omniture

Gaya tersendiri Taiwan Excellence di Plaza Low Yat

Taiwan Trade Centre
2019-04-29 16:00 341

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 April 2019 /PRNewswire/ -- Taiwan Excellence mempersembahkan inovasi yang terbaik dari negara itu di acara Taiwan Excellence Hi-Tech Week di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur dari 29 April hingga 5 Mei 2019. Plaza Low Yat adalah hab teknologi maklumat yang terunggul di Kuala Lumpur. Ia lokasi yang tepat untuk Taiwan Excellence mempamerkan pelbagai produk inovatif. Pelawat boleh menyaksikan 55 solusi inovatif dari 24 syarikat Taiwan di acara ini.

Pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai produk dari tiga kategori utama dalam acara yang sepanjang 7 hari itu, termasuk produk e-sukan yang terbaik, gajet gaya hidup dan banyak lagi teknologi inovatif.

Air bertukar kepada disinfektan

Inovasi menjadi teras pelbagai produk dari Taiwan. Semangat kecemerlangan ini mampu mengubah barangan harian kepada produk unik dan menarik dengan fungsi tambahan. EleClean Disinfectant ialah salah satu contoh utama bagaimana suatu idea menarik boleh dijadikan produk canggih. Ia menukarkan air kepada disinfektan dengan hanya meggunakan elektrik. EleClean Disinfectant telah mengagumkan ramai pelawat. Justeru itu, beberapa pengilang utama seperti Nova Laboratories telah menyuarakan hasrat untuk bekerjasama.

Suatu alat yang berfungsi hanya dengan menambahkan air mungkin nampak senang. Namun begitu, spesies oksigen reaktif tingggi (ROS) yang direka dalam penyembur mudah alih ini sememangnya bukan perkara yang mudah.  ROS sejenis disinfektan amat berkesan dengan melawan pelbagai virus umum dan bakteria patogenik seperti virus influenza, E.Coli dan enterovirus. Walaupun mempunyai ciri-ciri disinfektan, ROS  telah diuji selamat untuk kulit dan ideal sebagai pelindung daripada patogen untuk semua.

Sebagai tanda hubungan erat dengan Malaysia, Taiwan Excellence mendermakan 50 unit mudah alih EleClean Disinfectant Spray dan 12 unit versi atas meja kepada Sekolah Kebangsaan Subang, Sekolah Rendah Agama Kg Melayu Subang dan D Garden Educare disaksikan oleh Pn Tasha Hsiao, Pengarah Taiwan Trade Centre, Pejabat Kuala Lumpur.

Ahli Majlis Perbandaran Shah Alam Ooi Haw Voon amat tertarik dengan ciri-ciri EleClean Disinfectant. Ini berikutan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut di Lembah Klang berganda tahun lepas dengan catatan kes tertinggi di negara ini. Dia mengharapkan teknologi inovatif ini mampu menjadi pelindung pertama melawan wabak berjangkit ini.

Belajar melalui pengalaman praktikal

Selain daripada pameran pelbagai produk canggih, terdapat juga banyak acara yang menarik di sepanjang Hi-Tech Week, termasuk GIGO, PLUSTEK, PAPER SHOOT, VINAERA, SURPRISE BOTTLE.

KF Leong, pengarah Algolab, sentiasa mengikuti perkembangan terkini industri maklumat dan komunikasi di Taiwan. Dia amat kagum dengan model yang digunakan untuk memacu perkembangan ekonomi melalui inovasi. Dengan runcitan pintar semakin maju di Malaysia, Leong amat berminat dengan paparan ultra-nipis dua belah dari Champ Vision Display Inc. DIa yakin bahawa produk ini akan menjadi sesuatu yang baharu dan menarik untuk konsumer Malaysia.

Selain daripada pelbagai produk canggih dan bengkel didik, pemengaruh media sosial popular Han Xiao Ai akan menghadiri pada 4 Mei untuk membuat liputan acara ini. Sepanjang minggu ini juga akan diadakan cabutan bertuah melalui Facebook Live dengan pelbagai hadiah produk pemenang anugerah dari Taiwan. 

Taiwan Excellence adalah anugerah tertinggi untuk inovasi Taiwan yang terbaik berdasarkan kriteria ketat seperti fungsi, reka bentuk, kualiti dan pemasaran. Tahun ini kali ke 27 acara Taiwan Excellence ini dianjurkan. Ia menjadi piawai untuk kesempurnaan industri dan inovasi yang berkekalan.

Source: Taiwan Trade Centre
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news