GUANGZHOU, China, 6 April 2019 /PR Newswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-125 (Pameran Canton) bakal mempamerkan bilangan mencatat rekod produk generasi baharu, meraikan dekad baharu pembangunan insan dengan pelanggan global mulai 15 April di Guangzhou.
Tahun ini, syarikat-syarikat barangan elektronik pengguna akan mempamerkan inovasi produk dan penemuan teknologi yang direka bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam era IoT dan 5G masa depan. Peneraju-peneraju perkakas rumah seperti Haier, Midea, TCL, Gree dan Changhong akan membawakan produk premium terkini mereka ke acara tersebut. Perhimpunan berkenaan akan turut disertai oleh syarikat-syarikat global termasuk Cascade, Time Lab dan NUC, yang mana pameran Produk akan membawakan fungsi kediaman pintar dan perkhidmatan digital, yang dapat menjadikan perkakas rumah sebagai terminal untuk interaksi pintar antara manusia dan mesin.
"Pembangunan insan telah melangkah ke dekad baharu. Pengenalan kepada IoT telah menjurus kepada perubahan global yang penting dalam gaya hidup," kata Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton. "Pameran Canton menyaksikan berdekad-dekad pembangunan sejak tahun 1957 sebagai acara perintis untuk pembuatan dan dengan sukacitanya berkongsi usaha kolektif ini dengan pengguna global tatkala kami mengalu-alukan lebih banyak produk pintar pada tahun ini berbanding sebelumnya," tambah Liu.
Pameran ke-125 yang meliputi seluas 1.2 juta meter persegi kawasan pameran akan menarik perhatian syarikat-syarikat dari lebih 200 negara dan wilayah dengan lebih 25,000 pempamer sepanjang tiga fasa. Fasa 2 dan Fasa 3 pameran tersebut akan membawakan produk yang lebih inovatif, berkualiti tinggi, unik dan pelbagai dalam zon produk pengguna dan tekstil yang membolehkan pengguna global menikmati kehidupan yang lebih pintar dan selesa.
Berperanan sebagai pintu gerbang untuk syarikat-syarikat antarabangsa meneroka pasaran Cina, Astaka Antarabangsa (Astaka) akan menampilkan lebih 600 syarikat dari 50 negara dan wilayah yang mempamerkan produk mereka. Buat julung kalinya, Pameran ini akan turut menonjolkan pewujudan dan pembangunan Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dengan pelbagai mesyuarat pertukaran untuk menggalakkan kerjasama perdagangan.
Maklumat lanjut: http://cantonfair.org.cn/en/index.aspx
Latar Belakang Pameran Canton
Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.