omniture

TB Joshua bakal Anjur Perhimpunan di Nazareth, Israel

Emmanuel TV
2019-06-18 19:56 150

NAZARETH, Israel, 18 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Paderi Nigeria yang ternama T.B. Joshua dijadualkan untuk menganjurkan acara selama dua hari di Amfiteater Gunung Precipice di Nazareth, Israel – tempat asal bersejarah Jesus Christ.

Meet TB Joshua in Nazareth, Israel on Sunday 23rd and Monday 24th June 2019 at the Amphitheatre of Mount Precipice and experience the footprints of Jesus Christ!
Meet TB Joshua in Nazareth, Israel on Sunday 23rd and Monday 24th June 2019 at the Amphitheatre of Mount Precipice and experience the footprints of Jesus Christ!

Acara ini, dikenali sebagai 'Pertemuan Nazareth Bersama TB Joshua' dijadualkan pada hari Ahad 23 Jun dan Isnin 24 Jun 2019 dan dijangka dapat menarik ribuan penziarah tempat suci asing ke Israel.

Joshua pernah mengadakan beberapa acara antarabangsa berprofil tinggi, khususnya di Amerika Latin dan Asia, namun ini akan menjadi pertemuan pertama di rantau Timur Tengah.

"Nazareth ialah tempat yang sederhana dengan penduduk yang menetap dengan damai. Matlamat kami adalah untuk mengasihi antara satu sama lain sebagaimana kami menyayangi diri kami sendiri, maka semua orang dijemput untuk menghadiri pertemuan bersama kami," kata pihak gereja dalam satu kenyataan.

"Kami berharap dapat membawa rahmat kepada sesiapa juga yang berinteraksi dengan kami tanpa mengira latar belakang agama mahupun politik mereka."

Laporan menunjukkan bahawa kunjungan Joshua akan memberi kesan positif ke atas ekonomi tempatan, dengan agensi pelancongan utama Rashid Travel & Tours menunjukkan hotel-hotel di daerah Israel Utara telahpun habis ditempah.

Di acara terakhir gerakan penyebaran agama beliau di Sheffield, UK pada 1 Jun 2019, FlyDSA Arena – salah satu tempat sukan dan hiburan utama UK – telahpun penuh sehingga kapasitinya dengan ribuan pengunjung lagi yang menunggu di luar, meskipun Joshua tidak hadir secara fizikal.

Terdahulu, Joshua pernah beberapa kali mengunjungi Israel, bertemu orang-orang kenamaan Israel yang terkenal seperti Menteri Pelancongan Yariv Lenin, Menteri Komunikasi Ayoob Kara dan Rabai David Lau, Ketua Rabai Israel.

Acara ini akan disiarkan melalui stesen televisyen keagamaan Joshua, Emmanuel TV, serta distrim langsung kepada 1,300,000 pelanggan YouTube dan 3,500,000 pengikut Facebook Joshua.

Amfiteater Gunung Precipice kali terakhir digunakan sedekad lalu apabila Pope Benedict XVI meraikan Misa di sana.

LATAR BELAKANG TB JOSHUA

T.B. Joshua ialah pengasas The Synagogue, Church Of All Nations (SCOAN), gerakan penyebaran Kristian antarabangsa yang beribu pejabat di Lagos, Nigeria.

Beliau juga merupakan Penerbit Eksekutif Emmanuel TV, saluran YouTube Gerakan Penyebaran  Kristian yang paling banyak ditonton di dunia.

Beliau dikenali sebagai 'paderi paling popular di YouTube' lantaran kemasyhuran video-video beliau, yang diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dan ditonton lebih 500,000,000 kali.

SCOAN ialah destinasi paling utama di Afrika Barat untuk pelancong keagamaan, dengan enam daripada setiap sepuluh pengunjung ke Nigeria berkunjung ke sana.

Beliau telah diiktiraf sebagai salah seorang individu paling berpengaruh di Afrika dan menerima beberapa anugerah antarabangsa hasil aktiviti-aktiviti kedermawanan beliau yang luas.

https://emmanuel.tv/nazareth/ 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/903346/TB_Joshua.jpg

Source: Emmanuel TV
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Religion Future Events