omniture

Petikan Terbaik Sidang Kemuncak Singapura HUAWEI CLOUD tentang Bagaimana Awan + AI Suntik Tahap Kepintaran Penemuan Baharu

HUAWEI CLOUD
2019-04-29 15:48 438

SINGAPURA, 29 April 2019 /PRNewswire/ -- Dari 24-25 April, Sidang Kemuncak HUAWEI CLOUD 2019 bertemakan "+AI, Berkembang dengan Kepintaran" dibuka di Singapura.  Hampir 2,000 rakan kongsi dan pakar bidang berhimpun untuk membincangkan bagaimana awan + AI membantu industri meningkatkan produktiviti dan perusahaan mencapai transformasi pintar mereka.  Banyak kes turut dikongsi bagi menunjukkan manfaat penerimagunaan transformasi.

Inovasi tindanan penuh kuasakan rangka tindakan pintar Singapura

AI merupakan pemacu baharu transmormasi perindustrian.  Perusahaan mencari-cari cara untuk meneraju dalam era pintar.  Dengan pembangunan teknologi baharu, semua jenis organisasi memilih HUAWEI CLOUD untuk keperluan pengkomputeran awan mereka.  Song Zhexuan, Ketua Pegawai Strategi HUAWEI CLOUD, berkata: "Apa yang membuatkan HUAWEI CLOUD berbeza?  Ia merupakan infrastruktur awan yang sangat menjimatkan kos, dengan platform aplikasi pintar terbuka dan portfolio AI semua scenario tindanan penuh."

Semasa acara berlangsung, pelanggan, rakan kongsi dan pakar bidang dari SAP, Intel, SHAREit, RFCx, NUS, dan Cennavi Technologies berkongsi pendapat dan amalan mereka dalam transformasi digital dan penerimaan AI.

Sumner Lemon, Pengarah Serantau bagi Transformasi Digital dan Jualan Perusahaan Kawasan Asia-Pasifik & Jepun, Intel, berkata: "Penggabungan perniagaan tradisional dan perniagaan digital telah menghasilkan kemunculan ekonomi digital yang dipacu data. Ia bukan lagi 'perniagaan seperti kebiasaan', dan organisasi-organisasi menyedari mereka tidak boleh bersaing menggunakan infrastruktur lama. Kejayaan perniagaan kini memerlukan transformasi IT daripada pusat data kepada berbilang awan dan pinggiran."

Jitu Agrawal, Naib Presiden & Pengurus Besar Digital Core Cloud SAP South East Asia,berkata: "Era digital sedang bertukar menjadi era pintar, dan strategi SAP ialah untuk menyediakan Perusahaan Pintar menerusi Suit Pintar – penyelesaian yang tepat untuk setiap situasi pelanggan."

Jason Wang, Rakan Kongsi & Ketua Pegawai Perniagaan, SHAREit, berkata: "Dalam usaha kami untuk mencapai visi kami di peringkat global, HUAWEI CLOUD telah menjadi salah satu daripada rakan kongsi paling dipercayai yang menyokong kami untuk memberikan kepuasan kepada 1.8 bilion pengguna kami."

Semasa Sidang Kemuncak, Bourhan Yassin, Ketua Pegawai Operasi Rainforest Connection (RFCx), menyampaikan ucapan bertajuk "Guardians of the Forest: AI Powered Recycled Cell Phones." (Penjaga Hutan: Telefon Mudah Alih Kitar Semula Dikuasakan AI). Bourhan Yassin berkata: "Dengan bantuan AI HUAWEI CLOUD, kami mencipta skap bunyi hutan pedalaman terbesar di dunia yang mampu mengenalpasti pelbagai bunyi panggilan dalam spesies terancam yang penting kepada ekosistem: Monyet Labah-labah, Monyet Lolongan, Burung Kakak Tua Amazon, Orangutan Macaw, Harimau Bintang dan banyak lagi…"

Ooi Beng Chin, Profesor Terhormat Jabatan Sains Komputer Sekolah Pengkomputeran, NUS, berkata: "Saya gembira kerana Huawei telah melancarkan perkhidmatan awannya di Singapura.  Kehadirannya membantu pasti dapat penyelidikan kami berkaitan awan seperti pembelajaran mendalam teragih dan Apache SINGA, dan menggalakkan penerimaan meluas sistem penjagaan kesihatan, keselamatan, dan teknologi kewangan. Kami tidak sabar untuk bertukar-tukar idea penyelidikan dan kolaborasi masa depan.

Cennavi Technologies dan HUAWEI CLOUD bekerjasama membangunkan Kembar Pintar Trafik TrafficGo. Di sidang kemuncak, Song Huixing, Pengurus Jabatan Platform Asas, Cennavi Technologies, menyatakan: "Dengan infrastruktur HUAWEI CLOUD yang berkuasa dan AI, dan platform MineData kami, kami telah membuat kemajuan dalam beberapa bidang, terutamanya dalam pengangkutan pintar, seperti penambahbaikan keupayaan trafik berasaskan AI dan pengurusan trafik pintar."

Satu lagi kegemaran ramai: Hands-on Lab!

Hands-on Lab di kawasan pengalaman luar membolehkan pengunjung acara mengalami ModelArts – platform pembangunan AI sehenti dikuasakan dengan HUAWEI CLOUD. Para pembangun mengalami sendiri bagaimana pantasnya mereka boleh melaksanakan pra-proses, menanda, melatih, membina dan melaksanakan model data pada platform yang mengagumkan.

Para pembangun boleh membangunkan aplikasi pangkalan data awan dalam tempoh sesingkat satu minit bahkan mengendalikan ModelArts untuk mengubah kereta yang sudah diperkukuhkan menjadi kenderaan panduan sendiri dalam masa yang singkat menggunakan keupayaan AI di platform. Selepas penyesuaian, kereta ini boleh mengenal pasti benda-benda dalam persekitaran seperti lampu trafik, halangan, dan jalan, dan boleh mengikut sasaran khusus.

HUAWEI CLOUD komited membangunkan ekosistem mantap yang terbuka untuk menguasakan dunia pintar. Bahagian awan menawarkan sinergi yang unik dalam keupayaan cip-peranti-laluan-awan untuk mencipta ekosistem semua beruntung yang menampilkan kolaborasi terbuka luas. HUAWEI CLOUD membuka ekosistem China kepada dunia dan membawakan ekosistem global kepada China tatkala ia terus membina platform beraneka untuk ekosistem pintar sepenuhnya menerusi kerjasama yang berfikiran terbuka. Pasaran HUAWEI CLOUD telahpun mengalu-alukan lebih 6000 rakan kongsi untuk menyediakan perkhidmatan bertambah nilai bagi pelanggan dalam rangkaian penuh industri. HUAWEI CLOUD akan terus bekerja dengan rakan kongsi untuk mempromosi penerimagunaan pintar yang sesuai untuk Singapura dan rantau Asia Pasifik.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news