omniture

Huawei Perkenal Julung Kali Penyelesaian LTE-R, Awan Rel Ringan Bandar dan DIS 5G di Sidang Kemuncak Pengangkutan Awam Global UITP 2019

Huawei
2019-06-13 03:39 379

STOCKHOLM, 13 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Pengangkutan Awam Global UITP 2019, Huawei secara rasminya melancarkan penyelesaian Awan Rel Ringan Bandar, LTE-R generasi seterusnya dan Sistem Dalaman Digital 5G (DIS). Menerusi tema "Rel Bandar Berasaskan Awan, Seni Mobiliti", syarikat menggariskan bagaimana penyelesaian ICT yang inovatif akan mendayakan era pengangkutan rel digital yang terhubung sepenuhnya. Penyelesaian ini menyediakan perkhidmatan berasaskan awan, sambungan jalur lebar dan landasan kereta api digital yang terhubung lebih baik bagi membantu pengendali rel membina sistem pengangkutan rel yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih cekap, seraya terus meningkatkan kapasiti pengangkutan dan mendorong inovasi perkhidmatan.

Penyelesaian Awan Rel Ringan Bandar: Memanfaatkan teknologi virtualisasi canggih, penyelesaian ini menukarkan sumber-sumber pengkomputeran, storan, rangkaian dan sekuriti daripada peranti fizikal kepada himpunan sumber maya. Sumber-sumber ini kemudiannya diperuntukkan kepada sistem aplikasi melalui hos maya, peranti rangkaian maya dan peranti sekuriti maya. Ia mendayakan penyepaduan peranti pusat data dan merendahkan kos perolehan serta penempatan peranti. Menampilkan ciri kebolehsuaian dan kefleksibelan yang tinggi, penyelesaian ini sesuai untuk pengangkutan rel dengan kapasiti penumpang yang rendah dan sederhana (contohnya rel ringan, monorel, trem, sistem maglev dan rel laju bandar). Di samping itu, ia boleh diaplikasikan kepada satu senario perkhidmatan awan rel bandar (pusat penumpuan ISCS/TIAS, ACC/MLC dan awan aplikasi jaringan jalan raya), serta menyokong peluasan lancar kepada awan tertumpu dan awan rel bandar.

Penyelesaian LTE-R generasi seterusnya: Penyelesaian LTE-R Huawei telahpun disahkan sepenuhnya oleh rakan kongsi dan pelanggan serta digunakan di China. Penyelesaian berkenaan menyokong evolusi berorientasi 5G dan ketersambungan dengan GSM-R. Ciri-ciri canggihnya termasuk pelbagai perkhidmatan penyaluran seperti suara, video dan data Tekan-untuk-Cakap Misi Kritikal (MCPTT) dan memanfaatkan satu rangkaian LTE-R untuk mendayakan kawalan kereta api, penghantaran kereta api, sistem maklumat penumpang (PIS), CCTV dan perkhidmatan rel yang lain. Bersama-sama 5G, penyelesaian ini akan mendayakan masa depan landasan kereta api pintar yang mana semua benda terhubung.

Penyelesaian DIS 5G: Huawei melancarkan 5G LampSite, penyelesaian rangkaian 5G utama untuk hab pengangkutan pintar. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian DIS, 5G LampSite menggunakan pelbagai teknologi canggih untuk menyokong LTE dan 5G dan membolehkan pemasangan mudah serta O&M yang ringkas. Ia menyediakan asas untuk hab pengangkutan pintar dengan menawarkan perkhidmatan komunikasi pintar untuk sejumlah besar penumpang dan mendayakan pengurusan aliran penumpang, semakan sekuriti dan pengeluaran tiket yang lancar serta cekap.

Dalam ucapan alu-aluan UITP beliau pada 9 Jun lalu, Eman Liu, Presiden Unit Perniagaan Pengangkutan Global Huawei Enterprise Business Group, mengulas: "Pengangkutan rel ialah sistem rumit yang melibatkan landasan kereta api, kenderaan, AFC dan isyarat. Demi persekitaran saling berhubung yang lancar dalam seluruh sistem ini, pengendali rel memerlukan peranti komunikasi untuk mengumpul data dan platform digital yang menyepadukan awan, IoT, data raya serta AI bagi menjamin operasi yang selamat, andal dan cekap. Huawei menyasarkan untuk membantu pelanggan rel mencapai transformasi digital dengan menawarkan penyelesaian Awan Rel Bandar serta komunikasi operasi rel selain berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi global untuk membawakan landasan kereta api menuju masa depan."

Sidang Kemuncak Landasan Kereta Api Global Huawei, diadakan pada 10 Jun, telah menarik minat lebih 100 organisasi industri, pengendali landasan kereta api, penyepadu dan rakan kongsi seperti UITP, Industrial Internet Consortium (IIC) dan MTR Corporation Limited, untuk berkongsi amalan industri yang membuahkan hasil dari seluruh dunia.

Di Sidang Kemuncak Pengangkutan Awam Global UITP 2019, Huawei, bersama-sama rakan kongsi industri, mendemonstrasikan 5G LampSite, LTE, Wi-Fi 6, rangkaian IP, rangkaian pengangkutan optik, pelayan, storan, awan rel bandar dan penyelesaian pengangkutan awam pintar berasaskan awan, menunjukkan bagaimana mereka menyediakan perkhidmatan komunikasi andal hujung-ke-hujung untuk pengangkutan awam.

  • Sebagai piawaian Wi-Fi terkini, Wi-Fi 6 menggunakan berbilang teknologi 5G untuk meningkatkan lebar jalur, mengurangkan kependaman dan meluaskan akses pengguna.
  • Piawaian komunikasi kereta api-ke-darat LTE yang disokong oleh Huawei telah diaplikasikan kepada ratusan landasan kereta api. Reruai Huawei memperkenalkan aplikasi LTE untuk perkhidmatan landasan kereta api berkunci dan tanpa kunci.
  • Penyelesaian Awan Rel Bandar Huawei melaksanakan saling sambungan untuk berbilang sistem metro, mengaktifkan data raya pengangkutan bandar dan mendayakan kecemerlangan operasi dalam pengangkutan bandar.
  • Penyelesaian Pengangkutan Awam Pintar berasaskan Awan Huawei menyediakan seni bina terbuka tindanan penuh dan penyelesaian hujung-ke-hujung. Ia memenuhi keperluan pelanggan untuk operasi bersepadu melibatkan penghantaran bas, pengawasan dan pengumuman hentian bas. Selain itu, ia menyokong pembayaran mudah alih, mengukuhkan penyeliaan operasi bas dan meningkatkan kualiti perkhidmatan serta kepuasan penumpang.

Huawei telah menyediakan produk dan perkhidmatan untuk 120,000 km landasan kereta api dan lebih 100 landasan kereta api bandar. Berdasarkan pemahaman mendalam tentang keperluan pelanggan rel, Huawei terus meneroka aplikasi teknologi baharu dalam industri, seperti 5G, awan, data raya dan AI. Bersama-sama rakan kongsinya, Huawei membangunkan penyelesaian untuk membantu pelanggan meningkatkan kecekapan pengendalian, pendapatan dan perkhidmatan penumpang.

Reruai Huawei terletak di A1020, Stockholmsmassan, Stockholm, Sweden. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/uitp2019/en/index.html

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation New products/services Trade show news