omniture

Modul HJT 450W Jinergy jadi Tumpuan di Intersolar Europe

Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
2019-05-15 15:00 474

MUNICH, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pada 15 Mei, Jinneng Clean Energy Technology Ltd. (Jinergy), pengeluar PV dipacu teknologi yang berpangkalan di China, membuat penampilan sulungnya di Intersolar Europe 2019 (A1.710, Messe Munchen, Munich), menerusi modul HJT 450W dan modul-modul berkecekapan tinggi yang lain.

Penstrukturan semula dan transformasi tenaga merupakan kebimbangan umum dan sebagai sumber tenaga bersih dan boleh diperbaharui, PV akan memainkan peranan penting dan seluruh industri PV berganding bahu bagi tujuan menurunkan LCOE untuk pariti grid. Dengan mengikuti lelaran teknologi dan input penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan, Jinergy menawarkan beberapa penyelesaian termasuk modul poli berkecekapan tinggi, modul mono PERC dan modul HJT berkecekapan super tinggi.

Mengguna pakai wafer bersaiz besar dan teknologi MBB serta rawatan susul pempasifan hidrogen dan tiga proses penyalutan tipisan, modul poli berkecekapan tinggi daripada Jinergy menawarkan output kuasa yang lebih tinggi serta LID dan PID yang lebih rendah, lalu memberi lebih banyak faedah kepada pelabur. Tambahan pula, dengan sifat dwimuka 78%, modul dwimuka dwikaca PERC Jinergy dapat menjana 5%-25% lebih banyak kuasa dari bahagian belakang. Penjanaan kuasa dan LCOE dioptimumkan dengan ketara.  

Dengan output kuasa melebihi 450W, modul HJT Jinergy, JNHM72-450, menjadi tumpuan dalam pameran tersebut. Menampilkan penjanaan kuasa dwimuka, prestasi cahaya rendah yang cemerlang, pekali suhu dan degradasi ultra rendah, penjanaan kuasa keseluruhan modul HJT Jinergy meningkat sebanyak 44% apabila dibandingkan dengan modul-modul polihabluran biasa. Pada masa kini, kecekapan pengeluaran besar-besaran purata sel HJT Jinergy mencecah 23.79% manakala kecekapan sel-sel percubaan baharu mencecah 24.73%.

Hasil daripada kecekapan yang tinggi dan kualiti yang andal, Jinergy diiktiraf secara meluas. Pada tahun 2018, penghantaran luar negara Jinergy menyumbang sebanyak 40% daripada penghantaran keseluruhannya. "Sebagai tambahan baharu ke dalam senarai pengeluar modul solar Tahap 1 BNEF, kami memperluas capaian global kami dan meluaskan penghantaran ke pasaran luar negara kepada 50% tahun ini. Teknologi canggih dan produk andal merupakan pendorong kami untuk menembusi pasaran luar negara. Kami sedang mengusahakan wafer bersaiz besar, MBB dan modul dwimuka bagi memenuhi kehendak pasaran," menurut Dr. Liyou Yang, pengurus besar Jinergy.

Latar Belakang Jinergy
Jinergy,
sektor tenaga mesra alam yang diperbadankan di bawah Jinneng Group, salah sebuah kumpulan tenaga milik negara di China, mengikuti strategi lelaran teknologi dan menggunakan tiga generasi teknologi canggih, iaitu polihabluran, monohabluran PERC dan HJT.

Menjelang akhir tahun 2018, Jinergy mempunyai kapasiti pengeluaran 2GW secara keseluruhan untuk modul-modul polihabluran, monohabluran PERC dan HJT. Pada tahun 2017, Jinergy mengkomersialkan produk-produk HJT berkecekapan tinggi dan akan meluaskan kapasiti pengeluaran kepada skala GW dalam tempoh tiga tahun.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144424-1LOGO

Source: Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events