omniture

Electrocomponents plc Lancar OKdo, Syarikat Teknologi Global Serba Baharunya

OKdo
2019-04-05 23:07 1261

Perniagaan baharu dengan tumpuan unik untuk ubah dua bidang teknologi paling pantas berkembang: pengkomputeran papan tunggal (SBC) dan Internet Pelbagai Benda (IoT)

LONDON, 5 April 2019 /PRNewswire/ -- Electrocomponents plc, syarikat di sebalik RS Components dan Allied Electronics & Automation, melancarkan OKdo, perniagaan teknologi global baharu untuk menumpu pada pengkomputeran papan tunggal (SBC) dan Internet Pelbagai Benda (IoT).

 

 

OKdo mempunyai satu fokus mudah: mencipta pengalaman luar biasa untuk semua pelanggan SBC dan IoT tanpa mengira latar belakang, matlamat dan cita-cita mereka.

Ia akan menyediakan sokongan menyeluruh untuk semua segmen SBC dan IoT mencakupi pembuat, usahawan, pereka perindustrian, pendidikan dan rakan kongsi penjual.

Di bawah cogan kata 'Mereka Bentuk Dunia' ('Design the World'), ia akan memberikan kombinasi unik antara perkakasan, perisian, sokongan pembangunan dan perkhidmatan pembuatan untuk memberi inspirasi dan membolehkan pelanggan menjana idea-idea baharu dan mengubahnya menjadi realiti komersial.

"OKdo merupakan bukti kepada minat kami terhadap inovasi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Electrocomponents, Lindsley Ruth. "Ia membawakan pelanggan-pelanggan SBC dan IoT dengan produk, penyelesaian dan idea terkini untuk memberi inspirasi dan membolehkan mereka mencipta teknologi yang menjadikan kehidupan lebih baik."

OKdo akan memanfaatkan hubungan sedia ada dengan pemimpin-pemimpin SBC termasuk Arduino, BeagleBone dan Raspberry Pi. Pelanggan-pelanggan akan dapat meraih manfaat daripada perkongsian baharu dengan beberapa syarikat teknologi yang paling berpengaruh di dunia termasuk Arm, NXP, Broadcom, Intel dan Seeed, berserta syarikat-syarikat baharu teknologi yang sedang meningkat naik seperti Zerynth dan The Things Industries.

Laman sesawang global baharu (www.okdo.com) kini beroperasi di tujuh negara: UK, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, AS dan Jepun. OKdo turut mengerahkan pasukan jualan global bagi menyokong pelanggan perniagaan. Bersama-sama portfolio teknologi SBC dan IoT yang mengagumkan, pelbagai perkhidmatan baharu turut ditawarkan.

Portal projek-projek OKdo akan membantu pembuat berhubung dan berkongsi idea antara satu sama lain, manakala usahawan dan pereka perindustrian akan mendapat manfaat daripada sokongan yang utama dalam industri termasuk pembuatan, pemprototaipan dan platform pembangunan IoT berasaskan awan percuma.

Claire Doyle, Naib Presiden Kanan Global Komersial OKdo berkata: "SBC dan IoT menuntut pasaran-pasaran disruptif yang mengharapkan imaginasi, daya kreativiti dan kepakaran teknikal yang begitu banyak."

Richard Curtin, Naib Presiden Kanan Global Teknologi OKdo menambah: "OKdo ialah sebuah perniagaan yang dibina atas perkongsian. Kami bekerjasama dengan beberapa syarikat teknologi terbaik di dunia untuk membawakan produk dan inovasi terkini kepada lebih ramai orang di serata dunia, di mana-mana jua mereka berada dalam perjalanan SBC dan IoT mereka."

Hubungan media:    
janice.fenton@publitek.com  
+44-(0)1225-470000

www.okdo.com | Ikuti kami di Twitter | YouTube | LinkedIn | Facebook | Instagram.

(Logo: https://mma.prnewswire.com/media/846634/OKdo_Logo.jpg)  

 

Source: OKdo
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation Internet Technology Computer Accessories Telecommunications New products/services