omniture

UBTECH perkenal identiti visual baharu, tonjolkan konsep bertumpu-manusia syarikat yang lebih baik

UBTECH
2019-04-11 14:39 560

SHENZHEN, China, 11 April 2019 /PRNewswire/ -- UBTECH, sebuah syarikat AI dan robotik manusia yang terkemuka di dunia, secara rasminya melancarkan identiti visual (VI) baharunya pada 31 Mac 2019, menandakan ulang tahun ketujuh syarikat. Logo yang dinaik taraf memberikan wajah serba baharu kepada syarikat.

UBTECH’s new and old logos side by side
UBTECH’s new and old logos side by side

Pesanan yang disampaikan daripada identiti visual baharu tersebut adalah pemahaman komprehensif UBTECH terhadap AI dan industri robotik, selain penonjolannya terhadap hubungan antara teknologi, kecerdasan dan manusia.

Dalam era ini dengan AI berada pada fasa pembangunan yang kritikal, UBTECH berharap dapat menyampaikan nilai-nilai keyakinan dan kemampanannya di samping mengukuhkan kepercayaan bagi menjadikan robot boleh diakses oleh lebih banyak isi rumah dengan menggunakan teknologi bertumpu-manusia yang memberi manfaat kepada setiap orang.

 "UBTECH komited untuk membangunkan robot dengan keupayaan emosi dan bukannya mesin tanpa perasaan," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif UBTECH James Zhou di sidang akhbar untuk robot Alpha Mini pada bulan September 2018. "Kami melancarkan Alpha Mini berdasarkan misi kami untuk mencipta produk yang benar-benar bermakna yang dapat menemani manusia." Logo baharu ini memperlihatkan tumpuan syarikat terhadap manusia dan komitmen berterusannya untuk membangunkan robot yang mempunyai keupayaan emosi serta berdaya hidup.

UBTECH merancang untuk melaksanakan strategi bertumpu manusia dalam seluruh kitaran hayat produk bermula daripada penyelidikan dan pembangunan kepada reka bentuk interaktif, membawakan pengayaan dan aplikasi berterusan.

Dengan matlamat untuk mencipta robot yang mesra pengguna, interaktif dan ceria yang dapat memenuhi harapan manusia yang berinteraksi dengannya, menurut keutamaan mereka, dapat membantu menambah kemudahan kepada kehidupan mereka.

UBTECH bermatlamat untuk menjadi sebuah syarikat teknologi yang lebih diperibadikan dengan mengubah penetapan minda tradisional bahawa robot berasaskan AI dibangunkan berdasarkan teknologi tidak sentimental. Menuju masa depan, sejajar dengan pendekatan optimis terhadap semua aspek projek-projek yang melibatkan UBTECH, syarikat merancang untuk terus mencipta produk berasaskan AI yang dapat menawarkan perkhidmatan, sokongan dan teman orang ramai dengan lebih baik dan pada masa yang sama menyediakan mereka dengan penjagaan dan kemesraan daripada teknologi. Syarikat turut merancang untuk terus bergerak ke hadapan berdasarkan konsepnya dalam membangunkan robot di samping sentiasa mengingati bahawa keperluan dan jangkaan manusia sentiasa diutamakan sebelum pembantu atau pengiring robotiknya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190402/2421885-1

Source: UBTECH
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics