omniture

VFS Global Menang Anugerah Global Kualiti Dubai (DQGA) Idaman dan Capai Penarafan 5 Bintang dalam Skim Penarafan Perniagaan Emiriah (EBRS)

VFS Global
2019-04-08 12:12 776

VFS Global ialah syarikat multinasional pertama dan satu-satunya mencapai penarafan EBRS di Emiriah Arab Bersatu

DUBAI, UAE, 8 April 2019 /PRNewswire/ --VFS Global, pakar perkhidmatan penyumberan luar dan teknologi yang terbesar di dunia untuk misi diplomatik seluruh dunia, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menerima dua anugerah yang amat berprestij — Anugerah Global Kualiti Dubai (DQGA) dan Penarafan 5 Bintang dalam Skim Penarafan Perniagaan Emiriah (EBRS) — di Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Tahunan ke-25 yang berprestij. Kedua-dua anugerah tersebut disampaikan di bawah kategori Sektor Perkhidmatan.

 

His Highness Sheikh Mansoor bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, President of the Dubai International Marine Club, bestowed the DQGA Award to Zubin Karkaria, CEO, VFS Global Group, (right) and Vinay Malhotra, Regional Group COO – Middle East, South Asia & China, VFS Global (left).
His Highness Sheikh Mansoor bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, President of the Dubai International Marine Club, bestowed the DQGA Award to Zubin Karkaria, CEO, VFS Global Group, (right) and Vinay Malhotra, Regional Group COO – Middle East, South Asia & China, VFS Global (left).

Yang Maha Mulia Sheikh Mansoor bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum mengurniakan Anugerah Global Kualiti Dubai (DQGA) – untuk Sektor Perkhidmatan kepada Zubin Karkaria, Ketua Pegawai Eksekutif VFS Global Group, di majlis penyampaian anugerah berkenaan. Puan Yang Terutama Ohood Bint Khalfan Al Roumi, Menteri Negara untuk Kebahagiaan dan Kesejahteraan serta Ketua Pengarah Pejabat Perdana Menteri UAE menganugerahi Ketua Pegawai Eksekutif VFS Global Group kerana mencapai Penarafan 5 Bintang dalam Skim Penarafan Perniagaan Emiriah (EBRS). Anugerah EBRS dan DQGA adalah berdasarkan program European Foundation for Quality Management - Kecemerlangan Perniagaan.

Anugerah Kualiti Dubai dilancarkan pada tahun 1994 dan baru-baru ini, ia telah menerima pengiktirafan global yang menjadikannya Anugerah Global Kualiti Dubai. VFS Global dinilai sebagai pemenang berdasarkan kaedah penaksiran Penilaian dan Pengurusan RADAR yang menilai setiap syarikat mengikut sembilan kriteria iaitu Kepimpinan, Strategi, Kakitangan, Perkongsian & Sumber, Proses, Produk & Perkhidmatan, Keputusan Kakitangan, Keputusan Pelanggan, Keputusan Masyarakat dan Keputusan Perniagaan. Skim Penarafan Perniagaan Emiriah dilancarkan baru-baru ini oleh Dubai Economy dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan keseluruhan di seluruh Emiriah.

Hubungan Media: 
Sukanya Chakraborty 
communications@vfsglobal.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/624234/VFS_Global_Logo.jpg  
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/847394/VFS_Global_DGQA_Award.jpg   

Source: VFS Global
Keywords: Computer/Electronics Outsourcing Businesses Travel Awards