SINGAPURA, 23 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Semikonduktor boleh didapati di merata tempat, tersembunyi dalam alat elektronik yang menyokong kehidupan harian kita. Walau bagaimanapun, apa yang menarik ialah alat kuasa -- sejenis komponen terpisah. Toshiba berkongsi pandangan mengapa permintaan terhadap alat ini dijangka meningkat dalam sektor-sektor automobil dan jentera perindustrian, antara lain, pada tahun-tahun akan datang.
Untuk hebahan multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_20190523.shtml
Tumpuan Tepat Pada Masanya terhadap Semikonduktor demi Masyarakat Lestari
Pengurangan penggunaan kuasa dan pelepasan karbon dioksida (CO2) adalah penting untuk merealisasikan masyarakat rendah karbon di seluruh dunia. Digunakan khususnya untuk mengawal tenaga elektrik, alat-alat kuasa digunakan dalam semua jenis benda, bermula dengan unit bekalan kuasa untuk komputer kepada perkakas rumah, kenderaan, malah jentera perindustrian. Alat-alat kuasa, dengan kawalan penyongsang, boleh membuat pelarasan kecil dalam output tenaga dan menjadikan penggunaan tenaga yang lebih cekap.
Salah satu aspek tumpuan ialah pasaran kereta elektrik, yang mana permintaan terhadap alat-alat kuasa dijangka paling berkembang pada tahun-tahun akan datang. ini adalah kerana alat-alat kuasa sememangnya penting kepada fungsi kereta elektrik. Terdapat pelbagai jenis peralatan elektronik lain yang dipasang dalam kereta ini dan kesemua ini memerlukan kuasa elektrik untuk ditukarkan kepada voltan dan arus elektrik yang berbeza untuk fungsi yang optimum.
Alat-alat kuasa juga berpotensi untuk meningkatkan grid kuasa keseluruhan kami. Alat-alat kuasa Toshiba digunakan di loji kuasa solar, yang mana ia berfungsi di belakang tabir untuk penjanaan tenaga bersih yang lebih cekap. Alat-alat kuasa juga membolehkan loji kuasa solar ini membekalkan jumlah kuasa terhad yang dijana olehnya dengan lebih cekap kepada grid kuasa.
Kini mengalami evolusi yang besar, beberapa semikonduktor lebih baharu yang sedang dibangunkan diperbuat daripada bahan-bahan seperti silikon karbida dan galium nitrida untuk prestasi yang jauh lebih tinggi. Bahan-bahan baharu ini dijangka mengukuhkan elemen pemuliharaan tenaga pada alat kuasa, mengurangkan kehilangan kuasa pada semikonduktor secara umumnya dan merendahkan penggunaan kuasa.
Menerusi perkembangan ini, alat-alat kuasa boleh membantu memacu dorongan ke arah pemuliharaan tenaga dalam produk elektronik serta menyokong pewujudan masyarakat rendah karbon.
Untuk melihat pandangan selanjutnya, klik pada pautan di bawah: https://www.toshiba-clip.com/en/detail/5204?utm_source=tapl&utm_content=506e
Untuk video dan infografik: Powering Up Electrification (by Reuters Plus)
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190424/2445116-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190424/2445116-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190424/2445116-1-c
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190424/2445116-1LOGO