omniture

Whale Cloud dan China Telecom Menang "Anugerah Penumpuan Pelanggan Cemerlang" di Anugerah Kecemerlangan TM Forum 2019

Whale Cloud
2019-05-16 19:03 398

16 Mei 2019, NICE, Perancis /PRNewswire/ -- Whale Cloud dan China Telecom hari ini mengumumkan mereka dipilih sebagai pemenang Anugerah Kecemerlangan TM Forum 2019. Mereka diberi penghormatan menerusi Anugerah Penumpuan Pelanggan Cemerlang untuk projek transformasi butik runcit baharu China Telecom. Anugerah ini mengiktiraf syarikat-syarikat yang membuat sumbangan yang benar-benar cemerlang bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

Excellence Awards for Outstanding Customer Centricity
Excellence Awards for Outstanding Customer Centricity

Anugerah-anugerah disampaikan di majlis makan malam gala Anugerah Kecemerlangan di Nice, Perancis malam tadi anjuran TM Forum.

Transformasi butik runcit baharu China Telecom ialah satu projek kolaboratif antara China Telecom dan Whale Cloud untuk transformasi kedai telekom. Projek bersama ini bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman perkhidmatan yang lancar dan inovatif serta meningkatkan jualan dalam talian dan luar talian melalui pandangan pelanggan dipacu analitik, model perniagaan dan khidmat pelanggan inovatif. Teknologi AI diaplikasikan kepada situasi-situasi yang mana robot dapat menawarkan khidmat pelanggan seperti pengecasan semula, pencetakan invois dan pertanyaan perkhidmatan. Teknologi ini dapat menambah baik konteks penglibatan untuk individu-individu dan rakan-rakan mereka. Tambahan pula, projek runcit baharu ini bukan sahaja menumpu pada pengalaman pelanggan, tetapi juga merupakan pencapaian penting untuk transformasi syarikat-syarikat telekomunikasi ke arah era digital.  

"Pemenang menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar dan inovatif yang menggabungkan khidmat layan diri dalam talian dan kedai luar talian, yang meningkatkan pendapatan dengan ketara," kata Sandra De Zoysa, Ketua Pegawai Pelanggan Kumpulan di TM Forum, yang menyampaikan anugerah di majlis makan malam gala. "Setulus tahniah kami ucapkan kepada Whale Cloud dan China Telecom kerana mempercepatkan transformasi digital dan komitmen mereka terhadap Forum, ahli-ahli kami dan industri secara keseluruhan."

"Kami amat berbangga dan berbesar hati untuk menerima anugerah ini. Kami bertekad untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan pengalaman terbaik dan bagi menyediakan penyelesaian baharu dan inovatif," kata Fu Jianjun, Ketua Pegawai Pemasaran Whale Cloud International, "Perkongsian kami dengan Alibaba membolehkan kami menyepadukan strategi, pendekatan dan teknologi transformasi Alibaba sepenuhnya. Sebagai pembekal global, kami akan terus membantu penyedia perkhidmatan dalam proses transformasi digital mereka."

Latar Belakang Whale Cloud

Whale Cloud ialah syarikat subsidiari Alibaba Group, yang menyediakan infrastruktur Awan, Analitik dan penyelesaian berasaskan AI kepada pengendali Telekomunikasi, perusahaan Perindustrian dan sektor Kerajaan di lebih 80 negara. Menerusi lebih 20 tahun pengalaman dalam industri, Whale Cloud dapat menawarkan penyelesaian untuk menyokong transformasi digital merentas pelbagai industri. https://dtw.tmforum.org/the-event/digital-world-awards/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190515/2465922-1

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards Trade show news