omniture

FusionServer 2298 V5 Baharu Huawei Jadi Tumpuan di Sidang Kemuncak ISP

Huawei
2019-04-02 20:57 529

SHENZHEN, China, 2 April 2019 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak ISP Huawei Asia Pasifik 2019, Huawei mempamerkan pakej beraneka yang terdiri daripada produk-produk pengkomputeran pintar termasuk pelayan storan ketumpatan ultra tinggi FusionServer 2298 V5 serba baharu, TaiShan - pelayan berasaskan ARM berprestasi tertinggi dalam industri dan komponen pemecut pintar SSD.

Pelayan storan FusionServer 2298 V5 menyasarkan untuk menyediakan storan yang luas dan berkesan kos untuk pelanggan seperti penyedia perkhidmatan Internet, perusahaan dan pembawa. Ia boleh digunakan untuk storan tentuan perisian, data raya, sandaran dan pengarkiban serta senario intensif-storan yang lain seperti storan data panas/sejuk. FusionServer 2298 V5 menampilkan ketumpatan ultra tinggi, prestasi hebat, penyelenggaraan mudah, pengurusan lancar dan kebolehkembangan yang tinggi. 2298 V5 menyokong sehingga 24x3.5'' cakera keras dan 4x2.5'' cakera keras (sehingga 4 NVMe SSD) dalam ruang 2U, menawarkan kapasiti storan hampir 400 TB, 40% lebih besar berbanding pelayan Huawei 2U daripada generasi yang sama. 2298 V5 memanfaatkan seni bina storan hibrid dan menyokong storan data bertingkat dengan peluasan storan setempat yang fleksibel dan berkapasiti tinggi, lalu mengurangkan kos storan data.

Ia menyokong I/O yang amat fleksibel dengan port LAN pada papan induk (LOM) 2xGE dan 2x10GE, memudahkan konfigurasi rangkaian dan memenuhi keperluan rangkaian dalam kebanyakan senario aplikasi. Ia turut menyokong antara muka I/O standard OCP2.0 dan boleh diaplikasikan kepada penggunaan pusat data awan. 2298 V5 menyokong kuasa hidup/padam bebas pada setiap cakera keras, melaksanakan perkhidmatan dan kawalan peranti yang tepat. Ia turut menyokong teknologi penjimatan tenaga yang berkesan. Semua inovasi ini dapat diterjemahkan kepada faedah-faedah ketara untuk pelanggan.

Dengan era kecerdasan buatan (AI) yang memberi kesan kepada semua industri, perusahaan beralih kepada teknologi pengkomputeran awan dan data raya untuk meningkatkan produktiviti dan mengubah model perniagaan serta model perkhidmatan dengan aplikasi AI. Kemajuan teknologi AI bergantung pada keupayaan analitik pengkomputeran dan data raya yang berkuasa dan trend-trend baru muncul mencetuskan peningkatan permintaan terhadap kapasiti pengkomputeran dan storan pelayan. Di sebalik kemajuan ini, ia menjadi suatu yang penting dalam industri untuk meningkatkan kepintaran pusat data, meningkatkan kapasiti pelayan, menambah baik kecekapan O&M dan mengurangkan kos storan data.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu merentas empat domain utama, iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa kemudahan digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio hujung-ke-hujung produk, penyelesaian dan perkhidmatan Huawei adalah kompetitif dan terjamin. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua jenis organisasi.

Di Huawei, inovasi menumpu pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, memberi tumpuan pada penemuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih 180,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami melalui:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.google.com/+Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei 

Latar Belakang Sidang Kemuncak ISP

Sidang Kemuncak ISP Huawei Asia Pasifik 2019 ialah persidangan unggulan tahunan global Huawei untuk industri ISP. Bertemakan "Menerajui ICT Baharu, Mempercepat Inovasi Perkhidmatan dengan ISP", persidangan ini bermula di Bali, Indonesia pada 29 Mac 2019. Ia menawarkan platform ideal untuk perusahaan ISP bagi bertemu, berbincang dan bertukar-tukar idea bagaimana untuk menangani cabaran semasa dan mengubah peluang menjadi kejayaan demi masa depan yang pintar.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications