omniture

Crocs Buat Kenyataan menerusi Tahun Ketiga Kempen "Come As You Are" Tampilkan Zooey Deschanel, Natalie Dormer & Ramai Lagi

Crocs, Inc.
2019-04-03 07:00 1231

Duta-duta Jenama Global Isytihar Keselesaan, Gaya dan Ekspresi Diri Tergolong Bersama

NIWOT, Colorado, 3 April 2019 /PRNewswire/ -- Crocs, Inc. (NASDAQ: CROX), peneraju global bagi kasut kasual yang inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, hari ini melancarkan tahun ketiga kempen pemasaran "Come As You Are". Duta-duta jenama global, termasuk pelakon wanita memenangi anugerah, penyanyi-penggubah lagu dan pengarah Zooey Deschanel, bersama-sama pelakon wanita British Natalie Dormer akan menggalakkan pengguna untuk mengisytiharkan bahawa mengekspresikan diri sendiri, berasa selesa dan kelihatan bergaya tidak saling eksklusif.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/crocs_201904.shtml

 

 

Pelakon wanita memenangi anugerah, penyanyi-penggubah lagu dan pengarah Zooey Deschanel memakai Classic Clog.
Pelakon wanita memenangi anugerah, penyanyi-penggubah lagu dan pengarah Zooey Deschanel memakai Classic Clog.

 

Pelakon wanita British Natalie Dormer memakai Crocband Platform Clog.
Pelakon wanita British Natalie Dormer memakai Crocband Platform Clog.

 

 

Pelakon wanita, penari dan peragawati Cina Gina Jin memakai LiteRide Sandal.
Pelakon wanita, penari dan peragawati Cina Gina Jin memakai LiteRide Sandal.

 

Pelakon wanita Korea Selatan dan ahli kumpulan penyanyi wanita gugudan Kim Se-Jeong memakai Crocs Serena Sandal.
Pelakon wanita Korea Selatan dan ahli kumpulan penyanyi wanita gugudan Kim Se-Jeong memakai Crocs Serena Sandal.

 

Pelakon wanita dan peragawati Jepun Suzu Hirose memakai LiteRide Clog.
Pelakon wanita dan peragawati Jepun Suzu Hirose memakai LiteRide Clog.

Untuk pelancaran rasmi kempen ini, Crocs menyiarkan video yang menonjolkan betapa mudahnya untuk berasa selesa menjadi diri sendiri.

"Ketika kami melangkah ke tahun ketiga kempen 'Come As You Are,' kami berkembang maju bukan sekadar pesanan dan penampilan kami tetapi seluruh rupa dan rasa daripada kempen pemasaran kami," kata Terence Reilly, Ketua Pegawai Pemasaran, Crocs. "Crocs membuat pengisytiharan berani bahawa anda boleh memiliki gaya dan keselesaan tanpa mengira siapapun anda atau ke mana haluan hidup anda."

Deschanel dan Dormer turut disertai oleh pelakon wanita, penari dan peragawati Cina Gina Jin, pelakon wanita Korea Selatan dan ahli penyanyi wanita berkumpulan gugudan Kim Se-Jeong serta pelakon wanita dan peragawati Jepun Suzu Hirose untuk kempen sepanjang tahun ini.

"Memandangkan keselesaan datang dalam banyak bentuk dan saiz, duta-duta jenama global kami akan memakai dan bercakap tentang beberapa gaya kami yang paling popular dalam suasana yang relevan mengikut minat dan personaliti mereka," kata Reilly.

Produk dan koleksi paling popular Crocs akan dipamerkan sepanjang kempen termasuk LiteRide™, Crocband Platform, Crocs Serena, Swiftwater™ dan semestinya Classic Clog yang ikonik.

Kempen "Come As You Are" akan dapat dilihat melalui pelbagai bahan digital, sosial, cetakan dan pemasaran dalam kedai dengan tumpuan khusus kepada Amerika Syarikat, Jerman, China, Jepun dan Korea Selatan. Di samping itu, Crocs akan mencari Duta Peminat Crocs 2019 yang dapat menunjukkan bagaimana mereka menanggapi "Come As You Are" dan mengenakan Crocs untuk mengejar minat mereka. Butiran tambahan tentang pertandingan Duta Peminat Crocs 2019 akan dikongsi pada penghujung bulan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen "Come As You Are", kunjungi www.crocs.com/comeasyouare.

Latar Belakang Crocs, Inc.

Crocs, Inc. (Nasdaq: CROX) ialah peneraju dunia bagi kasut kasual inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan antara keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan disukai oleh pengguna. Sebahagian besar kasut dalam koleksi Crocs mengandungi bahan Croslite™ iaitu teknologi kasut dibentuk yang proprietari, menyediakan keselesaan luar biasa dengan setiap langkah.

Pada tahun 2019, Crocs memperkukuh misinya agar "setiap orang berasa selesa menjadi diri mereka sendiri" menerusi tahun ketiga kempen Come As You Are™ globalnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crocs atau Come As You Are, sila layari www.crocs.com atau ikuti @Crocs melalui Facebook, Instagram dan Twitter.

Hubungan Media Global
Ryan Roccaforte
+1-303-848-7116
RRoccaforte@crocs.com 

Hubungan Media APAC
Srishti Dugar
+65-98002826
sdugar@crocs.com  

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20190321Crocs.mp4  
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190321/2410185-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190321/2410185-1-b 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190321/2410185-1-c 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190321/2410185-1-d 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190321/2410185-1-e 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181109/2295379-1LOGO

Source: Crocs, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:CROX
Related Links:
Keywords: Advertising Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail