omniture

Kanak-kanak Belajar Jadi Warga Dunia di Kem Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Eye Level 2019 di Korea Selatan

Eye Level
2019-05-09 09:00 599

SEOUL, Korea Selatan, 9 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pendaftaran untuk menyertai kem Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Eye Level (MUN) tahun ini, yang akan berlangsung mulai 6 hingga 11 Ogos di Korea Selatan, kini dibuka untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Acara istimewa ini merupakan hasil perkongsian antara Eye Level, peneraju global bagi perkhidmatan pendidikan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Korea Selatan dan juga Save the Children Korea.

 

 

2018 Eye Level MUN Camp
2018 Eye Level MUN Camp

Pelajar-pelajar antara tahap tiga hingga enam daripada pendidikan rendah dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam proses pemilihan kem MUN Eye Level 2019. Pendaftaran adalah percuma dan pelajar-pelajar akan bersaing untuk 50 undangan daripada Eye Level bagi menyertai kem tersebut; ini akan melibatkan perjalanan percuma ke Korea berserta sajian makanan dan penginapan serta pelbagai barangan kenang-kenangan, kesemuanya disediakan oleh Eye Level. Bagi setiap peserta yang mendaftar, Eye Level akan menyumbang sebanyak $1 kepada Save the Children Korea, sebuah pertubuhan amal yang berusaha untuk menambah baik kehidupan penduduk termuda kita di seluruh dunia.

Kem MUN Eye Level ialah satu simulasi akademik untuk kanak-kanak yang berminat untuk mempelajari bagaimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bekerjasama bagi menyelesaikan isu-isu dunia sebenar yang menjejaskan masyarakat dan komuniti di peringkat global. Secara dasarnya, pelajar-pelajar berpeluang untuk memainkan peranan delegasi-delegasi PBB dari negara-negara yang dilantik. Tumpuan utama kem MUN Eye Level adalah untuk mengasah kemahiran berbahasa agar pelajar-pelajar dapat memupuk keupayaan berpidato umum mereka. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk membina kemahiran kepimpinan mereka selain memperoleh ilmu pengetahuan tentang kesedaran kepelbagaian budaya. Tambahan pula, mereka yang terpilih dapat bertemu dengan mantan duta PBB dan berpeluang untuk memahami bagaimana isu-isu global seperti keadaan di Semenanjung Korea yang mempunyai harapan besar untuk diselesaikan melalui diplomasi aman. Kem MUN Eyel Level adalah lebih daripada sekadar mempelajari tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa; pelajar-pelajar turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi melibatkan muzik, tarian dan sukan. Hasil daripada trend semasa iaitu sambungan internet dan juga rangkaian sosial, hubungan persahabatan yang terjalin bersama rakan-rakan antarabangsa oleh kanak-kanak di kem tersebut boleh berkekalan selama-lamanya.

Ibu bapa digalakkan untuk mengunjungi laman sesawang bagi mengetahui lebih lanjut tentang program ini. Sejak Ban Ki-moon berkhidmat sebagai Setiausaha Agung ke-8 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Korea telah memahami peranan yang dapat dimainkan olehnya dalam memajukan diplomasi global dan atas sebab inilah Eye Level diberi pengiktirafan tinggi untuk menganjurkan acara-acara ini. Peserta-peserta kem MUN Eye Level hari ini berpeluang menjadi pemimpin-pemimpin dunia pada masa depan.  

LATAR BELAKANG Eye Level

Eye Level ialah penyedia bertaraf antarabangsa bagi perkhidmatan pendidikan tambahan untuk Matematik dan Bahasa Inggeris. Lebih 2 juta pelajar daripada tahap 3-15 telah menyertai program-programnya. Prinsip-prinsip pendidikan teras Eye Level menggalakkan pembelajaran arah diri di samping membina asas-asas akademik yang kukuh dan meningkatkan motivasi untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Matlamat Eye Level adalah untuk mempersiapkan pelajar-pelajar bagi menerima pembelajaran sebagai projek sepanjang hayat dengan tumpuan terhadap penguasaan. 

Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/2018DaekyoMUNCampMaster.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190429/2449378-1

Source: Eye Level
Keywords: Education Children-related news Future Events