omniture

Calastone Mula Beroperasi Dengan Komuniti Perkhidmatan Kewangan Terbesar Di Dunia Dalam Rantaian Blok

Calastone
2019-05-21 00:22 112

LONDON, 20 Mei 2019 /PRNewswire/ --

  • Calastone berjaya lancarkan Infrastruktur Pasaran Teragih (DMI) didayakan rantaian bloknya
  • Perpindahan ini saksikan kumpulan organisasi perkhidmatan kewangan terbesar berhubung dan menjalankan transaksi pada lejer teragih langsung
  • Seluruh rangkaian dana global terdiri daripada lebih 1,800 pelanggan merentas 41 negara dan kawasan telah berpindah ke rangkaian berasaskan rantaian blok
  • DMI dayakan dagangan lancar, menghapuskan ketidakcekapan kos, risiko dan operasi

Calastone, rangkaian urus niaga dana global terbesar, hari ini mengumumkan kejayaan permulaan operasi Infrastruktur Pasaran Teragih (DMI).

Teknologi yang mendasari rangkaian Calastone kini telah dipindahkan ke infrastruktur pasaran yang didayakan rantaian blok. Penghijrahan rangkaian global Calastone yang terdiri daripada lebih 1,800 pelanggan di 41 pasaran adalah yang pertama di dunia dan mewakili komuniti terbesar organisasi perkhidmatan kewangan global yang berhubung dan melakukan transaksi melalui teknologi lejer teragih.

Kurang dari dua tahun sejak Calastone mengumumkan penyelesaian fasa pertama untuk menguji kebolehlaksanaan penggunaan rantaian blok untuk membangunkan pasaran global yang sama untuk perdagangan dan penyelesaian dana, DMI syarikat kini mula beroperasi. Ini merupakan langkah utama dalam membolehkan pendigitalan dan dagangan yang lancar pada skala global yang signifikan. Calastone telah menonjolkan skala nilai ketara yang dapat dibawa DMI ke industri, meramalkan lebih daripada £ 3.4bn penjimatan setahun untuk pasaran dana bersama di seluruh dunia, dicapai melalui pembersamaan teknologi model pengagihan.

Organisasi perkhidmatan kewangan di seluruh dunia – tanpa mengira saiz dan skala - boleh, menerusi DMI, kini mengakses pasaran dana global bersama di mana perdagangan, penyelesaian dan penyelenggaraan dana dijalankan dalam masa nyata. Ini akan memainkan peranan utama dalam menghapuskan kos yang semakin meningkat, beban operasi dan risiko yang wujud dalam model semasa.

Campbell Brierley, Ketua Pegawai Inovasi Calastone, mengulas: 

"Membangunkan DMI adalah satu kembara inovasi yang memuaskan dan ia sesuatu yang sangat mengujakan untuk menyelesaikan pembangunan pertama di dunia untuk sektor perkhidmatan kewangan. Lebih 1,800 pelanggan merentas 41 pasaran kini berdagang di DMI, mengubah cara organisasi dana berinteraksi antara satu sama lain.

"Melalui infrastruktur pasaran didayakan rantaian blok Calastone, semua peserta di seluruh dunia dana boleh bekerjasama dengan lancar dan melihat aktiviti dagangan dalam masa nyata. Maklumat kini diperoleh segera merentas pasaran, satu langkah peralihan dari model terdahulu yang terpecah-pecah.  Syarikat perkhidmatan kewangan seluruh dunia boleh, menerusi DMI, menggunakan perkhidmatan baharu, keupayaan yang dipertingkat dan peluang pelaburan baharu, membolehkan mereka mengubah cadangan mereka menjadi sesuatu yang lebih kompetitif dan berharga pada tempoh jangka panjang."

Di pelancarannya, DMI dengan serta-merta menyelesaikan beberapa permasalahan utama yang automatik sepenuhnya dan boleh dilihat kerana semua peserta dihubungkan ke dalam infrastruktur yang sama. Ia juga akan membawa perkhidmatan baharu, Sub-Register, yang mewujudkan pandangan masa nyata yang dikongsi, dan sejarah daftar antara rakan niaga pada mana-mana titik dalam rantaian pengagihan.

Julien Hammerson, Ketua Pegawai Eksekutif Calastone, menambah: 

"Sejak dilancarkan pada tahun 2008, visi kami adalah untuk menggunakan teknologi inovatif untuk mewujudkan pasaran dana yang lancar dan mengurangkan kos keseluruhan perdagangan untuk semua peserta pasaran. Pada masa kini, pelabur menjangkakan peningkatan pulangan, akses dan ketelusan yang lebih tinggi berbanding pada masa lalu, pada waktu industri dana merasakan kesan tekanan kos yang semakin meningkat.

"Pelancaran DMI hari ini menandakan satu langkah penting bagi keseluruhan industri dana, mewujudkan pasaran global yang lancar untuk dana. Dengan memanfaatkan teknologi terkini, kami dapat menyediakan komuniti pengurusan pelaburan dengan alat yang mereka perlukan untuk mengawal risiko dan kos, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan pelabur yang berkembang."

Sebelum ia mula beroperasi, Calastone telah terlibat dengan komuniti pengguna awal yang mempunyai akses kepada teknologi, termasuk RBC Investor & Treasury Services, Bravura Solutions, Seven Investment Management, Multrees dan Tilney Investment Management.

Latar Belakang Calastone 

Calastone ialah rangkaian transaksi dana global terbesar, menghubungkan banyak organisasi kewangan terkemuka di dunia. Misi kami adalah untuk membuat dana boleh diakses oleh semua orang dengan mengurangkan kos dagangan. Kami menggunakan penyelesaian teknologi pintar dan kerjasama industri untuk mengurangkan risiko operasi dan meningkatkan keuntungan klien melalui pendigitalan dan automasi.

Lebih 1,800 pelanggan di 41 negara dan kawasan mendapat manfaat daripada perkhidmatan Calastone, memproses lebih 9 juta mesej dan £170 bilion transaksi setiap bulan.

Calastone beribu pejabat di London dan mempunyai pejabat di Luxembourg, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Sydney.

* Calastone telah mengira potensi penjimatan kos pindah ke infrastruktur pasaran teragih dan bersama menggunakan data daripada kajian Deloitte "Europe's fund expenses at a crossroads; The benefits of mutualizing the cost of distribution," bersama dengan data daripada 2018 Investment Company Fact Book. Pengiraan Calastone telah digunakan pada aset dana bersama di bawah pengurusan untuk pasaran dana global, tidak termasuk Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

FTI Consulting LLP 
Ollie Bailey-Pratt / Darius Alexander
calastone@fticonsulting.com   
Tel: +44-(0)20-3727-1000

 

Source: Calastone
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology