omniture

Kiwontech Tersenarai dalam Panduan Pasaran untuk Sekuriti Emel Gartner

Born2Global Centre
2019-06-25 07:58 318

Tersenarai untuk penyelesaian sekuriti emelnya -- Yang pertama untuk syarikat Korea

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Kiwontech, syarikat ahli Born2Global Centre, mengumumkan bahawa ia telah disenaraikan pada 6 Jun dalam 'Panduan Pasaran untuk Sekuriti Emel' oleh Gartner, sebuah Syarikat Khidmat Nasihat Pasaran IT bertaraf global, sebagai 'Wakil Vendor untuk SEG Bertumpu Serantau'. Kiwontech ialah yang pertama dan satu-satunya syarikat sekuriti emel Korea yang secara rasminya diberikan pengiktirafan Gartner ini bagi Panduan Pasaran untuk Sekuriti Emel.

Tersenarai untuk penyelesaian sekuriti emel Kiwontech --Yang pertama untuk syarikat Korea
Tersenarai untuk penyelesaian sekuriti emel Kiwontech --Yang pertama untuk syarikat Korea

Gartner menyatakan: "SEG bertumpu serantau mempunyai operasi perniagaan utama dan kumpulan pelanggan di kawasan-kawasan geografi yang sama, khususnya di Eropah. Gartner menjangkakan vendor-vendor ini akan terus meluaskan capaian geografi mereka."

Kiwontech berkata: "Kami melihat Gartner sebagai sebuah syarikat penyelidikan dan khidmat nasihat terkemuka, maka kami berasa gembira apabila dimasukkan dalam senarai wakil vendor bagi Panduan Pasaran untuk Sekuriti Emel."

Sumber: Gartner, Market Guide for Email Security, Neil Wynne, Peter Firstbrook, 6 Jun 2019

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang KIWONTECH

Kiwontech menyediakan perkhidmatan sekuriti mel tersuai melalui AI yang boleh mempelajari dan merangsang mel. AI boleh mengesan serangan sasaran mel pintar seperti ATO (pengambilalihan akaun), domain mirip termasuk kod berniat jahat baharu yang dibangunkan dan oleh yang demikian AI membuatkan pengguna dapat menghalang daripada melakukan transaksi wang yang salah dan mengklik fail serta URL yang mencurigakan daripada penyerang. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.kiwontech.com

Perhubungan Media

Kiwontech: Kevin Kim, kevinkim@kiwontech.com
VNETWORK (Pejabat rantau Asia Tenggara): Phan Hau, contact@vnetwork.vn 
Born2Global Center: Jina Leejlee@born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190620/2503420-1

Source: Born2Global Centre
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security