omniture

SingPost & Synagie jalin kerjasama sediakan penyelesaian pergudangan dan logistik atas-permintaan kepada PKS di Singapura dan Asia Tenggara

Synagie Corporation Ltd.
2019-05-17 18:47 368
  • Synagie bakal berkolaborasi dengan Singapore Post untuk menyediakan penyelesaian pergudangan dan pemenuhan berasaskan awan
  • Kolaborasi akan membolehkan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana menggunakan perkhidmatan pergudangan terkini di Singapura dan Asia Tenggara.

SINGAPURA, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Singapore Post ("SingPost") dan Synagie Corporation Ltd. ("Synagie") hari ini mengumumkan bahawa kedua-duanya akan berkolaborasi untuk menyediakan penyelesaian pergudangan dan pemenuhan atas permintaan kepada PKS di Singapura dan Asia Tenggara (SEA).

Perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) Asia Tenggara kini akan berupaya menggunakan perkhidmatan pergudangan dan pemenuhan terkini yang disediakan oleh subsidiari SingPost, Quantium Solutions dan dikuasakan oleh platform perdagangan awan Synagie. Perkongsian ini akan membolehkan PKS memanfaatkan pertumbuhan kukuh dalam jumlah pesanan eDagang sambil menikmati keupayaan logistik gred perusahaan yang sama yang digunakan oleh peneraju-peneraju industri. Ia turut menawarkan penyelesaian sehenti kepada PKS untuk kecekapan operasi yang lebih tinggi dan masa pusing balik yang lebih pantas dalam pasaran tradisional dan juga eDagang.

Ekonomi Internet SEA berkembang pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini dan dijangka melangkaui US$200 bilion menjelang tahun 2025. Penembusan mudah alih yang tinggi memacu pertumbuhan transaksi eDagang di wilayah ini, yang melangkaui US$10 bilion pada tahun 2017[1].

Perkongsian SingPost dengan Synagie untuk menyediakan pergudangan atas permintaan membolehkan jenama-jenama dan PKS menjimatkan perbelanjaan modal pendahuluan yang banyak yang diperlukan untuk membangunkan atau mengendalikan gudang mereka sendiri, memandangkan mereka berupaya memperoleh perkhidmatan pergudangan yang bersepadu atas dasar bayar-ikut-penggunaan tanpa komitmen jangka panjang. Penyelesaian yang amat boleh diskala ini akan membantu mereka menampung kenaikan dalam permintaan pergudangan semasa musim-musim puncak (seperti acara jualan mega) dengan lebih baik dan memberikan penjimatan kos yang lebih banyak serta pengurusan inventori yang lebih baik.    

Direka untuk menyediakan pemenuhan berbilang saluran kepada perniagaan luar talian dan dalam talian, penyelesaian pergudangan atas-permintaan akan ditawarkan kepada PKS di Singapura dan SEA mulai suku tahun ketiga tahun ini.

Mengulas tentang perkongsian tersebut, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Synagie, Clement Lee berkata: "Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan SingPost untuk menyediakan salah satu penyelesaian pergudangan dan pemenuhan atas-permintaan pertama yang bersepadu sepenuhnya di rantau ini yang menumpu untuk membantu PKS mengurus rantaian bekalan berbilang saluran mereka. Dengan menggabungkan penyelesaian dan infrastruktur kami, kami dapat menyediakan ekosistem pemenuhan untuk jenama-jenama dan PKS yang akan memberikan kecekapan yang lebih tinggi dan penjimatan kos kepada perniagaan luar talian dan dalam talian mereka." 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SingPost, Paul Coutts menambah: "Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Synagie untuk usaha ini. PKS dapat memanfaatkan kehadiran luas kami di Asia Tenggara untuk mengembangkan perniagaan mereka di rantau ini, selain memanfaatkan pertumbuhan pesat eDagang di seluruh dunia."

PKS boleh memulakan percubaan percuma platform perdagangan Synagie sekarang dengan mendaftar secara dalam talian melalui laman sesawang Synagie di https://synagie.com/sign-up/ dan akan dimaklumkan apabila penyelesaian pergudangan atas-permintaan sudah tersedia.

Latar Belakang Synagie Corporation Ltd. 

Latar Belakang Singapore Post Limited 

Penafian

Source: Synagie Corporation Ltd.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Outsourcing Businesses Retail Licensing/marketing agreements