omniture

Kevin Hansen Menang FIA World Rallycross Abu Dhabi Sulung

Yas Marina Circuit
2019-04-08 23:08 630

ABU DHABI, UAE, 8 April 2019 /PRNewswire/ -- Litar Yas Marina menyaksikan Kevin Hansen memenangi World Rallycross Abu Dhabi 2019 sulung, mengakhiri hujung minggu yang menakjubkan bagi sukan bermotor dan hiburan luar-litar bertaraf dunia.

Kevin Hansen Takes Inaugural World RX of Abu Dhabi
Kevin Hansen Takes Inaugural World RX of Abu Dhabi

Kevin Hansen mencatatkan kemenangan sulung World RX di Abu Dhabi – dalam pusingan permulaan yang dramatik untuk Kejohanan FIA World Rallycross 2019.

Pada hujung minggu yang sebahagian besarnya didominasi oleh Pasukan Hansen MJP Peugot 208s – atas pelbagai alasan – Kevin mengambil peluang setelah pemenang perlumbaan asal Niclas Gronholm diberikan penalti tiga-saat apabila beriringan bersama-sama dengan Hansen dalam GRX Taneco Hyundai i20 beliau. Liam Doran dalam Monster Energy RX Cartel Audi S1 menaiki podium pertama beliau selepas menduduki tempat ketiga.

Suatu kejayaan yang cemerlang, acara World Rallycross pertama seumpamanya di Timur Tengah merupakan festival sukan bermotor bandar selama tiga hari yang bertaraf dunia, dengan barisan artis muzik paling terkenal dan pengaktifan yang menyeronokkan.

Jadual perlumbaan termasuk empat Pusingan Kelayakan FIA World Rallycross, diikuti dengan Pusingan Separuh Akhir penuh aksi dan Pusingan Akhir pada petang Sabtu.

Turut berada di litar, perlumbaan sokongan Emirates Drift Invitational Cup memukau orang ramai dengan persaingan sengit yang bingit dengan seretan tayar, yang berformat kalah mati, sepanjang hari Jumaat dan Sabtu.

Di luar litar lumba, hiburan hujung minggu dipimpin oleh kumpulan rap tiga orang Migos A.S. mengadakan Konsert Pasca Perlumbaan di du Arena, manakala FanZone menyaksikan pelbagai artis muzik antarabangsa dan tempatan mengadakan persembahan.

Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Marina Yas berkata: "Pusingan akhir merupakan cara hebat untuk menamatkan hujung minggu yang luar biasa dan kami berbesar hati kerana dapat membuka musim World Rallycross 2019 di Abu Dhabi.

"Sekali lagi, kami membuktikan bahawa Litar Marina Yas merupakan lokasi bertaraf dunia yang berupaya menganjurkan acara-acara yang mendapat sambutan di seluruh dunia. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemandu dan pasukan yang mengambil bahagian serta mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi bernilai kami yang memberikan sokongan yang menjayakan acara hujung minggu ini."

Torben Olsen, Pengarah Urusan Kejohanan FIA World Rallycross untuk IMG, penganjur siri ini menambah: "Litar Yas Marina merupakan lokasi mengagumkan untuk mementaskan pusingan World RX yang pertama seumpamanya di bawah lampu. Aksi di trek ini juga menggambarkan bahawa kita boleh mengharapkan perlumbaan yang sangat sengit untuk sepanjang musim 2019 yang seterusnya."

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.yasmarinacircuit.com

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/847803/KEVIN_HANSEN_TAKES_INAUGURAL_WORLD_RX_OF_ABU_DHABI.jpg

 

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Auto Entertainment Sporting Events Sports Transportation Trucking and Road Transportation Awards