omniture

Modul PERC Mono Separa sel JA Solar, Pilihan Baharu Produk Berkecekapan tinggi untuk Pasaran Korea Selatan

JA Solar Co., Ltd.
2019-05-15 20:19 169

BEIJING, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar Co., Ltd, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk-produk fotovolta berprestasi tinggi, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia membekalkan semua modul berdasarkan teknologi PERC mono separa sel berkecekapan tinggi syarikat untuk projek 450kW di Korea Selatan. JA Solar ialah pembekal asing pertama bagi modul PERC mono separa sel di negara berkenaan. Penubuhan loji kuasa adalah amat penting untuk aplikasi modul PERC mono separa sel berkecekapan tinggi selain untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui dalam pasaran Korea.

Pada April 2019, JA Solar menjadi syarikat PV Cina pertama memperoleh pensijilan produk daripada Persatuan Piawaian Korea (KS) untuk modul PERC mono separa sel 395W, menyediakan pelanggan di Korea Selatan yang menumpu pada pengurangan kos darat dengan lebih akses kepada produk-produk tenaga solar berkecekapan tinggi. Paling penting, pensijilan modul KS mengesahkan bahawa produk-produk JA Solar memenuhi piawaian kebangsaan di Korea Selatan, meningkatkan daya saing syarikat dan pengiktirafan jenama dalam pasaran tempatan.

Loji solar 450kW terletak di Hamyang-gun, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan. Modul-modul berkecekapan tinggi yang digunakan dalam projek solar telah melepasi ujian keandalan jangka panjang dan mempunyai ciri kebolehsuaian persekitaran yang sangat baik. Reka bentuk yang menggabungkan litar siri dan litar selari dapat mengurangkan kehilangan kuasa dalaman, meningkatkan kecekapan penukaran dan mendayakan pekali suhu yang lebih baik. Apabila terlindung, modul tersebut, dengan reka bentuk separa selnya, berupaya menjana lebih banyak tenaga elektrik berbanding modul biasa, memberi jaminan kukuh untuk memastikan keandalan sistem loji kuasa dan mengoptimumkan penjanaan kuasa.

En. Jin Baofang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "Pasaran Korea Selatan amat berminat dengan modul solar berkecekapan tinggi. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat, JA Solar akan terus menumpu pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran modul PV berprestasi tinggi. Cawangan pejabat kami di Korea Selatan juga komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan, lalu meluaskan lagi kehadiran kami untuk menyumbang kepada pembangunan industri solar di wilayah ini."

Source: JA Solar Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities