omniture

Pemulihan Enjin Bermula untuk Satu-satunya Bot Ferrari

Milton Verret
2019-06-20 22:51 140

Satu-satunya Bot Berkuasa Ferrari di Dunia dibina dengan Persetujuan Enzo Ferrari  

MARANELLO, Itali, 20 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Satu-satunya pesawat peluncur yang dikuasakan oleh Ferrari dalam sejarah menggamit perhatian seluruh dunia di tempat asalnya di Maranello, Itali. Dibina pada tahun 1952, menerusi penglibatan peribadi Enzo Ferrari sendiri, pesawat peluncur yang unik dan bersejarah ini dipersiapkan sempena ulang tahun ke-70 akan datangnya menerusi pemulihan enjin di pusat teknikal Ferrari Classiche yang terkenal.

(PRNewsfoto/Milton Verret)
(PRNewsfoto/Milton Verret)

Bot tersebut, yang dinamakan sebagai Arno XI, dibina untuk memecahkan rekod kelajuan dunia dan mempunyai susur galur yang belum pernah dilihat sebelum ini, mencatatkan rekod cemerlang menerusi lebih 240 kpj pada tahun 1953 di Lago d'Iseo, Itali. Pada tahun 1951, pemilik pertama bot tersebut, Achille Castoldi, bersahabat dengan pemandu Ferrari Grand Prix Alberto Ascari dan Luigi Villoresi. Kedua-dua pelumba terkenal itu membantu Castoldi memperoleh apa yang menjadi satu-satunya enjin Ferrari yang pernah dibina khusus untuk pengangkutan air. Enzo Ferrari bersetuju untuk terlibat secara peribadi dalam projek tersebut, memantau setiap langkah dalam pembinaan dan pengujian motor berkenaan. Ketua Reka Bentuk Enjin Ferrari, Aurelio Lampredi dan pasukan kejuruteraan kesemuanya terlibat secara langsung dalam projek tersebut.

"Ini merupakan salah satu enjin paling penting dalam lipatan sejarah Ferrari," kata Luigino "Gigi" Barp, ketua Ferrari Classiche, bahagian Ferrari yang bertanggungjawab untuk memulihkan kenderaan Ferrari klasik kepada keadaan asal. "Kami telah dapat memulihkan kenderaan Ferrari yang paling sukar didapati dan paling berharga yang pernah dibuat, namun jelas sekali kami hanya pernah mengendalikan enjin dan badan kereta. Memulihkan enjin Ferrari 1952 ini, dibina khas dengan tangan untuk pemasangan unik ini, merupakan satu keterujaan sepanjang hayat buat kami semua di ibu pejabat Ferrari."

"Bayangkan menjadi juruteknik terkemuka di Ferrari dan berpeluang untuk mengusahakan komponen sama yang pernah dibantu oleh Enzo Ferrari sendiri untuk membuat dan mereka bentuknya," kata pemilik bot keempat dan semasa, ahli perniagaan Austin Milton Verret. "Sebagai pengumpul kenderaan Ferrari yang unik dan sukar didapati, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan bot lumba yang dikuasakan oleh enjin Ferrari yang dipersiapkan untuk perlumbaan F1. Ditambah dengan penglibatan peribadi Enzo sendiri dan anda mempunyai enjin berfungsi yang kebanyakan peminat sukan bermotor sanggup bermati-matian untuk memilikinya. Ia begitu unik."

Motor 1952 yang masih terletak di atas Arno XI hari ini ialah enjin Ferrari 12-silinder Jenis 375 4.5-liter (1952 dicop pada blok enjin). Ini merupakan jenis enjin sama yang memberi kuasa kepada Ferrari untuk kemenangan dalam Kejohanan Dunia Formula One pertama seumpamanya di British Grand Prix yang diadakan di Silverstone pada tahun sebelumnya. Enjin ini mempunyai nisbah mampatan 12:1 dengan kuasa yang mencukupi untuk memacu kipas bilah berkembar kepada 10,000 rpm. Motor ini dipasang dengan sistem pencucuhan dwi-magneto dengan 24 palam pencucuh dan bukannya 12 palam pencucuh biasa. Menggunakan magneto daripada tukup pengagih memastikan motor ini akan terus beroperasi, sekalipun dimasuki air.

Asalnya enjin Ferrari menghasilkan 350 brek kuasa kuda. Namun demikian, selepas menjalankan beberapa ujian awal dan melakukan perlumbaan pada awal tahun 1953, meskipun bot ini memecut melebihi 100 bpj, Enzo Ferrari mengarahkan enjin ini dimodifikasi untuk bahan api metanol bagi memberikan nisbah mampatan yang lebih tinggi. Beliau menambah dua pemampat Roots (atau pengecas super berkembar) dan sepasang karburetor empat-cok yang besar, dengan hasil yang akhirnya diberikan oleh enjin sebanyak lebih 500 brek kuasa kuda! Bot ini mempunyai susur galur yang dipenuhi dengan catatan rekod kelajuan dunia semuanya lantaran enjin Ferrari ini.

"Apabila pasukan saya di Ferrari menyiapkan kerja-kerja mereka pada bahagian enjin, ia akan berfungsi dengan cara yang sama sebagaimana ia berfungsi ketika Castoldi dan pengasas kami, En. Ferrari, mula memulas kunci pada tahun 1952," tambah Barp.

"Saya ingin memastikan bot ini berada dalam keadaan sempurna tepat pada masanya untuk ulang tahun ke-70nya," kata Verret. "Mengekalkan sejarah Ferrari ialah tujuan sebenarnya. Keunikan seperti ini membuatkan beberapa kenderaan Ferrari bernilai puluhan juta dolar. Memiliki 'satu-satunya' bot ialah sesuatu yang berharga."

Sejak tahun 2012, Arno XI telah dipinjamkan daripada Verret kepada kedua-dua muzium Ferrari yang terkenal di dunia di Itali. Bot ini telah dilihat oleh ratusan ribu pengunjung. Bot ini juga dipamerkan bersama-sama pemenang Ferrari F1 1951, menonjolkan dominasi Ferrari di darat dan juga air.

Menurut Barp, "Ini merupakan lembaran berterusan dalam lipatan sejarah Ferrari. Enjin-enjin kami benar-benar dibuat untuk beroperasi selama-lamanya dan setelah hampir 70 tahun lamanya, ia menjadi satu penghormatan apabila memiliki rekaan unik ini, dibina khas dengan tangan, yang kini berada di dalam kedai Ferrari Classiche. En. Verret telah mengamanahkannya kepada kami dan kami turut melakukan yang sama untuk peminat-peminat Ferrari di seluruh dunia."

Ferrari Classiche berharap agar kerja-kerja untuk bot Ferrari dapat disiapkan pada awal musim luruh, iaitu ketika En. Verret mempunyai rancangan untuk mengadakan jelajah dunia bagi menunjukkannya kepada peminat-peminat Ferrari di merata tempat.

Latar Belakang Milton Verret
Milton Verret ialah seorang usahawan dan dermawan dari Austin, Texas yang bekerjasama dengan badan-badan kebajikan kanak-kanak di seluruh Amerika Syarikat. En. Verret ialah pengumpul setia kereta, bot klasik dan memorabilia rock and roll. Beliau bertanggungjawab dalam menubuhkan dan mengendalikan beberapa perniagaan dan perusahaan negara yang amat berjaya.

Untuk Milton Verret
Dean Leipsner
dean@fullthrottlemarketing.com
Austin, Texas, AS
+1 (512) 387-0049

 


Foto - https://mma.prnewswire.com/media/925406/Ferrari_hydroplane.jpg
Video - https://mma.prnewswire.com/media/925408/Ferrari_powered_hydroplane.mp4  
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/925409/Ferrari_Boat_Press_Photos.pdf

Source: Milton Verret
Keywords: Auto Maritime/Shipbuilding Transportation Future Events