omniture

Bandar Lebih Baik, Kehidupan Lebih Baik -- Pelancaran Jelajah Dunia Rentas Bandar Xiamen 2019

PICO SPORTS
2019-04-16 00:31 475

XIAMEN, China, 16 April 2019 /PRNewswire/ -- Lebih 3,000 penduduk berusia antara 4 hingga 60 tahun mengambil bahagian dalam Jelajah Dunia Rentas Bandar Xiamen (Cross City World Tour Xiamen) pada 14 April lalu. Dibahagikan kepada 600 pasukan, peserta-peserta perlu menyiapkan pelbagai tugasan di sepanjang salah satu daripada 10 laluan dengan berjalan atau menaiki pengangkutan awam.

CROSS CITY WORLD TOUR XIAMEN
CROSS CITY WORLD TOUR XIAMEN

Bermula di Xiamen pada tahun 2016, pertandingan Jelajah Dunia Rentas Bandar Xiamen, berasal daripada Hari Bandar-bandar Sedunia, bersama-sama dianjurkan oleh Shanghai Coordination Center of World Cities Day dan Pico Sports.

Jelajah Dunia Rentas Bandar serupa dengan pencarian harta karun di bandar. Setiap pasukan bercampur jantina itu terdiri daripada lima orang anggota. Setiap laluan dihubungkan dengan lima koordinat dan anggota-anggota pasukan perlu berkolaborasi dan menyiapkan tugasan yang melibatkan pemikiran, daya kreativiti dan kekuatan fizikal sambil mencari koordinat berikutnya. Kedudukan pusingan akhir adalah berdasarkan masa selesai.

Peserta-peserta boleh berseronok menerusi siri tugasan termasuk mengenakan kelengkapan pemadam kebakaran, perlumbaan go-kart dan teka-teki. Banyak perusahaan menggunakan pertandingan ini untuk aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan mereka.

Jelajah Dunia Rentas Bandar menyasarkan orang awam, khususnya golongan muda dan ia menekankan aspek penyertaan, kerja berpasukan, kebaikan bersama dan juga interaksi. Laluan-laluan berbeza membantu peserta-peserta mempelajari lebih lanjut tentang Xiamen dari perspektif-perspektif berbeza serta mengenali keindahan dan semangat bandar ini dengan lebih baik.

Pada tahun-tahun sejak pelancarannya, pertandingan ini meraih banyak sokongan daripada ratusan organisasi di bandar tersebut dan banyak syarikat telah memohon untuk menjadi koordinat pada setiap tahun. Menurut Roy Luo, Pengurus Besar Pico Sports, "Sebagaimana maraton, cabaran pengorientasian bandar perlu meninggalkan taman permainan dan menuju ke bandar. Maraton ialah trek sejauh 42.195 kilometer, manakala cabaran pengorientasian bandar mempunyai banyak koordinat berbeza agar dapat menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada peserta-peserta dengan sumber-sumber bandar disepadukan." Roy berkata cabaran pengorientasian bandar boleh direplikasi dan platform ini boleh digunakan untuk mencipta banyak model perniagaan lain. Xiamen ialah hentian pertama untuk musim kali ini dan menurut pihak penganjur, acara ini akan turut diadakan di 6 hingga 8 bandar lain seperti Shanghai, Hefei, Taiyuan, Chengdu, Luoyang dan lain-lain.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190415/2435783-1

 

Source: PICO SPORTS
Keywords: Sporting Events Sports Outdoors/Camping/Hiking