omniture

Cambium Networks Umum Pemenang-pemenang Anugerah Wira Ketersambungan Tanpa Wayar bagi Suku Pertama 2019

Cambium Networks
2019-05-17 02:02 258

Mengiktiraf Pemimpin-pemimpin yang Luangkan Masa Secara Sukarela untuk Hubungkan Sekolah-sekolah dan Pusat-pusat Perlindungan Pemulihan Bencana

ROLLING MEADOWS, Illinois, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan Wira-wira Ketersambungan Cambium Networks bagi suku pertama tahun 2019. Roberto Constante dari Consulnetworks dan Chris Hillis dari Information Technology Disaster Resource Center, merupakan ahli-ahli profesional industri komunikasi yang berkongsi masa dan bakat mereka untuk membantu mereka yang memerlukan. Usaha-usaha mereka untuk menyediakan sambungan Wi-Fi di sekolah-sekolah dan pusat-pusat perlindungan pemulihan bencana membantu orang ramai dalam tempoh terdekat. Namun demikian, ia lebih daripada sekadar perkongsian bakat-bakat mereka.

Wira-wira ini tidak bersendirian; kedua-duanya merupakan pemimpin yang bekerja dalam kalangan rakan sejawat yang berkongsi tujuan yang sama. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks, Atul Bhatnagar, "Kedua-dua pemenang mendapati bahawa ketika mereka berkongsi masa dan bakat mereka untuk membantu golongan yang memerlukan, dalam masa yang sama mereka memperoleh rasa kekitaan dan tujuan yang lebih mendalam. Kami mengucapkan tahniah kepada Roberto dan Chris serta menyanjungi setiap ahli dalam organisasi yang dipimpin oleh mereka bagi membantu golongan yang memerlukan. Cambium Networks dengan sukacitanya menyumbang sebanyak $1,000 kepada badan amal pilihan mereka."

"Menggunakan sambungan tanpa wayar yang mampu milik dan andal di kawasan-kawasan pedalaman di serata dunia yang pada masa ini kurang mendapat perkhidmatan akan membantu meningkatkan kualiti hidup di kawasan-kawasan berkenaan dengan ketara," kata Daryl Schoolar, Pemimpin Amalan, Teknologi Penyedia Perkhidmatan di Ovum Research. "Internet telah merevolusikan cara kita belajar, bekerja dan berkomunikasi. Mereka yang tidak mendapat akses Internet berdepan dengan risiko ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi. Jurang Internet antara mereka yang mendapat akses dan mereka yang tidak mendapat akses Internet akan menjadi semakin besar melainkan kita mencari cara untuk membawakan sambungan jalur lebar yang mantap kepada semua orang, di mana-mana jua. Syarikat-syarikat seperti Cambium Networks berusaha untuk merapatkan jurang ini melalui jalinan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi menyumbang peralatan yang dapat digunakan untuk memberikan sambungan yang andal kepada masyarakat yang tidak mendapat keistimewaan di seluruh dunia."

  • Roberto Constante, Ketua Pegawai Eksekutif, Consulnetworks – Dalam pekerjaan harian beliau, Roberto bekerja sebagai pengedar teknologi yang bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk menyediakan kemudahan sambungan kepada sekolah-sekolah awam di kawasan pedalaman di Amerika Latin. Di tempat asal beliau di Ecuador, Roberto turut meluangkan masa peribadi beliau bekerjasama dengan organisasi Rotaract untuk melakukan kerja-kerja sosial bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak. "Saya berpendapat kita semua mempunyai misi di dunia ini," kata Roberto. "Saya berpendapat misi saya adalah untuk membantu orang ramai dengan apa yang saya miliki dan saya juga cuba untuk menyumbang kembali sebahagian daripada apa yang diberikan ini kepada dunia. Melakukan kerja sosial untuk membantu kanak-kanak membolehkan saya melaksanakannya." Badan kebajikan yang ditentukan oleh Roberto ialah Fundación Rotaria Colombia: https://www.rotary.org/es/about-rotary/rotary-foundation
  • Chris Hillis, Pengasas Bersama, Information Technology Disaster Resource Center (ITDRC) - ITDRC menghubungkan beribu-ribu mangsa bencana dan penggerak balas dalam berpuluh-puluh komuniti di Amerika Syarikat dengan menyediakan sambungan Wi-Fi dan sumber teknikal pada hari-hari dan minggu-minggu kritikal susulan peristiwa bencana. "ITDRC terdiri daripada kira-kira 1,500 ahli profesional teknologi sukarelawan berorientasi perkhidmatan," kata Chris. "Meskipun setiap ahli mempunyai motivasi yang sedikit berbeza, pasukan ini bersatu melalui khidmatan kepada orang ramai. Kami percaya dalam menggunakan kemahiran kami untuk kebaikan – kami hanyalah jiran yang membantu jiran tetangga." Badan kebajikan yang ditentukan oleh Chris ialah ITDRC - https://www.itdrc.org.

Pada setiap suku tahun, Cambium Networks menambah ahli-ahli baharu sebagai pemenang-pemenang Anugerah Wira Ketersambungan. Lelaki dan wanita yang memberi contoh keprihatinan dan komitmen, yang apabila digandingkan dengan tindakan, dapat mengubah dunia. Sekiranya anda mengenali sesiapa yang menepati ciri-ciri ini, sila ambil sedikit masa dan calonkan mereka untuk menerima anugerah masa depan.

Terma-terma dan Syarat-syarat Anugerah Wira Ketersambungan

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com

Perhubungan Media:
Sara Black
213.618.1501
sara@bospar.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/887457/Cambium_Networks_Connectivity_Hero.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Awards Corporate Social Responsibility