SEOUL, Korea Selatan, 12 April 2019 /PRNewswire/ -- Festival Tanglung Teratai tahunan, Yeondeunghoe, akan diadakan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Buddha mulai 3 hingga 5 Mei di pusat bandar Seoul dan di sepanjang jalan raya di hadapan Tokong Jogyesa. Sebelum berlangsungnya festival, upacara penyalaan tanglung berbentuk Pagoda Batu Tokong Mireuksa dijadualkan berlangsung pada jam 7 malam pada 17 April di Gwanghwamun, Seoul.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/ydh_201904.shtml
Yeondeunghoe, ditetapkan sebagai Harta Kebudayaan Tidak Ketara Negara Korea No. 122, telah diadakan selama kira-kira 1,200 tahun dan budaya tradisionalnya telah disebarluaskan dari generasi ke generasi di samping mempromosikan semangat komuniti. Khususnya, festival tahun ini akan diadakan untuk mendoakan keamanan dunia dan agar Semenanjung Korea dapat menangani pelbagai konflik yang tercetus dalam masyarakat menerusi semangat belas ihsan.
Perarakan Tanglung, acara kemuncak festival, akan diadakan pada 4 Mei, yang mana peserta-peserta akan meletakkan pesanan hajat pada tanglung mereka demi kesejahteraan diri mereka sendiri, keluarga, jiran tetangga dan juga masyarakat. Ribuan tanglung hajat akan menjadi gelombang impian untuk keamanan. Lebih 2,000 warga asing akan turut menyertai perarakan bersama Pengajar-pengajar Dharma Antarabangsa.
Pameran Tanglung Tradisional akan turut menggamit perhatian penduduk dan juga pengunjung. Pameran tersebut, yang berlangsung mulai 3 Mei hingga 12 Mei di Taman Ujeong bersebelahan Tokong Jogyesa, Tokong Bongeunsa dan Sungai Cheonggyecheon. Tanglung yang dipaparkan akan memberi cahaya kepada tokong dan Sungai Cheonggyecheon dengan keindahan hanji tanglung atau kertas tradisional Korea.
Pameran Tanglung Cheonggyecheon tahun ini menyambut ulang tahun ke-12nya. Ia bakal diadakan dari 27 April hingga 12 Mei bertemakan "Bunga Keamanan Mekar di Semenanjung Korea," menggabungkan aspirasi orang ramai terhadap keamanan dan penyatuan.
"Penyokong-penyokong Global untuk Festival Tanglung", yang terdiri daripada 60 orang muda dari 26 negara, akan melaksanakan kerja-kerja sukarela semasa festival berlangsung. Penyokong-penyokong ini, yang dilatih melalui penginapan di tokong dan pendidikan budaya tradisional, akan memberi bimbingan dan perkhidmatan juru bahasa kepada pengunjung dan melaksanakan persembahan kilat di upacara penyalaan, Acara Kebudayaan Tradisional dan di Taman Tapgol semasa perarakan tanglung.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi LLF.or.kr/eng
Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201904/ydh/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190408/2427070-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190408/2427070-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190408/2427070-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190408/2427070-1-d