinemas | Twitter: www.twitter.com/novocinemas 

Hubungi: Lydia Prober, lydiaprobert@sevenmedia.ae  

(Video: https://mma.prnewswire.com/media/835736/Novo_Cinemas.mp4)

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/835722/Entrance_Novo_Cinemas_IMG_Worlds_of_Adventure.jpg)

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/835723/Lobby_Novo_Cinemas_IMG_Worlds_of_Adventure.jpg)

Entrance Novo Cinemas IMG Worlds of Adventure
Entrance Novo Cinemas IMG Worlds of Adventure
Lobby Novo Cinemas IMG Worlds of Adventure
Lobby Novo Cinemas IMG Worlds of Adventure

 

Source: Novo Cinemas
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Film & Motion Picture Travel Broadcast feed announcements New products/services