HONG KONG, 5 April 2019 /PRNewswire/ -- En. Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer BG mengumumkan matlamat strategik baharu syarikat di akaun Sina Weibo rasmi beliau.
Menurut En. Richard Yu, beliau percaya bahawa "Huawei Consumer BG telah tiba pada tahap serba baharu," dan "Huawei dan HONOR berkemungkinan besar akan menjadi pengeluar telefon pintar yang terbesar di dunia tahun ini."
Matlamat-matlamat baharu ini dibuat setelah syarikat mencapai ketujuh-tujuh matlamat strategik yang ditetapkan oleh En. Richard Yu pada tahun 2012, termasuk:
Perniagaan pengguna Huawei membawakan pendapatan syarikat dengan peningkatan sebanyak 48.4%, mengatasi perniagaan rangkaian pembawa Huawei. Tahun lalu, perniagaan pengguna Huawei mencapai jualan sebanyak RMB 348.9 bilion, meningkat 45.1% berbanding tahun sebelumnya, lalu menjadikannya penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat.
HONOR mengukuhkan kedudukan utamanya dengan pertumbuhan mantap, meskipun berlakunya kemerosotan industri global. Menurut IDC, pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan 3.1% berbanding tahun sebelumnya bagi penghantaran dalam tiga suku pertama tahun 2018, namun demikian HONOR menongkah trend dan mencapai peningkatan 27.1%. Selain itu, HONOR mencapai peningkatan berbanding tahun sebelumnya (YoY) sebanyak lebih 170% dalam jualan antarabangsa pada tahun 2018. HONOR menduduki tempat kedua dalam jumlah jualan dalam talian global dengan peningkatan YoY sebanyak 29.4% pada tahun 2018 [Sumber: IDC Worldwide Mobile Phone Tracker, 2018].
HONOR melancarkan beberapa teknologi baharu tahun ini yang menonjolkan kedudukan pelopor jenama dalam industri termasuk:
"HONOR berada di ambang bagi mencapai satu lagi kejayaan dan kami tidak akan berlengah-lengah. Tatkala keadaan menjadi sukar, yang kental akan terus bekerja keras. Kami akan menganggap setiap hari sebagai peluang untuk memberi nilai lebih hebat buat peminat kami. Bagi HONOR, yang terbaik bakal terjadi suatu hari nanti," kata En. George Zhao.
Latar Belakang HONOR
HONOR ialah e-jenama telefon pintar yang terkemuka. Jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna natif digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, HONOR telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/honorofficial/