omniture

Next Story Group Peroleh Hartanah Melbourne Tubuhkan LinQ Hotel Pertama

Pembukaan lunak LinQ Hotel Melbourne Southbank dijadualkan pada 1 September
Next Story Group
2019-05-20 09:33 524

SINGAPURA, 20 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat hospitaliti antarabangsa Next Story Group telah memperoleh hotel yang baru dibina di 167 City Road, terletak di hab dermaga yang meriah di Melbourne, Southbank. Pembukaan lunak hartanah 16 tingkat dengan 162 bilik ini dijadualkan pada 1 September 2019. Setelah dipasang perabot yang lengkap, hotel ini akan memberikan pengalaman tetamu yang mencerminkan jenama LinQ Hotels berskala sederhana tinggi Kumpulan ini mulai 1 November 2019.    

Ini akan menjadi hotel pertama Kumpulan di bawah jenama LinQ Hotels yang menawarkan hospitaliti bebas yang unik untuk generasi pengembara akan datang. Ia turut memberikan pengalaman yang lancar dan menawarkan tapak yang hebat untuk meneroka destinasi ini.

Mewakili tiga jenama utama Kumpulan, LinQ Hotel Melbourne Southbank akan melengkapi Next Hotel Melbourne di 80 Collins Street, yang dijadualkan untuk dibuka pada suku kedua tahun 2020 dan Sage Hotel Melbourne, Ringwood, yang telahpun beroperasi selama lebih setahun.

Pemerolehan oleh Next Story Group terus mengukuhkan lagi kepentingan Australia sebagai sebuah pasaran yang menempatkan kebanyakan portfolio hotelnya. Ia juga selari dengan rancangan peluasan Next Story Group yang menumpu pada pertumbuhan strategik di Australia, Asia Tenggara dan Asia Selatan. Next Story Group komited untuk mencipta pengalaman berbeza untuk pengembara dan menyasarkan untuk menyediakan jenama yang tepat di lokasi yang tepat.

"Penambahan terkini dalam portfolio hotel kami mempunyai lokasi yang hebat, betul-betul di tengah-tengah kawasan Southbank Melbourne. Kami teruja dengan pembukaan LinQ Hotel di Melbourne yang terkenal dengan kalendar acara sosial, sukan, seni dan kebudayaan sepanjang tahun. Digandingkan dengan proposisi nilai unik jenama LinQ Hotels, kami yakin bahawa hartanah baharu kami akan berupaya memberikan prestasi dagangan yang mantap," kata Darren Edmonstone, Ketua Pegawai Eksekutif Next Hotels & Resorts.

LinQ Hotel Melbourne Southbank ialah penginapan yang ideal untuk pengembara korporat dan libur yang mengunjungi Melbourne. Hanya beberapa langkah dari Southbank Promenade, Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne serta Crown Entertainment Complex, ia menyediakan tetamu dengan akses mudah kepada semua yang ditawarkan oleh Southbank, destinasi ulung bandar ini yang terkenal dengan restoran, galeri seni dan penjual yang bergaya.

Pengembara perniagaan akan menghargai bahawa Melbourne CBD terletak hanya beberapa langkah sahaja menyeberangi Sungai Yarra dari hotel dan 20 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Tullamarine. Nod pengangkutan awam termasuk Stesen Flinders Street juga terletak berdekatan, membolehkan tetamu menaiki kereta api atau trem ke mana-mana jua di dalam dan sekitar Melbourne. Ini juga menjadikan LinQ Hotel Melbourne Southbank sebagai lokasi sempurna untuk pengembara libur meneroka Melbourne serta pelbagai tempat tarikannya. Peminat-peminat sukan khususnya akan teruja dengan jarak dekat hotel ke tempat-tempat sukan termasuk AAMI Park, MCG dan Rod Laver Arena.

Latar Belakang Next Story Group

Next Story Group ialah sebuah syarikat hospitaliti antarabangsa yang mencipta dan mengubah kawasan bandar menjadi komuniti yang berkembang maju. Kini, Next Story Group mempunyai 40 hartanah yang sedang beroperasi dan sedang dirancang dalam portfolionya termasuk jenama-jenama hotel -- Next, Sage dan LinQ -- serta konsep gaya hidup bandar penetap genre, Kafnu, Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190214/2375429-1LOGO-a

Source: Next Story Group
Keywords: Hotels and Resorts Real Estate Travel Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion