omniture

Perjalanan B&R Budaya Moutai - Warna Warni Guizhou Bermula, Moutai Bawa Budaya China Berkembang ke Amerika Selatan

Moutai Group
2019-04-10 03:27 546

SANTIAGO, Chile, 10 April 2019 /PRNewswire/ -- Pada 6 April, satu delegasi yang diketuai oleh Li Baofang, Setiausaha Jawatankuasa Parti, Pengerusi dan Pengurus Besar Kweichow Moutai Group, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Santiago Chile untuk memulakan "Perjalanan Jalur dan Jalan (B&R) Budaya Moutai - Warna Warni Guizhou - Kempen Promosi Jenama Melangkah ke Chile (Kempen Promosi Jenama)" selama 15 hari.

Peminat-peminat dari Chile menyambut Moutai Group di lapangan terbang
Peminat-peminat dari Chile menyambut Moutai Group di lapangan terbang

Pada sebelah pagi 6 April waktu tempatan, sebaik sahaja Li Baofang dan delegasi beliau meninggalkan koridor lapangan terbang, mereka dikelilingi oleh semangat peminat-peminat Moutai Amerika Selatan. Peminat-peminat ini mengucapkan selamat datang secara tulus kepada Li Baofang dan delegasi beliau dalam bahasa Cina yang kurang lancar. Li Baofang melambaikan tangan kepada peminat dan menyatakan terima kasih beliau. Seterusnya, delegasi Moutai mengadakan perjumpaan mesra dengan wakil-wakil daripada Kedutaan Cina di Chile. Dilaporkan bahawa selain mengadakan persidangan promosi jenama berskala luas di Chile, Moutai akan turut mengadakan beberapa pameran produk serta sesi merasa yang bertemakan "Budaya Moutai - Warna Warni Guizhou." Li Baofang dan delegasi beliau akan turut mengunjungi kedutaan-kedutaan Cina di Chile, Argentina serta Peru.   

Kempen Promosi Jenama bertujuan untuk meningkatkan pengantarabangsaan produk, jenama, budaya dan pemasaran Moutai. Sepanjang 14 tahun penembusan Moutai ke dalam pasaran Chile, ia sentiasa memberi tumpuan untuk memenuhi usaha spiritual pengguna yang semakin berkembang dengan daya tarikan kebudayaan yang ditonjolkan oleh jenamanya. Dipercayai bahawa menerusi pelancaran Kempen Promosi Jenama, reputasi dan populariti Moutai di Chile, malah dalam pasaran Amerika Selatan akan terus dipertingkat dan kejayaan dalam membentuk imej luaran jenama negara tersebut akan menyerlahkan China di mata dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190408/2426775-1

 

Source: Moutai Group
Keywords: Art Entertainment Travel