omniture

Country Garden ditempatkan dalam senarai Syarikat senaraian Hong Kong 100 Terbaik buat tahun ke-7 berturut-turut

Country Garden Holdings
2019-05-29 21:29 429

Pemaju hartanah Cina raih anugerah Kecemerlangan Industri Hartanah

FOSHAN, China, 29 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Country Garden Holdings (02007.HK), sebuah syarikat pembangunan hartanah Cina yang terkemuka, diberi penghormatan dengan gelaran sebagai salah satu daripada Syarikat senaraian Hong Kong 100 Terbaik dan meraih anugerah Kecemerlangan Industri Hartanah di Forum Pembangunan Teknologi Kewangan untuk Kawasan Lebih Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau serta upacara penyampaian anugerah 100HK Terbaik kali ketujuh yang diadakan di Shenzhen pada 24 Mei 2019.

Country Garden ranks among the Top 100 Hong Kong-listed Companies for seven consecutive years and receives the Real Estate Industry Excellence award
Country Garden ranks among the Top 100 Hong Kong-listed Companies for seven consecutive years and receives the Real Estate Industry Excellence award

Upacara penyampaian anugerah untuk senarai Syarikat senaraian Hong Kong 100 Terbaik itu, senarai kedudukan yang bertapak kukuh dan berwibawa, menjadi acara tahunan utama dalam pasaran modal Hong Kong sejak dilancarkan pada tahun 2012. Dengan sokongan daripada universiti-universiti tempatan, senarai kedudukan tahunan ini bertujuan untuk mengiktiraf syarikat-syarikat cemerlang yang tersenarai pada papan utama Bursa Saham Hong Kong hasil daripada proses pemilihan oleh jawatankuasa hakim berkepakaran yang terdiri daripada ahli-ahli profesional dalam bidang kewangan, perakaunan dan undang-undang dari tanah besar China dan Hong Kong. Anugerah ini membantu menggalakkan pembangunan yang sihat serta kemakmuran pasaran modal tempatan dengan mewujudkan kriteria yang dipercayai untuk pelabur.

Khususnya, dengan HK$181.787 bilion (kira-kira US$23.1 bilion) bagi jumlah aset dan HKS$258.235 bilion (kira-kira US$32.8 bilion) bagi perolehan, Country Garden tersenarai pada kedudukan ke-37 dalam senarai Syarikat senaraian Hong Kong 100 Terbaik tahun ini, tahun ketujuh berturut-turut pemaju hartanah Cina itu mencapai kejayaan, menjadi bukti pengiktirafan oleh pelabur terhadap pemaju hartanah besar itu serta keyakinan mereka dalam prospek pertumbuhan syarikat.

Pada 2018, Country Garden menunjukkan prestasi yang kukuh dari segi pendapatan dan keuntungan. Semasa tempoh pelaporan, pemaju mencatatkan pendapatan sebanyak 379.08 bilion yuan (kira-kira US$54.9 bilion), memperlihatkan peningkatan sebanyak 67.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan kasar mencecah 102.48 bilion yuan (kira-kira US$14.8 bilion), meningkat 74.3 peratus, manakala keuntungan bersih mencatatkan nilai 48.54 bilion yuan (kira-kira US$7.0 bilion), meningkat 68.8 peratus. Selain itu, keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang sahamnya melonjak 32.8 peratus kepada kira-kira 34.62 bilion yuan (kira-kira US$5.0 bilion).

Country Garden mengaitkan pertumbuhan yang mantap itu kepada strategi pembangunan jitunya, iaitu gagasan daripada pengurusan syarikat. Sejak separuh kedua tahun lalu, pihak pemaju menumpu pada peningkatan kualiti operasi di samping memantapkan kadar peluasan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya untuk mengekalkan ketekalan operasi. Pengasas Country Garden Yang Guoqiang berkata dalam satu surat terbuka bahawa kunci kepada kejayaan syarikat terletak pada penyediaan produk-produk yang berkualiti tinggi dan bernilai pada kos yang berpatutan melalui perancangan pelaburan dan hasil dengan cara saintifik di samping memastikan dan meningkatkan kualiti operasi.

Country Garden juga telah mengutamakan aspek kemantapan apabila melibatkan hal pengurusan kewangan. Pada tahun 2018, gabungan jualan syarikat membawa aliran masuk tunai kira-kira sebanyak 541.29 bilion yuan (kira-kira US$78.4 bilion), lalu menjadikannya tahun ketiga berturut-turut syarikat telah mencatatkan aliran tunai operasi bersih positif. Jualan kontrak berkembang 31.25 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala nisbah pinjaman bersih menurun 7.3 mata peratusan kepada 49.6 peratus.

Syarikat telah diiktiraf dan disokong oleh firma-firma penarafan dan insitusi-institusi kewangan utama atas modal kerjanya yang mencukupi dengan simpanan tunai sebanyak 242.54 bilion yuan (kira-kira US$35.1 bilion) serta sokongan 301.7 bilion yuan (kira-kira US$43.7 bilion) dalam kemudahan-kemudahan bank yang tidak digunakan setakat 31 Disember 2018. Hasil daripada tumpuannya terhadap peningkatan kualiti operasi di samping memantapkan kadar peluasan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya, pihak pemaju dijangka untuk meneruskan kualiti tinggi laluan pertumbuhannya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190527/2478267-1

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Related Links:
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Awards Survey, Polls & Research