SANYA, China, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Satu delegasi eksekutif pelancongan dari Sanya, satu-satunya destinasi pengembaraan pantai tropika China menyertai ITB Berlin 2019 dari 6 hingga 7 Mac. Semasa acara ini berlangsung, bandar ini meninjau peluang-peluang kolaborasi bersama agensi-agensi pelancongan dan syarikat-syarikat penerbangan Eropah yang terkemuka sebagai sebahagian daripada pelancaran produk pelancongan berbilang destinasi dan penerbangan terus yang baharu.
Ini merupakan kali ke-13 berturut-turut Sanya menyertai ITB, salah satu pameran perdagangan pengembaraan antarabangsa yang terbesar di dunia.
Semasa ITB, Sanya menggamit banyak perhatian daripada pengunjung acara semasa pameran berlangsung yang mana penyampai menyerlahkan ciri-ciri paling menarik bandar ini sebagai destinasi pantai: tradisi-tradisi unik kumpulan etnik Li dan Miao yang menetap di kawasan ini, kepelbagaian penginapan yang disediakan, tempat-tempat pelancongan dan hiburan dengan tumpuan terhadap budaya tempatan, selain dasar tanpa visa untuk 59 negara dan juga reputasi bandar berkenaan sebagai destinasi yang selamat dan dipercayai.
Pengendali Sanya Travel dan rakan sejawat Eropah utama. Pada 7 Mac, Sanya Friendship International Travel Agency menandatangani satu perjanjian dengan agensi pelancongan Poland untuk melancarkan penerbangan terus antara Sanya dan Warsaw. Perkhidmatan baharu ini dijadual bermula pada Oktober 2019.
Sanya Holiday International Travel Agency dan Hainan United Airlines, antara penyedia-penyedia pelancongan tempatan lain, berusaha mengukuhkan hubungan dengan rakan-rakan sejawat mereka dari negara-negara Eropah.
Pada sebelah malam 7 Mac, Biro Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Sanya mengadakan acara promosi yang menyasarkan agensi-agensi pelancongan Eropah di Berlin Marriott Hotel, bersama timbalan pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Wilayah Hainan, En. Ao Liyong dan timbalan ketua Bahagian Pemasaran Antarabangsa, Hong Kong, Macau dan Taiwan Fu Fenghua serta pengarah jabatan pemasaran Biro Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Sanya En. Pang Yongda, penyelidik Biro Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Haikou En. Wen Delin, penasihat Pejabat Ekonomi dan Komersial bagi Kedutaan Cina di Jerman En. Gao Zhanguo dan Ketua Pegawai Eksekutif Heidelberg Marketing GmbH En. Mathias Schiemer, selain lebih 120 orang tetamu.
Persidangan promosi bermula pada jam 7:00 malam. En. Ao mengadakan pembentangan tentang status dan persekitaran perniagaan bagi sektor pelancongan Hainan dalam ucapan beliau.
Di samping itu, pengarah urusan China Tours Hamburg CTH GmbH En. Andreas Janz berkongsi kisah-kisah tentang beberapa persinggahan beliau di Sanya manakala pengarah Jabatan Pelancongan Dalam Negeri China TUI Puan Zou Xiuying mengadakan pembentangan tentang tawaran pelancongan berbilang destinasi tersuai untuk pengembara-pengembara dari Jerman.
Pada tahun 2018, Biro Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan Sanya mula berkolaborasi dengan TUI Group yang berpangkalan di Jerman untuk pemasaran dan jualan tawaran pelancongan Sanya dalam pasaran Jerman dengan tujuan untuk mengukuhkan kedudukan bandar ini di Eropah sebagai destinasi pengembaraan dan percutian antarabangsa.
Kini, Sanya menjadualkan perkhidmatan penerbangan ke 30 destinasi antarabangsa dan serantau, merangkumi campuran 91 penerbangan jarak pendek, sederhana dan jauh seminggu. Tahun ini, Sanya merancang untuk terus meluaskan usaha-usaha promosi di luar pasaran asal. Dengan mempromosi produk-produk pelancongan berbilang destinasi, bandar tersebut akan terus menambah bilangan laluan antarabangsa menuju dan dari destinasi-destinasi di Eropah serta Asia Tenggara, selain bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan domestik dan antarabangsa utama yang beroperasi dalam pasaran pelancongan dalam negeri, sebagai langkah untuk meningkatkan daya saing bandar dalam pasaran pelancongan antarabangsa dan benar-benar meraih status sebagai destinasi pelancongan pantai bertaraf dunia.