omniture

BIGO Technology Singapura Cipta Dana Biasiswa NTU Bernilai $500,000 untuk bakat AI

BIGO Technology Pte. Ltd.
2019-06-10 12:55 155

SINGAPURA, 10 Jun 2019 /PRNewswire/ -- BIGO Technology telah menghasilkan Dana Biasiswa Kecemerlangan BIGO untuk Universiti Teknologi Nanyang, khusus untuk mahasiswa Sains Data dan AI di sekolah Sains Komputer dan Kejuruteraan. Nilai dana biasiswa ialah $500,000. Dana yang disebut ini akan kekal selama-lamanya dan akan membiayai dua (2) pelajar siswazah dengan jumlah $ 10,000 setiap satu, untuk setiap tahun bermula 2020.

Jason Hu, BIGO President delivering his keynote speech
Jason Hu, BIGO President delivering his keynote speech
Jason Hu BIGO President (on left) with Prof Alan Chan NTU (on right) with a copy of the signed scholarship agreement
Jason Hu BIGO President (on left) with Prof Alan Chan NTU (on right) with a copy of the signed scholarship agreement

Dalam majlis menandatangani biasiswa yang dianjurkan di NTU hari ini, BIGO juga mengumumkan bahawa mereka berminat untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam mencari bakat muda di dalam lingkungan universiti. Mereka komited untuk melibatkan bakat muda yang baru berkembang secara aktif melalui latihan praktikum intensif dan latihan amali, sehingga sanggup mengambil pelatih-pelatih ini sebagai kakitangan tetap jika prestasi mereka memuaskan. Apa yang menjadikan latihan ini unik di BIGO ialah mereka menawarkan peluang untuk melawat mana-mana 20 pejabat di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada pengalaman latihan amali.

BIGO Technology sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah pekerja teknikal di Singapura kepada kira-kira 500 menjelang akhir tahun 2022 dan menjangka dapat menarik minat pelajar NTU untuk meneroka kemungkinan bekerja di BIGO.

Profesor Alan Chan, Naib Presiden Pejabat Alumni dan Kemajuan NTU menambah bahawa "sumbangan BIGO adalah penting bukan hanya kerana nilai kewangan, tetapi juga kerana peluang tahap pakar dan interaksi yang terbuka untuk pelajar kita. Penglibatan yang bersifat "dari-mula-hingga-akhir" menunjukkan komitmen mereka untuk meningkatkan tahap AI bukan sahaja ke sekolah tetapi kepada komuniti dan industri teknologi tinggi di Singapura."

Presiden BIGO, Jason Hu berkata, "Memandangkan landskap IT dan AI Singapura yang dinamik, kami ingin mengasah dan mengekalkan bakat-bakat muda untuk BIGO. Sebagai syarikat teknologi, kami ingin memastikan bahawa kami akan terus berdaya saing dalam bidang AI, ini bermakna kami akan mencari bakat AI dengan agresif bukan hanya dari universiti tetapi daripada himpunan global. Dengan berbuat demikian, kami yakin kami akan dapat memperbaiki dan menaik taraf piawaian pakar AI di Singapura dan memindahkan standard AI BIGO ke seterusnya tahap. "

Selain daripada majlis menandatangan, profesor NTU dan pakar BIGO AI terlibat dalam perbincangan panel yang bertenaga mengenai landskap AI di Singapura dan kesannya terhadap kehidupan serta masa hadapan dunia AI bersepadu. Perbincangan terbuka juga menyentuh mengenai topik 500 jawatan teknikal yang akan diwujudkan menjelang tahun 2022 kerana ia merupakan titik penting untuk pelajar yang menamatkan pengajian.

BIGO berharap dengan biasiswa dan pendekatan holistik, mereka akan dapat menghasilkan ekosistem untuk pakar IT yang berkaitan di Singapura, memberikan lebih banyak dimensi kepada landskap di sini. Ini seterusnya akan menarik lebih banyak bakat dari seluruh dunia, membolehkan platform yang lebih bertenaga dan kondusif untuk pemindahan kemahiran dan interaksi.

Latar Belakang BIGO Technology Pte Ltd

BIGO Technology Pte. Ltd ialah syarikat Internet Singapura yang berkembang pesat yang ditubuhkan pada tahun 2014. Kami menumpukan pada produk dan perkhidmatan berkaitan penyiaran video dan VoIP di seluruh dunia. Produk kami termasuk BIGO LIVE (komuniti strim langsung mudah alih), LIKE (komuniti pembuat video magik), imo (aplikasi komunikasi video global).

Ibu pejabat dan pusat serantau BIGO difokuskan untuk membina keupayaan dan peningkatan Kecerdasan Buatan khusus untuk penyetempatan dan keperluan khusus negara.

BIGO bertujuan menyediakan pengguna dengan pengalaman bertaraf dunia menerusi teknologi canggih mereka. Membina komuniti sosial global dan memberi inspirasi berdasarkan penyiaran langsung dan perkhidmatan video. BIGO menggalakkan orang ramai untuk berkongsi kreativiti, keghairahan dan kebahagiaan dalam kehidupan dan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik.

BIGO LIVE and LIKE mempunyai sejumlah 78.7 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia manakala imo mempunyai 211 juta pengguna aktif bulanan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190604/2486397-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190604/2486397-1-b

Source: BIGO Technology Pte. Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Contracts Corporate Social Responsibility STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)