omniture

Toshiba Memajukan Keupayaan Loji JanaKuasa Maya dengan Teknologi AI dan IoT

Toshiba Corporation
2019-04-24 10:00 503

SINGAPURA, 24 April 2019 /PRNewswire/ -- Segala-galanya bersifat maya dan dunia maya kini tiba ke bidang tenaga. Apakah loji janakuasa maya dan bagaimana loji berkenaan akan membentuk masa depan tenaga? Berikut merupakan pengenalan kepada penyelesaian Toshiba.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: 
https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_20190424.shtml

 

 

Loji Kuasa Maya
Loji Kuasa Maya

 

Loji Kuasa Maya
Loji Kuasa Maya

 

Loji Kuasa Maya
Loji Kuasa Maya

Loji JanaKuasa Maya dan peranannya dalam masyarakat nyahkarbon

Syarikat-syarikat kuasa yang mengendalikan penjanaan, transmisi dan pengagihan kuasa elektrik tekal menyelaraskan tahap output bagi memenuhi penggunaan yang dijangkakan dan bagi mengekalkan keseimbangan dinamik antara pembekalan dan permintaan. Sekiranya usaha-usaha berkenaan gagal dan bekalan menjadi tidak stabil, gangguan kuasa akan berlaku.

VPP membawakan teknologi pengurusan tenaga termaju untuk pengagihan sumber penjanaan tenaga. Ia menghimpunkannya bersama-sama dalam satu rangkaian -- iaitu loji maya -- dan mengaplikasikan IoT serta AI bagi mengumpulkan output dan mengawal sambungannya kepada grid. Digabungkan dan diurus oleh VPP, punca penjanaan kuasa yang kecil dan terpisah boleh digunakan dalam pelarasan-beban, untuk menyerap lebihan bekalan daripada tenaga boleh diperbaharui dan untuk memberikan bekalan semasa kekurangan bekalan. Digunakan untuk merealisasikan pelarasan halus dan penjanaan tanpa sisa, VPP turut menyumbang kepada salah satu kebimbangan paling mendesak kami, iaitu penyahkarbonan masyarakat.

Keupayaan VPP dilanjutkan lagi. Digunakan menerusi kombinasi dengan sistem pengurusan tenaga di tapak pengguna, VPP dapat mencipta dan menyokong perkhidmatan yang inovatif. Sebagai contoh, kuasa yang tidak digunakan hasil daripada insentif dari segi permintaan, dilihat mempunyai nilai yang sama dengan kuasa yang dijana dan diukur sebagai 'negawatt'. VPP dapat merangsang realisasi negawatt serta mengurusnya. Dalam pasaran yang direalisasikan sepenuhnya, akan adanya peluang untuk membeli kuasa elektrik yang dijana daripada semua jenis sumber bekalan kuasa, termasuk penjanaan berkos rendah oleh pengguna.

Tatkala menjelangnya tahun 2020 dan pasaran bekalan tenaga baharu berkembang, VPP akan memainkan peranan dalam mengurus dan menggunakan sumber kuasa yang teragih secara meluas. Potensi pelbagai kemudahan penjanaan berskala kecil, tersebar secara meluas di pejabat, kilang dan rumah, malah kereta elektrik, adalah sangat besar. Pada masa depan yang baharu, VPP akan memainkan peranan yang amat diperlukan dalam merealisasikan masyarakat nyahkarbon.

Untuk melihat pandangan lanjut, klik pada pautan di bawah: 
https://www.toshiba-clip.com/en/detail/7069

Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201904/toshiba/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190402/2421878-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190402/2421878-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190402/2421878-1-c
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190402/2421878-1logo

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Electrical Utilities Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities New products/services